Hai acik acik semua...Saya Mijan...Kami tinggal di dorm Selangor sepanjang 2 malam tu.
Dalam ni ada 8 buah katil yang bersih dan lengkap dengan selimut bantalnya.Tuala pun ada disediakan sebanyak 8 helai.Tapi kami gabung la katil untuk ada ruang yang luas,anak dah ramai,susah nak cari tempat tidur.Banyak bilik yang maksimum 6 orang je.
Dalam bilik ni kira selesa la,Ada dua biji kipas siling dan 1 unit penyaman udara.Siang siang pun tak berbahang panas sebab dia pakai macam lapisan kayu tu sebagai insulasi rasanya.Malam pun tak berapa sejuk,Just nice.
Toilet ada 2 buah.Kira Okaylah untuk kami sekeluarga ni.Kalau ada sebiji je,Memang jenuh nak menunggu
lengkap dengan pemanas air dan sabun dalam disepenser tu.Dia tulis shower and shampoo,Gatal kemain kepala pakai shampoo dia.Korang pergi mana bawala shampoo sendiri eh.MY boleh tertinggal shampoo pulak.Bawa sabun aje, berus gigi, ubat gigi dan pencuci muka.
Kolamnya bersih dan tidak berbau klorin yang keterlaluan.Puas anak anak mandi kolam berjam jam lamanya,Dalam kolam ni 1 meter sahaja.Tapi anak anak kecil kena ada pelampung ya.Kesian kalau takde pelampung sebab untuk anak kecil 1 meter tu agak dalam
Betul betul depan bilik kami ada mini playground ni,Tapi anak anak dah tak pandang dah playground gini,Diorang dah besar.
Menara dan tali tu untuk flying fox,Tapi kami tak main flying fox pun,Asyik hujan je.Takde aktiviti sangat pun boleh dibuat
Kat sini ada air dispenser lengkap dengan air panas, air sejuk dan air suhu bilik,Ni kat hall..Dalam bilik tak disediakan kettle atau cerek air ya.Pengering rambut pun takde,Iron pun takde.Sejadah pun takde.Dia kata boleh minta kat recept.MY dah minta iron, tapi tak sampai2..Nasib baik bawa tudung anti kedut.Baju melayu untuk persembahan Mijan pun dah gosok siap siap dari rumah.Hanger elok elok.
Design dormitory dan kawasan ni memang cantik.Aman damai je pemandangannya,Kat belakang ni ada sungai air masin /paya bakau.Jadi kadang kadang ada bau paya naik dibawa angin.Mula mula ingat Mijan berak,Asyik la tanya dia " Mijan berak?""Tak"Asyik tanya je..naik stress dia nak jawab.Kesian Mijan.. Mak ayahnya pun...asyik tuduh Mijan je..
Selipar memang bersepah gila.harap harap takde orang OCD lalu depan ni.Takde rak kasut disediakan.Malam malam bawak la selipar kasut korang masuk ye.Malam tu hujan lebat tambah,Jauh selipar jepun MY hanyut.
Track ni boleh jalan jalan naik basikal.Basikal disediakan untuk pengunjung secara percuma.
Ni menara tempat aktiviti flying fox.Ada jurulatih bertauliah yang handle ni.Tapi kami tak main pun benda ni semua.anak kecik kecik ...
Kena pakai safety harness nak buat aktiviti ni semua.sebab dia bukannya playground.Dan ada bayaran tambahan untuk buat aktiviti ni,Kami buat aktiviti yang ringan ringan dan free aje...Maklumlah..Banyak kenderaan berat.hahaha..|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |