Serangan Monyet Agresif Dan Menunggu Bot Yang Tidak Kunjung Tiba


Sambungan dari entri terdahulu - Eksplorasi Hutan Taman Negara Bako | Laluan Teluk Delima.

Sebaik keluar dari bilik penginapan, kelihatan sekumpulan babi berjanggut (bearded pig) sedang berkeliaran mencari makan di kawasan sekitar. Ada yang bersaiz besar dan ada yang bersaiz kecil. Pemandangan biasa di sini

Masa ni kami sedang berjalan menuju ke bangunan warna hijau untuk urusan daftar keluar. Terpaksa lalu dekat beberapa ekor babi yang sedang mencari makan berhampiran laluan pejalan kaki. Hapak sungguh baunya

Selesai urusan daftar keluar, kami berjalan ke jeti untuk menaiki bot kembali ke Terminal Bako. Semalam Encik Suami dah maklumkan kepada pengendali bot untuk ambil kami pada pukul 11 pagi. Bila tiba di jeti, pengendali bot maklumkan akan tiba lewat sedikit. Oklah

Sementara menunggu, saya jalan-jalan memotret itu ini. Masa kami tiba semalam dalam keadaan hujan dan mendung, foto-foto jadi gelap dan tak menarik. Kali ini cuaca agak cerah, memang elok untuk merakam keindahan suasana di sini

Foto di atas merupakan sudut pandang dari jeti menghadap sungai (tempat laluan bot keluar/masuk) dan sebuah jambatan konkrit menuju ke laluan hutan

Perhatikan paras air sungai yang tidak begitu tinggi, tetapi masih sesuai untuk laluan bot membawa pengunjung keluar/masuk. Jika paras air surut, pengunjung perlu naik/turun bot di kawasan pantai berhadapan dengan bangunan Park HQ. Tiada jeti, jadinya kita kena melangkah masuk dalam air. 
MasyaAllah 😍 Panorama indah lautan dan Gunung Santubong. Foto dirakam dari atas jambatan

Sebelah kiri tu jeti tempat kami menunggu bot. Masa ni cuma kami berdua sahaja yang sedang menunggu bot

Deretan bot tanpa pengendali bersusun di sudut sungai

Detik masa terus berlalu dan bot yang ditunggu masih tak kunjung tiba. Tetapi yang tak ditunggu pula muncul di jeti - sekumpulan monyet. Mulanya cuma beberapa ekor monyet, datang memanjat pokok dan berjalan di jambatan. Tak ganggu kami

Tiba-tiba, datang seekor monyet menghampiri tempat duduk kami. Saya bangun dari tempat duduk sebab dah mula rasa agak takut. Monyet tersebut semakin berani, duduk di tepi backpack besar kami. Encik Suami cuba menghalau tapi nampaknya monyet yang satu ni jenis melawan - berbunyi sambil membuka luas mulutnya dan menampakkan taring gigi. Ahh…sudah

Si monyet bertindak lebih agresif, tangannya membuka zip bahagian utama backpack. Tapi gagal, mungkin sebab beg kami padat jadi sukar nak dibuka zipnya. Tak putus asa, si monyet cuba buka zip bahagian depan beg pula. Berjaya! Segera ditarik keluar isi beg - pek bungkusan kacang tanah yang kami beli sewaktu menaiki pesawat Firefly. 
Terus dibawa lari ke atas

Inilah si monyet yang agresif tu. Mujur kami dah makan sebahagian, cuma tinggal sebahagian saja lagi pek kecil kacang tanah yang menjadi rezeki si monyet. Satu persatu pek bungkusan kosong dicampak ke bawah

Tak lama kemudian, datang pasangan mat salih. Lega sikit perasaan saya sebab ada orang lain di jeti. Kami berbual ringkas berkenaan hal si monyet

Si monyet belum habis makan, datang pula sekumpulan monyet lain. Keadaan jadi ribut, masing-masing berebut baki bungkusan kacang tersebut. Mulanya berkejaran di atas, kemudian turun bergaduh sampai masuk kawasan berair - masa ni terselit jugak rasa lucu melihat monyet dalam keadaan basah

Saya fikir, lepas habis makanan tersebut tidaklah kami diganggu lagi. Rupa-rupanya keadaan jadi bertambah menakutkan - kumpulan monyet tadi menghampiri dan berada di sekeliling kami berdua dan pasangan mat salih tadi. Nampaknya monyet-monyet ini cuba nak dapatkan makanan dari beg-beg kami. Suasana agak tegang, tapi tak mampu nak berbuat apa cuma berdoa segalanya segera berakhir. 
Mujurlah ada sebuah bot tiba. Saya sangkakan pengendali bot kami, tapi nampaknya ia bot yang akan membawa pasangan mat salih. Kecewa dan rasa geram dengan pengendali bot kami yang tidak kunjung tiba. Dalam keadaan terdesak kerana takut dengan ancaman monyet yang masih tak berganjak, saya minta dengan pakcik pengendali bot untuk naik bot sekali. Tapi katanya dia tak boleh izinkan sebab bot sudah dibayar khas untuk pasangan mat salih ni. Iyalah, sama macam kami dah bayar bot untuk berdua tapi botnya tak muncul. Pakcik pengendali bot kata, lelaki muda pengendali bot kami tadinya dilihat ada sedang minum di terminal. Jadinya tak pasti kenapa dia tak bergerak ambil kami seperti dijanjikan

