Sepatutnya Umno Rasa Terkilan Pada Rais Yatim


11 Julai 2020


Anggota Majlis Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr. Rais Yatim menyatakan rasa terkilannya terhadap kepemimpinan UMNO yang dilihat lebih mementingkan kerusi yang akan ditandingi nanti berbanding mempertahankan kuasa Melayu Islam

1. Ketika umat Melayu Islam sedang diancam dengan cadangan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) oleh Pakatan Harapan (PH), di mana suara bantahan PPBM

2. Di mana suara PPBM pula ketika Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam 405 (Himpunan 405) membantah dengan mana-mana pihak yang cuba menyentuh institusi Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Negara? 
3. Tiba-tiba hari ini PPBM muncul mahu pertahankan kuasa Melayu dan Islam? Jika PPBM ikhlas, alhamdulillah. Namun jika PPBM mempunyai agenda untuk memenangi kembali hati orang Melayu, selamat berjaya diucapkan. 
4. UMNO juga tidak berminat nak menjaja cerita pembahagian kerusi calon menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Tetapi Dr. Rais Yatim kena imbau kembali, siapakah yang memulakan sengketa antara rakan parti di dalam Perikatan Nasional (PN). Umum ketahui, ianya datang dari barisan PPBM sendiri

5. Kenyataan biadap yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Mersing Dr. Abdul Latiff Ahmad yang mengatakan konon nya UMNO sudah 'tidak laku' dan gagal mendapat sokongan rakyat itu sebenarnya berniat jahat meskipun 'salam perkenalan' PN telah menunjukkan tanda-tanda positif. 
6. Sekadar berkongsi maklumat yang mungkin Dr. Rais Yatim terlepas pandang bahawa UMNO / Barisan Nasional telah memenangi enam (6) Pilihanraya Kecil (PRK) berturut - turut dan ianya membuktikan sokongan rakyat telah beransur kembali kepada kami. Bukan niat bermegah mahupun membangga diri tetapi ini fakta. 
7. Penubuhan UMNO sejak dari mula adalah untuk orang Melayu dan Raja-Raja Melayu. Hari ini asas perjuangan parti keramat ini masih sama malahan selama 60 tahun mentadbir kerajaan Persekutuan, semua peringkat golongan rakyat tidak diabaikan. Politik khidmat bakti sudah sebati menjadi DNA UMNO. 
8. Dr. Rais Yatim harus sedar bahawa puak yang memecahkan kuasa Melayu Islam di negara ini adalah parti PPBM yang tergamak bersekongkol dengan DAP sehingga menjadi asbab mereka bagai kadok naik kunjung. Akhirnya syarikat dan harta negara dijual dan lebih menyedihkan lagi aset-aset Tabung Haji juga menjadi mangsa kerakusan kerajaan PH. Di mana suara PPBM ketika itu? 
9. Dalam isu pembahagian kerusi sudah jelas. UMNO mengambil ketetapan bahawa semua kerusi yang UMNO dan Barisan Nasional bertanding pada PRU -14 lepas sebagai 'default' adalah kerusi UMNO Barisan Nasional. Jika ada mana - mana parti mahu mengambil kerusi-kerusi tersebut, maka rundingan dan perbincangan harus diadakan dengan baik. Bukan dengan cara menghina seperti yang PPBM lakukan sebelum ini. 
10. PPBM boleh simpan semua mantan Ahli Parlimen UMNO yang telah lompat ke PPBM namun tempat mereka akan diisi oleh calon dari UMNO / Barisan Nasional. Selain itu juga, ingin saya ingatkan Dr. Rais Yatim bahawa UMNO tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang cuba menekan parti ini dalam menerima apa - apa sahaja keputusan yang akhirnya merugikan orang Melayu

11. Seperkara yang Dr. Rais Yatim harus sedar adalah kerajaan hari ini dibina dengan sokongan UMNO. Maka tak menjadi kesalahan sekiranya UMNO diberi kedudukan di pelbagai peringkat termasuk di syarikat-syarikat milik kerajaan GLC berdasarkan status sebagai parti di dalam kerajaan. Saya berpendapat secara peribadi UMNO tidak ada masalah untuk melepaskan semua jawatan di dalam GLC dan menarik semula sokongan kepada kerajaan PN, cuma adakah ini yang Dr. Rais Yatim mahukan

12. Akhir sekali, saya mohon Dr.  Rais Yatim bermuhasabah diri dan tetapkan pendirian beliau. Kerana beliau juga harus jelaskan apakah sebenarnya prinsip perjuangan beliau yang agak 'flip - flop' dengan 'kolam-kolam' berlainan. 
Terima kasih

DATUK MOHD RAZLAN RAFIIAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO MalaysiaNaib Ketua UMNO Bahagian Seputeh

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://taipingmali.blogspot.com/2020/07/sepatutnya-umno-rasa-terkilan-pada-rais.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rais Perlu Cermin Diri Dahulu Sebelum Tegur Umno

Rais Perlu Cermin Diri Dahulu Sebelum Tegur Umno

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 360 hits
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Senator Tan Sri Dr Rais Yatim dalam pagi inimenegur kempimpinan senior dalam UMNO dalam isu merebut kerusi Rais dipercayai merujuk kepada Presiden UMNO yang membuat kenyataan bah...
Veteran Umno Pelik Bersatu Masih Pelihara Manusia Seperti Rais

Veteran Umno Pelik Bersatu Masih Pelihara Manusia Seperti Rais

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 282 hits
MALAYSIAKINIVeteran Umno membidas Anggota Majlis Pimpinan Bersatu Dr Rais Yatim yang mendakwa Umno tak menghargai penghargaan Bersatu kepada mereka sebaliknya hanya mementingkan soal kerusi Kata setiausaha agungnya Mustapha Yaakub kenyataan...
Rais Serang Veteran Umno Balik

Rais Serang Veteran Umno Balik

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 357 hits
Tan Sri Dr Rais Yatim membalas serangan Setiausaha Agung Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub yang mempersoalkan mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin masih memelihara anggota Majlis Pimpinan Bersatu itu Rais meminta Mustapha menjawab soalan itu t...
Umno Terkilan Sikap Azmin Di Selangor

Umno Terkilan Sikap Azmin Di Selangor

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 313 hits
ISHAM JALIL Semalam Menteri Persekutuan dan juga bekas Menteri Besar Selangor Azmin Ali mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Gombak di Pejabat Daerah Gombak Minggu lepas dia juga telah mempengerusikan Majlis Ti...
Adakah Umno Bernar Benar Berubah

Adakah Umno Bernar Benar Berubah

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 315 hits
Ulama Pas kata umno telah berubah bagi saya umno masih sama tak berubah punTetapi yang berubah ni Pas dapat pangkat dapat Dato dan Dato Seri lepas ni Tan Sri Haji Hadi Awang dapat senator dah tak kisah tentang hudud judi dan arak semua dah ...
Bn Ready To Welcome Salleh Back Into Umno Annuar Musa

Bn Ready To Welcome Salleh Back Into Umno Annuar Musa

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 430 hits
Barisan Nasional has adopted an open attitude and lauds the return of former Umno treasurer Salleh Said Keruak back into the party BN secretary general Annuar Musa said the party has no objections to the application but Salleh has to underg...
Umno Seeks Contempt Proceedings Against Bank Over Court Order On 1mdb Funds

Umno Seeks Contempt Proceedings Against Bank Over Court Order On 1mdb Funds

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 476 hits
Lawyers Hariharan Tara Singh and Tania Scivetti representing Umno in the government s forfeiture application against the party to recover more than RM192 million of alleged 1MDB funds KUALA LUMPUR Umno has filed an application for an order ...
Kenapa Pas Tolong Kempen Untuk Calon Umno

Kenapa Pas Tolong Kempen Untuk Calon Umno

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 322 hits
Kenapa PAS tolong kempen untuk calon Umno Bukankah Umno dikaitkan dengan rasuah kleptokrasi dan sebagainya USTAZ ZURIDAN MOHD DAUD berkata ini perkara siasah Dalam kaedah fiqh dinyatakan ada perkara yang berubah hukum kerana berubahnya kead...
Salleh A Mistake To Have Left Umno

Salleh A Mistake To Have Left Umno

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 372 hits
Former federal minister Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said who is re applying to join Umno says his decision to leave Sabah Umno en bloc on Dec 12 2018 was a mistake He is now leaving it to the Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi t...
Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Hiburan Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Penyondol Anak Ahli Politik Isteri Dia Baru Lepas Bersalin

Auditor General Flags Shady Deals In Felcra Ukm And Army Armoured Vehicle Procurements

How Smart Fabrics Are Redefining The Future Of Wearable Technology

Buggy Kenderaan Elektrik

Solar Time Moves Forward Celebrating 44 Years Of Heritage Innovation In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Naik Taraf Dataran Kejat Mukim Lata Rek

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 158

Perfume Kereta Gel Blank X Syahmisazli Original Pewangi Kereta Viral 100 Original

Sebarkan Mengenai Lane Hogger

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan Drb Hicom Port Dickson

Beli Monitor Refurbished Untuk Pc