Sepi Yang Mengejar



aku berlari menjauhi sepi. dia masih mengejarku deras. nafasku sudah kencang hilang. demi tuhan, aku hampir lelah mengalah. hampir saja aku rebah tercium batu yang sengaja menganggu laluan jalanku. aku berlari tanpa tujuan yang sah. aku cuma mahu berlari. berlari menjauhi sepi. biar dia padam dari keseluruhan hidup. aku tak mahu lagi berdepan dengan kegelapan ini

sudah lama diri aku padam dari tanah kerana gelap yang semakin mencengkamku. dadaku pernah hampir musnah terpecah. waktu itu, aku terlalu mahu memeluk sepi menghilangkan dingin yang menyentuh kulit nipisku tanpa dilitup gebar yang menyandar

aku terlalu dingin hingga seluruh roma berdiri mahu ikut berkawad tegap. ah. dingin kali ini benar membuat nafasku pekat membentuk pepejal. mujur sepi ada menghangatkan lalu mencairkan kepekatan nafasku. 
sepi yang aku maki hari ini adalah sepi yang pernah berteman dengan ku selama bertahun - tahun. selama itulah, sepi yang paling dekat ada dengan diriku. tak pernah berenggang. ibu kata, sepi juga seperti aku. saling perlu. entah. aku tidak ingat bila ibu menyatakan itu. mungkin ibu sengaja membohongku untuk membuat segala yang berlaku adalah normal dan tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. 
aku mengaku -- 
dulu, sepilah yang mendendangkan aku lagu sebelum jiwaku dipalung langit yang maha tinggi. seluruh perasaan ku diragut kawanan mimpi sehingga aku lemas didasarnya. itu adalah gelora yang paling tidak boleh dipadam dalam cakera memori. paling indah aku kira. sehingga aku lupa bagaimana caranya mahu pulang ke tempat aku datang. 
sepi bilang dicuping telinga, jika aku tidak pulang. aku mungkin akan hilang dan tak kembali. aku gusar dan merayu semahunya agar sepi membawa ku pulang ke tempat asal aku datang. aku percaya sepi adalah teman akrab yang tidak akan mengkhianati aku disini. didasar yang paling dalam, gelap. aku sekadar ada sepi yang menemani. 
sedar sahaja, aku sudah diatas ranjang beradu. sepi ada disebelah sedang memeluk kemas. entah bagaimana dia memimpinku keluar dari kawanan mimpi yang menghurung. kepalaku masih pusing. gelora terlalu kuat memukul kepala semalam. aku berhutang satu 'nyawa'. entah bagaimana aku mahu membayarnya. 
--
"sepi. bila kau mahu bangkit? subuh sedang menjengah dijendela kamar. aku malu kalau ibu tahu aku mematahkan janji ku pada tuhan."
"sepi, kau baik - baik saja kan? apakah semalam kau memikulku dibahu dan terus rebah? tak ada yang mewarnai langit ingatanku. cuma kelabu. maaf. adakah semalam kau parah kerana terlalu tekun mahu menunaikan janji mu dengan tidak meninggalkan aku dipukul ombak berterusan?"
"sepi."
airmata sedang laju jatuh menyentuh lantai kamar. aku menyentuh tangan sepi. masih diam. perasaan bersalah sudah bersarang penuh diatas batang tubuh. terus aku membasahkan diri dengan wudhu' dan allahuakbar. hening

doa pagi itu panjang. sepanjang laluan 85 jordan - bahrain. aku minta sepi dipanjangkan nyawa. selagi aku hidup, jangan diputuskan hayatnya. aku mahu selalu bersampingan disisi sepi. aku sedar, akulah yang bersalah kerana mengungkit tentang amanat janji. jika tidak ku sebut tentang ini, mungkin sekarang aku masih lagi dipukul gelora dalam kawanan mimpi yang menghurung

entah. aku keliru. tuhan, tolong. lepaskan sekatan doaku di langit tertinggi bertemu kamu. tolong, kabulkan permintaanku. 
-- 
"sepi. maafkan aku kerana pentingkan diri. selama ini, kau lah yang paling banyak tersakiti. bukan aku. sering saja, aku merasa akulah yang paling lebih ditoreh. tanpa ku fikir, luka yang menanda batang tubuh mu lebih dari aku. itulah tu. mungkin kau terasa hati dengan kata yang keluar dari mulutku. maafkan aku sepi."
sepi masih lagi diam, memandangku penuh. aku jadi malu ditenung terus. aku berkalih mata dan memandang ke arah luar. mencuri damai, sekadar mahu berinteraksi dengan daun gugur yang sedang melambai tangannya ke arahku. hayatnya telah tiba. 
sempat aku memberi pesan akhir: "kau pernah berada didetak ku. membersihkan ruang nafas selama dihidupku. terima kasih. usah kesal dengan riwayat yang singkat." daun gugur tersenyum manis ke arahku, sebelum ia rebah mencium tanah. 
jeda -- 
sepi. 
aku sedang cuba mencari kata untuk ku anyam menjadi lebih indah buat sepi. aku masih rasa bersalah. aku takut seluruh perkataan yang keluar akan menambah luka menjadi parah. 
sepi tak sudi berbual meskipun aku sudah mengajaknya berkali - kali. dia lebih memilih untuk diam dan membunuh rasa yang memualkan didadaku. hampir - hampir saja aku mahu memuntahkan semua kata yang sedang ku susun dalam diam. 
aku melangkah keluar meninggal sepi sendiri

-- 
sepi melemparkah sepucuk warkah yang bertulis di muka ku kasar. aku kenal tulisan yang memenuhi ruang pelipat kertas itu. itu tulisan aku yang sudah ku tulis lama. entah. bagaimana mungkin sepi menjumpai warkah itu setelah sekian lama aku menyimpannya. 
"apa kau tulis ni? kenapa kau nak tinggal kan aku?" 
sepi sedikitpun tidak menangis saat menyebut tentang 'tinggal'. sedangkan aku sudah bagai ditampar. sakit ku rasakan didada, aku cuba tahan. 
"apa salah aku dekat kau? apa yang aku dah buat dekat kau sampai kau nak tinggalkan aku? aku teruk sangat ke? jawab."
empanganku benar mahu pecah tak tertahan saat sepi meninggikan suaranya. ini kali pertama sepi begini. aku menjadi benar takut melihat dia begitu. 
"kau sudah memiliki sebahagian malam. malam menyimpanmu dalam saku kiri. walau kau tak pernah mengakui itu, aku tetap tahu. aku curi - curi dengar perbualan kau bersama malam. setiap hari, kau mengatakan malam adalah gebar yang paling indah saat kau masuk ke dasar mimpi. tidak seperti aku dulu, kau memikul ku pulang ke tempat asal entahkan ikhlas entahkan tidak."
laju airmataku jatuh menyambut 'ikhlas' yang ku sebut. rasanya terlalu sakit. 
"jadi kau membuat keputusan sebodoh ini?" sepi menyoalku keras

"terpaksa walau tak rela. malam lebih mahu kau lebih dari aku." aku terus berlari semahunya menuju pintu. tak ada arah tuju. tak sempat aku menoleh mengucapkan tinggal yang benar - benar tinggal kepada sepi. aku cuma mahu berlari. berlari

aku berlari menjauhi sepi. dia masih mengejarku deras. nafasku sudah kencang hilang. demi tuhan, aku hampir lelah mengalah. hampir saja aku rebah tercium batu yang sengaja menganggu laluan jalanku. aku berlari tanpa tujuan yang sah. aku cuma mahu berlari. berlari menjauhi sepi. biar dia padam dari keseluruhan hidup. aku tak mahu lagi berdepan dengan kegelapan ini

aku takut benar jika sepi mahu membunuhku berkenaan hutang 'nyawa' yang perlu dibayar dengan darah. aku lari semahuku sehingga lupa sepasang kaki sedang berlari merentas lautan. aku ke puncak gunung paling tinggi. 
ditanganku ada sebilah pisau yang sempat ku capai tadi waktu dirumah. segera aku membelah dada dan meragut hati -ku dengan kasar. nafasku terhenti seketika. membuak buak darah muntah seperti air terjun victoria di afrika. 
aku melempar hati yang ku ragut ini sejauh kuat tenaga yang ada sehingga ia perlahan - lahan hilang dari mata. dada yang ku belah lopong kosong ini segera ku jahit dengan luka yang tertinggal. benangnya adalah kesedihan yang tak bertepi. 
aku memandang ke belakang. sepi mulai menjauh. entah bila dia tiba. 
sepi tidak lagi memelukku seperti selalu. aku kembali dingin. angin yang menampar di pergunungan ternyata mengigilkan seluruh tubuh kering. gunung menghulurkan bahunya untuk aku bertelekku berbaring melupakan sakit yang sedang menjalar didada. 
aku rebah. entah bila. aku tertidur





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2019/11/kesepian-mengejar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lucinta Luna Geram Dipanggil Brother Boy William Tetap Selow Saat Dibilang Sepi Job

Lucinta Luna Geram Dipanggil Brother Boy William Tetap Selow Saat Dibilang Sepi Job

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 193 hits
Udah dinyanyiin I Love You 3000 sama Boy Lucinta malah makin ngamuk Harusnya dipanggil sister kali ya
Pendaftaran Panwascam Pilkada Surabaya Sepi Peminat

Pendaftaran Panwascam Pilkada Surabaya Sepi Peminat

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 190 hits
Ketua Badan Pengawas Pemilu Surabaya Agil Akbar mengatakan pihaknya memang telah melakukan pengumuman pendaftaran sejak tanggal 13 November hingga 26 November nanti Namun hingga kini masih kurang dari 10 orang yang telah mengambil formulir ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba