Sentiasa Ingatkan Diri Tentang Undang Undang Kelangsungan Hidup Yang Pengaruhi Kehidupan





Masa kerja makan gaji, sebelum jadi usahawan sepenuh masa dulu, tak ada niat untuk jadikan kerjaya makan gaji sebagai kerjaya tetap. 
Ingatan sentiasa ke arah nak berhenti kerja dan berniaga.
Tujuan utama kerja adalah untuk timba ilmu dan pengalaman. Terutamanya untuk cuba faham bagaimana syarikat besar bergerak. Juga nak tahu sikap pekerja di syarikat besar, mereka jenis yang bagaimana.
Dengan niat tersebut, semua tugasan dan sasaran yang diberikan tak pernah dianggap satu bebanan. Seronok dan sentiasa bersedia terhadap segala cabaran dan rintangannya.
Makin perform makin berat tugasanHasil dari cara kerja makan gaji begitu, saya lihat satu corak yang berulang. 
Setiap orang yang perform, dia akan ditambah tanggung jawab yang lebih besar. Makin perform makin naik tanggung jawab.
Itu adalah dari sudut pandang pekerja makan gaji macam saya ketika itu. Tak berkira dengan tugasan dan anggap semua itu pengalaman dan peluang timba ilmu.
Buat orang yang punya mentaliti negatif makan gaji, dia akan melihat, setiap kali dia perform orang akan susahkan lagi hidupnya, diberikan kerja lebih banyak. Tak hairanlah orang sedemikian, cuba sorokkan kuku yang dia ada. Makin lama makin tersorok. Dan berakhir lansung tak pakai dan tak ke mana.
Sepanjang pengalaman makan gaji, saya alami peningkatan kerjaya dan pangkat yang sangat konsisten. Paling cepat 6 bulan sekali nak pangkat. Dituruti oleh kenaikan gaji yang banyak. 
Makin memberi, makin menerimaDalam kehidupan biasa, perkara sama berlaku.
Orang yang banyak memberi, akan dicari oleh ramai orang. Makin banyak dia memberi, makin ramai orang cari.
Dah tentu yang cari itu bukan hanya yang meminta-minta sahaja. 
Jumlah mereka yang sama-sama mahu memberi dan buat pertukaran sama naik datangnya. Berakhir dengan anda semakin banyak menerima.
Orang yang kedekut pula, membuatkan ramai orang jauhi. Makin kedekut, makin ramai orang pergi jauh.
Dia bukan saja menolak kaki minta, malah turut sama menolak mereka yang mahu buat pertukaran. Itu semua mengecilkan peluang. Dan berakhir dengan makin kedekut makin kurang menerima.
Dalam perniagaan sama juga. Makin banyak manfaat yang produk mampu berikan, makin banyak permintaan. Makin banyak pelaburan, makin banyak keuntungan.
Makin rajin makin banyak kerjaAnda boleh perhatikan semua kejadian ini di sekeliling. Di mana-mana saja orang yang ringan tulang, kerjanya tak berhenti datang.
Lihat anak-anak yang tak berkira memelihara ibubapa mereka. Makin dia rajin memberikan yang terbaik untuk ibubapanya, makin lama dan makin teruk dia kena jaga. Orang tua pulak beri signal tak mahu orang lain jaga. Makin teruk anak yang pandai jaga tu.
Anak-anak yang tak rajin jaga, makin lama makin tak perlu jaga ibubapanya. Ada saja alasan yang sah. Tahap akhir, ibubapa sendiri tak mahu duduk di bawah jagaannya. 
Dan berakhir dengan anak yang rajin itu kena jaga ibubapa mereka sampai mati. 
Undang-undang kelansungan hidupSaya mula melihat semua itu dan berfikir kenapa?
Baru-baru ini saya mula sedar bahawa itulah undang-undang kelansungan hidup.
Semua kehidupan yang melata, yang merangkak, merayap, terbang dan segalanya akur dengan sunnatullah kelansungan hidup.
Macam Charles Darwin temui dalam pengamatannya lalu merumuskan teori 'survival of the fittest'.
Hukum alam sentiasa menyebelahi mereka yang mampu membantu kehidupan lain untuk melansungkan kehidupan.
Sebab itu, makin banyak anda memberi, makin ramai datang. Makin rajin, makin banyak kerja, makin perform, makin besar tanggung jawab.
Semuanya hanya menuruti hukum kelansungan hidup atas dunia ini yang memang dah jadi sunnatullah!
Jadi! moral nya, jangan pernah takut untuk memberi, untuk keluarkan tenaga dan harta serta masa. Jangan takut untuk rajin, perform,dan jangan sesekali berkira.
Alam sentiasa menyebelahi orang yang dapat membantu orang lain teruskan kelansungan hidup. Semata-mata atas dasar dia tahu orang itu mampu melangsungkan kehidupannya.
Aplikasi kelansungan hidupJika anda perhatikan, ada satu perbezaan besar antara benda hidup dengan benda mati.
Yang hidup, makin dipakai, makin lasak. Manakala yang mati, makin di pakai makin haus makin rosak.
Otot paling banyak dipakai yang paling kuat dan mantap. Jalan berkaki ayam buatkan tapak anda makin kuat tebal dan lasak. Pakai kasut, tapaknya makin kurang dan berlubang.
Berbalik kepada hukum kelansungan hidup. Orang yang perform makin banyak terima kerja, yang rajin makin bertambah orang bagi kerja, yang pemurah makin banyak datang meminta dan seumpamanya.
Macam otot, ada limitnya. Anda sendiri tahu takat mana nak pakai. Bila perlu rehat pulihkan tenaga. Jangan lepasi had. Boleh rosak terus.
Sama juga dalam semua bab yang melibatkan tindakan memberi. Perlu tahu di mana had. Jangan pakai sampai bateri tak boleh charge semula. Anda sendiri tahu hadnya. Kalau tak peka, tak amati, tak fikirkan, semua akan jadi sia-sia jika terlebih pakai.
Oleh itu, pemikiran perlu hidup. Fikir dan cari jalan untuk optimasikan usaha. Fikir jalan bagaimana boleh tingkatkan hasil dengan sedikit usaha. Buka aplikasi teori pareto dan selidik cari rahsiannya.
Ringkasnya, untuk hidup, perlu banyak memberi dan berfungsi. Dalam masa yang sama akal perlu ligat melihat dan belajar mencari jawapan.
Sekian .. dari kamar usang rumah kampung 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/09/sentiasa-ingatkan-diri-tentang-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Powerful Quote Of The Day Tentang Kehidupan

