Serba Putih Family Etuza Sempena Perkahwinan Azie Fikri
Serba Putih Family Etuza Sempena Perkahwinan Azie & Fikri
Asalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat blogger dimanapun anda berada, semoga sihat dan ceria serta selamat menunaikan ibadah puasa dibulan Ramadan.
Rasanya sangat lama tidak menemui teman-teman blogger dan pembaca blog Etuza. Mohon maaf atas keterlewatan yang melampau ini. Bukan tiada cerita hendak dikongsi, ada banyak dan berbagai, namun kesempatan sering tidak tertunai, peluang terarah kepada kerja-kerja yang rialiti. Semoga terubat rindu. Hahaha ada ke rindu pada blog ini.

Adik beradik Etuza seramai lapan orang ( Ibu adan ayah dah pergi selamanya)
Disember 2024 merupakan hari gembira kepada keluarga Etuza dan masa itu bersamaan 26/12/2024 tarikh bersejarah apabila anak kami yang ke 3 dinikahkan dengan lelaki pilihannya bernama Fikri. Rasa sedih, pilu berbaur gembira apabila melihat anak gadis kami Azie dinikahkan dengan sekali lafaz telah sah menjadi isteri Fikri.
Alhamdulillah syukur kepada Allah, kerana nampaknya masa itu doa dikabulkan agar tidak hujan. Cuaca cerah dari pagi hingga jam 5 petang. Hujan turun pada jam lima lebih membuat hati ini berdebar dan bimbang hujan akan lebat. Tetapi nampaknya hujan hanya rintik-rintik hingga acara perkahwinan Azie selesai sebaik jam 8,00 malam.

Ini gambar keluarga Etuza bersama tiga menantu dan cucuKeluarga jauh dan dekat datang memeriahkan majlis perkahwinan anak kami. Paling jauh dari Negara Berunai.Terharu rasanya hati menyambut mereka dengan membawa dulang sebagai buah tangan.Saudara , rakan dan taulan, rakan setugas juga datang memeriahkan. Sangat berterima kasih atas kehadiran mereka.Jamuan yang disediakan juga alhamdulillah semua tetamu dapat menjamu selera sejak jam 2.oo petang hingga 6.30 petang.
Dihari perkahwinan Azie, ramai keluarga pengantin lelaki datang meraikan mereka berdua. Dapat Etuza dan isteri beramah mesra. Terima kasih besan saya dari Kota Belud Sabah En. Saludin dan keluarganya. Terima kasih tak terhingga kepada Datuk Haji Ahadin Hj. Arinin ( Ketua Hakim Anak Negeri Sabah) datang bersama isterinya. Keluarga Jamani dari Tenom dan merupakan kakitangan Jabatan Polis Tenom. Saudara Azmil Pilantong dan isterinya Merilane Madai serta anak-anak mereka juga datang dari Lahad Datu, Sabah.Tidak lupa kepada Saudara Mohd Zaini Bin Salleh dan keluarganya dari Berunai. Alangkah gembira kerana dapat bersalaman berbual walaupaun dalam beberapa waktu.
Terima kasih kepada semua warga kampung yang datang membantu memasak. Tabik dengan mereka kerana rela korbankan tidur pada masa malam berinai. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda semua.Detik bersejarah perkahwinan Azie takkan dilupai. Semoga Azie dan Fikri bahagia hingga ke anak cucu.

Gambar keluarga pengantin lelaki

Ambil gambar sebelum ke pelamin. Selamat Pengantin Baru Azie & Fikri

Keluarga Etuza bersama kakak, adik-adik, ipar dan anak buah
Cincin dan mas kawin
Bunga telur dan hadiah iringan merenjis pengantin.
Antara jamuan yang dihidangkan kepada tetamu
Selawat, berjanji dan marhaban diringio kompangPersembahan silat juga diadakan dihadapan pengantin
Salam dari :Etuza ( Addmin Blog )
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2025/03/serba-putih-family-etuza-sempena.html