Memahami situasi kami, pasangan mat salih tadi ajak kami naik sekali. Sebaik saja saya naik bot, lelaki mat salih kata kepada saya “YOU’RE SAFE!”. Berkali-kali saya ucapkan terima kasih kepada mereka berdua. Terima kasih Allah yang telah membantu kami. Fuh lega

Sampai saja di jeti Terminal Bako dan keluar dari bot, Encik Suami hulurkan wang nilai tambang bot kami kepada mereka. Kadar tambang RM100 satu bot sehala, kami naik empat orang jadinya RM25 seorang. Selepas itu Encik Suami terus ke kaunter syarikat bot untuk minta refund kerana bot tidak muncul selepas 45 minit dari masa dijanjikan, juga kami terpaksa naik bot lain bagi menyelamatkan diri dari serangan monyet.
Kami diminta menunggu seketika, staf kaunter sedang cuba menghubungi pengendali bot bagi mendapatkan kepastian. Sementara itu, kami duduk makan di sebuah gerai di terminal. Alhamdulillah sedap mi goreng ni, bagai mengubat perasaan saya yang baru terlepas dari dua hal yang tidak menyenangkan tadi

Alhamdulillah, staf kaunter kembalikan wang kami sebanyak RM100. Tadi dah bayar RM50 kepada pasangan mat salih, jadinya kami jimat RM50 bagi tambang bot balik

Antara hikmah yang diperolehi disebabkan dua hal tadi - kami dapat penjimatan RM50 tambang bot balik dan kami dapat pengalaman berhadapan dengan monyet agresif (menjadikan kami akan lebih berhati-hati selepas ini). Menerima kebaikan orang (pasangan mat salih) juga membuatkan saya sedar bahawa hidup perlu saling berbuat baik tak mengira bangsa dan agama. Bukanlah selama ini tak sedar, tapi berbeza rasa sedar apabila kita sendiri mengalami sesuatu peristiwa

Catatan trip ke Taman Negara Bako, Kuching, Sarawak berakhir di sini. Serik? Oh tidak! Setiap yang berlaku menjadi pengalaman hidup buat mematangkan diri dan menjadikan kita manusia yang lebih baik insyaAllah. Keindahan alam dan kepelbagaian flora fauna di Taman Negara Bako begitu mengujakan! InsyaAllah ada rezeki saya akan kembali lagi, masih banyak laluan hutan yang belum sempat kami teroka dan nikmati suasananya



Ke mana kami selepas ini? Kereta sewa kami dipandu menuju ke daerah Bau. Eksplorasi alam semula jadi Sarawak diteruskan









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/08/serangan-monyet-agresif-dan-menunggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peringatan Hut Ke 79 Ri Wapres Ke 6 Try Sutrisno Tiba Di Istana Merdeka Jakarta

Peringatan Hut Ke 79 Ri Wapres Ke 6 Try Sutrisno Tiba Di Istana Merdeka Jakarta

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 114 hits
Try tiba sekita pukul 08 20 WIB dan nampak mengenakan pakaian adat Jawa dan blangkon
127 Rakyat Palestin Tiba Untuk Rawatan

127 Rakyat Palestin Tiba Untuk Rawatan

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 163 hits
Yasmin Abdul LatifSUBANG JAYA Pesawat membawa 127 rakyat Palestin bagi mendapatkan rawatan tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang petang tadi Penumpang adalah 41 pesakit bersama waris masing masing yang seramai 86 orang terdiri daripada lel...
Deretan 88 Unit Ekskavator Milik Haji Isam Tumpangi Kapal Tongkang Tiba Di Merauke

Deretan 88 Unit Ekskavator Milik Haji Isam Tumpangi Kapal Tongkang Tiba Di Merauke

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 142 hits
Rencananya dua trip berikutnya akan tiba nanti malam dan besok dengan jumlah masing masing trip 88 unit
Jokowi Soal Keppres Pemindahan Ikn Tak Kunjung Diteken Pindah Rumah Saja Ribet Ini Ibu Kota

Jokowi Soal Keppres Pemindahan Ikn Tak Kunjung Diteken Pindah Rumah Saja Ribet Ini Ibu Kota

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 148 hits
Jokowi mengatakan keppres tersebut bukan hanya menyangkut administrasi saja namun juga harus dilihat kesiapan di lapangan
Kunjung Hormat Ydp Yadim Kepada Ketua Polis Johor

Kunjung Hormat Ydp Yadim Kepada Ketua Polis Johor

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 81 hits
LENSA Kunjung hormat Yang Dipertua YADIM Datuk Hasanuddin Mohd Yunus kepada Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar A L S Muthuvelu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada 1 Ogos Dalam pertemuan berkenaan dibincangkan beberapa kerjasam...
Video 25 Nakes Tni Tiba El Arish Mesir Langsung Cek Pasien Palestina Korban Kekejaman Israel

Video 25 Nakes Tni Tiba El Arish Mesir Langsung Cek Pasien Palestina Korban Kekejaman Israel

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 130 hits
Tim nakes TNI tahap pertama yang melibatkan 25 personel ini selanjutnya diberangkatkan dari Abu Dhabi menuju El Aris
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba