Sepucuk Pistol Ditemukan Dalam Beg Galas Hitam Pegawai Polis


Sepucuk Pistol Ditemukan Dalam Beg Galas Hitam – Pegawai Polis
KUALA SELANGOR, 13 Okt (Bernama) — Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa, beliau dimaklumkan mengenai penemuan sepucuk pistol di dalam sebuah beg galas berwarna hitam ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Bukit Belimbing, di sini pada 29 Mac tahun lepas.
Inspektor Wan Ibrahim Rosli yang merupakan pegawai serbuan bertugas di Bahagian Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ketika kejadian, berkata beliau dimaklumkan oleh ASP Khairulazizi Ismail berhubung penemuan senjata api itu selepas pemeriksaan dijalankan dalam bonet belakang kenderaan jenis Honda Jazz berwarna putih, di luar rumah berkenaan.
Wan Ibrahim, 34, berkata sebelum itu beliau bersama sepasukan anggota dari Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, diketuai Khairulazizi telah diarahkan untuk membuat tangkapan terhadap suami tertuduh di Kuala Selangor.
Beliau berkata setelah tangkapan dilakukan, mereka dipandu arah suami tertuduh bergerak ke sebuah rumah di daerah sama untuk pemeriksaan lanjut dilakukan, dengan tertuduh turut mengikuti di belakang menaiki kereta Honda itu dan ditemani anggota bertugas.
“(Sampai ke rumah) saya bersama dengan suami tertuduh telah masuk ke dalam rumah, manakala ASP Khairul Azizi bersama tertuduh membuat pemeriksaan di luar (rumah) iaitu di sebuah kenderaan Honda Jazz.
“Saya ada di dalam rumah bersama suami tertuduh untuk bertanyakan tentang satu kes yang disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, yang pada asalnya saya diarahkan untuk mengesan penama tersebut (suami tertuduh) berkait kes itu,” katanya.
BACA: Empat Anggota, Pegawai Polis Ditahan Di Pusat Hiburan Positif Dadah Wan Ibrahim berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin, pada hari keempat perbicaraan kes tertuduh yang didakwa memiliki sepucuk pistol dipercayai dibekalkan kepada warga Israel, di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Wan Ibrahim berkata pada awalnya, beliau tidak terlibat dengan penemuan barang kes tersebut kerana sedang menyoal siasat suami tertuduh di dalam rumah, manakala tertuduh pula berada di luar rumah bersama ASP Khairul Azizi dan beberapa anggota lain memeriksa kenderaan tersebut.
“Pada awalnya saya tidak terlibat dengan pemeriksaan tersebut. Namun selepas penemuan barang kes iaitu pistol, saya ada pergi melihat keadaan kenderaan tersebut dan barang kes yang dijumpai di dalam salah satu zip beg hitam dalam bonet kenderaan tersebut,” katanya.
Wan Ibrahim berkata dia melihat satu objek menyerupai sepucuk pistol berwarna berkilat krom dan berhulu seperti corak kayu berada di dalam satu sarung.
BACA: Empat Suspek Rogol Pelajar Di Sekolah Direman Tertuduh diwakili peguam Datuk Dr Mohd Radzuan Ibrahim.
Pada 8 April 2024, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol jenama CZ 75 P-01 CAL.9 LUGER di sebuah rumah di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor pada 8 malam, 29 Mac 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan tidak kurang enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 5 Jun 2025, suami tertuduh dihukum penjara 10 tahun dengan enam sebatan oleh mahkamah sama, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.
Suami tertuduh didakwa ada bersama tertuduh dalam keadaan yang menimbulkan anggapan munasabah, bahawa dia tahu isterinya itu memiliki senjata api berkenaan pada lokasi, tarikh dan masa sama mengikut Seksyen 9 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang memperuntukkan hukuman serupa.
Sebelum ini, seorang lelaki warga Israel dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Kajang pada 26 Feb, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 200 peluru dan enam senjata api.
Lelaki warga Israel itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara 6.46 petang 26 Mac dan 6 petang pada 28 Mac tahun lepas.
Sumber: BERNAMA
The post Sepucuk Pistol Ditemukan Dalam Beg Galas Hitam – Pegawai Polis  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/13/sepucuk-pistol-ditemukan-dalam-beg-galas-hitam-pegawai-polis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Anggota Pegawai Polis Ditahan Di Pusat Hiburan Positif Dadah

Empat Anggota Pegawai Polis Ditahan Di Pusat Hiburan Positif Dadah

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 160 hits
Empat Anggota Pegawai Polis Ditahan Di Pusat Hiburan Positif Dadah KUANTAN 12 Okt Empat anggota dan pegawai polis termasuk seorang wanita yang bertugas di Pahang ditahan dan dipercayai positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ...
Pendaki Ditemukan Maut Selepas Dua Hari Hilang Polis Tahan Dua Malim Gunung

Pendaki Ditemukan Maut Selepas Dua Hari Hilang Polis Tahan Dua Malim Gunung

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 158 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian SuriIPOH Polis menahan dua Malim Gunung Perhutanan susulan insiden lelaki ditemukan meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang di Muallim Tanjong Malim semalam Timbalan Ketua Polis Perak Dep...
Seramai 28 Pegawai Anggota Polis Ipd Raub Sertai Latihan Dalam Perkhidmatan Pengendalian Kenderaan Pacuan Empat Roda

Seramai 28 Pegawai Anggota Polis Ipd Raub Sertai Latihan Dalam Perkhidmatan Pengendalian Kenderaan Pacuan Empat Roda

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 188 hits
RAUB Seramai 28 pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Raub menyertai Latihan Dalam Perkhidmatan Pengendalian Kenderaan Pacuan Empat Roda bagi meningkatkan kecekapan dan kesiapsiagaan menghadapi tugasan di laluan mencabar Latiha...
Sempadan Kelantan Thailand Polis Sahkan Ada Kegiatan Counter Setting

Sempadan Kelantan Thailand Polis Sahkan Ada Kegiatan Counter Setting

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 113 hits
BernamaKOTA BHARU Polis Kelantan mengesahkan pihaknya mempunyai maklumat awal berhubung kegiatan mengatur kaunter atau counter setting di sempadan Malaysia Thailand Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata kegiatan seumpama itu amat m...
Mayat Dalam Bagasi Mangsa Bunuh Mati Akibat Lemas Polis

Mayat Dalam Bagasi Mangsa Bunuh Mati Akibat Lemas Polis

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 150 hits
SITI NUR MAS ERAH AMRANSEBERANG PERAI Polis mengesahkan punca kematian seorang lelaki tempatan yang mayatnya ditemukan dalam bagasi di kawasan lapang belakang flat Ampang Jajar Permatang Pauh semalam akibat lemas Ketua Polis Pulau Pinang Da...
Polis Menjangkakan Kira Kira 2 1 Juta Kenderaan Akan Berada Di Jalan Raya Seluruh Negara Sempena Cuti Deepavali

Polis Menjangkakan Kira Kira 2 1 Juta Kenderaan Akan Berada Di Jalan Raya Seluruh Negara Sempena Cuti Deepavali

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 186 hits
BENTONG Polis Diraja Malaysia menjangkakan kira kira 2 1 juta kenderaan akan berada di jalan raya seluruh negara bermula 18 Oktober ini sempena cuti perayaan Deepavali Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Ser...
Fitnah Polis Tidak Benar Umur 60 Tahun Tidak Layak Memandu

Fitnah Polis Tidak Benar Umur 60 Tahun Tidak Layak Memandu

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 151 hits
Poster di TikTok menunjukkan seolah olah PDRM melarang warga emas berumur 60 tahun ke atas daripada memandu dengan tajuk Warga emas umur 60 tahun ke atas mungkin tidak dibenarkan memandu Ia disertakan dengan kapsyen provokatif Rasa kena car...
Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Ijm Land Memperkenalkan Suria Park Di Suria Hill Taman Komuniti Yang Memupuk Gaya Hidup Sihat

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku

Hailed For Heroics From Countless Arrest Only Makes Papagomo More Daring Instead Of Remorseful

Babah Gondol Hadiah Utama Ffm 34


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fam Terjerat Tanggung Aib Tempahan Sendiri

Pasangan Warga Emas Disyaki Berkhalwat Dicekup Kali Kedua

Pm Anwar Kongsi Dapat Hadiah Daripada G Dragon

Earphone Atau Headphone Pakar Telinga Jelaskan Mana Lebih Selamat

Cadet S Mom Takes Minister Hospitals To Court Over Withheld Autopsy Findings

Decomposed Body Found In Pahang Palm Oil Plantation