Sentimen Tempatan Lahir Kerana Rekod Pentadbiran Semasa Kata Pemimpin Pgrs


Masiung Banah berkata keyakinan pengundi terhadap parti tempatan meningkat kerana kepimpinan stabil, berhemah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah.
Masiung Banah nafi wujud usaha menakut-nakutkan rakyat dengan meniup sentimen parti tempatan seperti didakwa Annuar Musa.PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Masiung Banah menolak dakwaan wujud usaha menakut-nakutkan rakyat dengan meniup sentimen parti tempatan menjelang PRN negeri itu pada 29 Nov depan
Masiung berkata dakwaan itu tidak tepat kerana rekod pentadbiran semasa menjadi faktor utama keyakinan pengundi, sekali gus membangkitkan sentimen yang cenderung kepada parti tempatan.
Menurutnya, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Hajiji Noor memperlihatkan kepimpinan yang stabil dan berhemah, termasuk keupayaan menjalin hubungan baik dengan kerajaan persekutuan demi kepentingan rakyat Sabah.
“Contohnya, Sabah berjaya mendapatkan pemberian khas sehingga RM600 juta daripada kerajaan pusat. Ini bukan perkara kecil dan ia hasil pendekatan matang, bukan retorik,” katanya kepada FMT.
Penyandang DUN Kuamut itu mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Sabah, Annuar Musa, yang mendakwa ada pihak cuba memainkan sentimen menolak parti Semenanjung untuk meraih sokongan pada PRN akan datang.
Mengulas lanjut, Masiung berkata apa yang berlaku ketika ini adalah sentimen sebenar yang dirasakan rakyat Sabah berdasarkan pengalaman mereka, termasuk dalam soal tadbir urus dan kestabilan politik negeri.
“Sentimen ini bukan dicipta oleh mana-mana parti. Ini suara rakyat Sabah sendiri yang semakin yakin kepada kepimpinan parti-parti tempatan yang terbukti dapat mentadbir dengan baik,” katanya.
Masiung menambah, rakyat Sabah kini lebih menilai hasil kerja dan keupayaan menyelesaikan isu lapangan seperti pembangunan luar bandar, peluang ekonomi serta penyelesaian isu tanah, bukan sekadar slogan.
“Sabah sudah melalui banyak episod politik tidak menentu. Jadi, rakyat semakin jelas apa yang mereka mahu – kestabilan, integriti dan pentadbiran yang berkesan. Dan setakat ini, mereka melihat itu pada GRS,” katanya.
Beliau berkata PGRS akan terus memainkan peranan memperkukuh blok politik tempatan dalam gabungan, selain memastikan hubungan baik dengan Putrajaya diteruskan demi manfaat jangka panjang kepada negeri.
“Kami tidak memusuhi sesiapa. Kita mahu kerjasama, tetapi keutamaan sentiasa Sabah,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/11/sentimen-tempatan-lahir-kerana-rekod.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 219 hits
AgensiWASHINGTON Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilapor menggesa Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy supaya menerima syarat Moscow bagi menamatkan peperangan dengan Rusia termasuk menyerahkan keseluruhan wilayah Donbas dalam satu p...
Walaun Cerdik Kutuk Pemimpin Bangang

Walaun Cerdik Kutuk Pemimpin Bangang

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 185 hits
Fendi Apple Menyesal dulu pendapatan tiada pendapatan menyesal tak sudah kih kih kih
Punya Habis Idea Pembangkang Guna Pemimpin Yang Perangi Umat Islam Selatan Thai Untuk Serang Pmx

Punya Habis Idea Pembangkang Guna Pemimpin Yang Perangi Umat Islam Selatan Thai Untuk Serang Pmx

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 183 hits
Pembangkang guna pemimpin yang perangi umat Islam Selatan Thai untuk serang PMXHarapandailyNovember 6 2025Ahli politik Thailand Rangsi Kittiyarnsup yang digunakan pembangkang untuk menyerang kerajaan adalah bekas pegawai kanan tentera yang ...
22 Pemimpin Tertinggi Gisbh Mengaku Salah

22 Pemimpin Tertinggi Gisbh Mengaku Salah

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 187 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com my22 pemimpin tertinggi GISBH mengaku salah Kajang Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd Nasiruddin Mohd Ali dan 21 pemimpin tertinggi perniagaan itu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi...
11 Kata Kata Putus Cinta Paling Menggetarkan Hati Menyentuh Tapi Membebaskan

11 Kata Kata Putus Cinta Paling Menggetarkan Hati Menyentuh Tapi Membebaskan

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 272 hits
Kata kata putus cinta tak hanya tentang kehilangan tapi juga tentang bagaimana seseorang belajar berdamai dengan takdir menata ulang hati dan menemukan arti mencintai tanpa harus memiliki
Rasuah Kata Pembenci Keh Keh Keh

Rasuah Kata Pembenci Keh Keh Keh

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 202 hits
Norman DaudFuhh PMX baru nak bagi taklimat khas pasal pemberian untuk negeri Sabah tapi tengok ruangan komen ramai betul yang terus melompat cakap ni rasuah ni gula gula politik ni nak beli sokongan Sabah Aduhh inilah masalah bila ramai suk...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya