“Ya, Insha-Allah jawatan pengerusi akan ditiadakan sebab kita sudah nampak masalahnya.“Kapal perlu ada seorang nakhoda saja (there must be one captain in a ship).“Jawatan itu akan dilupuskan,” tegasnya lagi.Blog ini dalam artikelnya pada 20 Mei lalu telah menjangkakan perkara itu memang ada dalam pertimbangan Muhyiddin susulan perbalahannya dengan Tun Mahathir sebaik beliau membawa Bersatu menubuhkan kerajaan baru yang berjaya menjadikannya sebagai Perdana Menteri.Langkah awal ke arah itu dilihat melalui keputusan RoS menerima perletakan jawatan Tun Mahathir dan seterusnya mengiktiraf Muhyiddin sebagai Pemangku Pengerusi merangkap Presiden Bersatu.
Dalam artikel tersebut juga disebut bahawa walaupun Tun Mahathir telah disahkan menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu bagi penggal 2020-2023, tetapi dipercayai Muhyiddin akan bertindak memecatnya dan seterusnya akan memansuhkan jawatan Pengerusi bagi memastikan beliau dapat menguasai parti itu secara mutlak.Artikel penuhnya boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2020/05/20/muhyiddin-akan-hapus-jawatan-pengerusi-bersatu.htmlYang nyata sekarang ini, semua jangkaan itu akhirnya benar belaka di mana setelah dipecat dan kerana tiada peluang lagi untuk kembali ke dalam Bersatu, Tun Mahathir telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah parti baru bagi meneruskan perjuangannya. (Shahbudindotcom 10/08/2020)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |