Separuh Bulan Mei
Ye, bulan Mei dah separuh bulan barulah terhegeh-hegeh nak update. Sumpah sibuk ya amat! Sibuk dengan tempahan sampul duit raya hipster sampai blog pun terabai lamanya. Lagi satu disebabkan earnings adsense lebih memberansangkan kalau tak update blog berbanding update blog. Itu yang jadi lagi bertambah "Erm, biarlah blog tu janji earnings naik". Entah, tak faham juga kadang tu naik turun earnings.
Bukan apa, itu salah satu cari duit poket tepi sesambil berblog daripada orang kata buang masa tu. Buang masa tak buang masa, sekurang-kurangnya ada faedahnya lah. Berkesempatan jugalah nak update blog bulan Mei ni lepas dah settle hampir semua tempahan. Barulah dapat menaip sikit-sikit pun jadilah daripada sunyi terus hampir sebulan ni. Of course tak ada yang rindu. Tapi dah nama blog personal haruslah nak update apa yang patut walau sembang kosong. Kan
Tak lupa juga nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Pejam celik pejam celik je nanti dah nak raya dah kan. Sementara berkesempatan menikmati bulan Ramadhan ni, buatlah dan doalah yang baik-baik ye. Kesabaran tu paling penting dalam bulan Ramadhan ni kan? Bulan Ramadhan memang menduga kesabaran kita, itu yang kena sabar banyak-banyak dalam segala hal. Moga diberi kesabaran yang kuat
Dan bila hampir separuh bulan Mei ni juga menandakan hampir separuh bulan ramadhan kita berpuasa. Makanya, bermulalah juga kesesakan di shopping mall selain di bazaar Ramadhan. Jangan tanyalah kenapa sesak sebab masing-masing sibuk shopping untuk persiapan raya. Persiapan raya Fiza satu apa pun tak ada lagi ni. Nanti-nanti baru fikir. Biasalah last minit siap gitu.
By the way, nanti dah free Fiza balas jejak kau orang eh? Masih di fasa sibuk dengan kerja yang ada. Rindu nak menaip di blog ni sebenarnya tapi itulah disebabkan masa dan kesibukan terpaksa merelakan blog sunyi seketika. Till then~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2019/05/separuh-bulan-mei.html