Sepinggan Kentang Goreng Ini Harganya Rm800 Catat Rekod Dunia
Sepinggan Kentang Goreng Ini Harganya RM800! Catat Rekod Dunia…
ADA sesetengah orang tidak lokek mengeluarkan wang yang banyak demi makanan enak di restoran termuka, namun sanggupkan anda membayar RM800 hanya untuk sepinggan kentang goreng?
Menerusi Instagram restoran itu, ia menjelaskan kentang goreng itu dijual bersempena sambutan Hari Kentang Goreng yang disambut pada 13 Julai di Amerika Syarikat.
Tapi apa yang membuatkan hidangan kentang goreng itu dinobatkan sebagai termahal di dunia?
Menu itu dimasak oleh Ketua Kreatif Serendipity3, Chef Joe Calderone bersama Chef Eksekutif, Frederick Schoen-Kiewert menggunakan kentang chipperbeck selain beberapa ramuan lain termasuk garam truffle guerande dan minyak truffle urbani.
Sebagai pelengkap rasa, kentang goreng itu turut dihiasi dengan parutan keju crete senesi pecorino tartufello.
Tidak hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi, kentang goreng itu juga dihidangkan di atas pinggan kristal serta taburan emas 23 karat yang boleh dimakan.
Menu ini sendiri bukan yang pertama dibuat Serendipity2 malah sebelum ini mereka pernah tampil dengan menu milkshake, sandwich dan pencuci mulut termahal di dunia!
Sumber: Instagram Serinditypity3nyc
Sepinggan Kentang Goreng Ini Harganya RM800! Catat Rekod Dunia…
Baca Artikel Menarik :
Joget di hotel dalam majlis Bersatu
Azmin, Takiyuddin perlu sedia ‘dipanggang’ di Parlimen
Sendiri langgar SOP, lepas tu tegur rakyat
Olimpik Tokyo: Chong Wei ‘terasa’ dengan kecaman netizen
Mawar Rashid positif Covid-19
Resepi Ayam Pansuh Sarawak Juicy
Layari Laman Facebook MYKMU
Siti Nordiana buat laporan polis
Buka parlimen: Kuasa atau rakyat? [VIDEO]
The post Sepinggan Kentang Goreng Ini Harganya RM800! Catat Rekod Dunia… appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/07/27/sepinggan-kentang-goreng-ini-harganya-rm800-catat-rekod-dunia/