15 Powerful Quote Of The Day Tentang Kehidupan

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 180 hits
10 petikan ringkas quote of the day tentang penjagaan diri Terapkan dalam diri anda dengan kata kata motivasi yang mampu membakar semangat juang kita Motivasi adalah sesuatu yang dapat memberikan dorongan input positif dan memberikan semang...
Terbongkok Sayu Lihat Keadaannya Warga Emas Ini Masih Gigih Jual Air Tebu Tepi Jalan Demi Kelangsungan Hidup

Terbongkok Sayu Lihat Keadaannya Warga Emas Ini Masih Gigih Jual Air Tebu Tepi Jalan Demi Kelangsungan Hidup

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 246 hits
K0s hidup yang saban hari semakin men ngkat memaksa masing masing untuk terus struggle dalam mencari sumb r pendap tan Lebih lebih lagi buat mereka yang sekadar kerja 8216 kais pagi makan pagi kais petang makan petang 8217 Dalam waktu yang ...
Mendag Zulhas Ingatkan Milenial Persiapkan Diri Hadapi Tantangan Global

Mendag Zulhas Ingatkan Milenial Persiapkan Diri Hadapi Tantangan Global

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 138 hits
Menteri Perdagangan Zulkifli Hasan mengemukakan penting dan perlu bagi mahasiswa untuk menyiapkan diri dalam menghadapi persaingan global baik secara intelektual maupun spiritual
Kes Najib Jangan Ada Sesiapa Bermain Dengan Kuasa Mempersenda Undang Undang

Kes Najib Jangan Ada Sesiapa Bermain Dengan Kuasa Mempersenda Undang Undang

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 180 hits
Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin melihat pemenjaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu isyarat bahawa sesiapa sahaja termasuk orang kenamaan tidak boleh dengan sewenang wenangnya mempersenda undang undang Beliau ...
Video Menitik Air Mata Kanak Kanak Tidur Tengah Tengah Divider Ketika Jual Buah Undang Seb4k Ramai

Video Menitik Air Mata Kanak Kanak Tidur Tengah Tengah Divider Ketika Jual Buah Undang Seb4k Ramai

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 231 hits
Kehidupan bagi setiap orang berbeza Dikala kanak kanak lain tidur beralaskan tilam yang selesa dan berbumbung namun tidak bagi kanak kanak perempuan ini Seorang kanak kanak dilihat sedang tidur di bahagian divider jalan ketika hujan sedang ...
Hiburan Sayu Je Mata Dia Bapa Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah Undang Sebak Ramai

Hiburan Sayu Je Mata Dia Bapa Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah Undang Sebak Ramai

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 134 hits
Baru baru ini tular di aplikasi mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Intan Nurdiyana yang merupakan seorang jurusolek telah mendapat perhatian orang ramai Menerusi video tersebut Intan menceritakan pengalama...
Pengampunan Ada Prosedur Perlu Ikut Undang Undang Tegas Sultan Selangor

Pengampunan Ada Prosedur Perlu Ikut Undang Undang Tegas Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 176 hits
freemalaysiatoday com September 12 2022 4 31 PMSultan Sharafuddin Idris Shah berkata kuasa prerogatif pengampunan yang tidak boleh dilaksanakan sewenang wenangnya PETALING JAYA Pengampunan diraja tidak boleh digunakan sewenang wenangnya dan...
Mizz Nina Menangis Masa Bagi Ceramah Tentang Penceraian Ramai Yang Sebak

Mizz Nina Menangis Masa Bagi Ceramah Tentang Penceraian Ramai Yang Sebak

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 190 hits
Baru baru ini Mizz Nina yang hadir di sebuah majlis mencuri tumpuan ramai apabila dia menangis semasa memberikan ceramah tentang penceraian Video yang dikongsikan oleh mereka yang hadir pada majlis tersebut turut tular dan membuatkan rata r...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari