Sensasi Walau Tak Disebut Namanya Syed Saddiq Wajib Tampil Jawab Dakwaan Wanita Jelita


Kira-kira tiga hari lalu muncul sebuah rakaman video yang kemudian bertebaran di media sosial berkenaan seorang wanita muda jelita meluahkan perasaan kecewa terhadap hubungannya dengan seseorang yang ternama.



Walaupun wanita itu tidak menyebut siapa lelaki yang dimaksudkannya, tetapi oleh kerana sebelum ini gambarnya berpelukan dengan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman lebih dulu tersebar luas, ramai pengguna media sosial tanpa berselindung mengaitkan beliau dengan wanita terbabit.

Tambahan lagi, jika diteliti intipati luahan hati wanita muda dalam video itu, tidaklah sukar untuk memahami bahawa apa yang diluahkannya adalah ditujukan kepada Syed Saddiq yang baru-baru ini membuat laporan polis berhubung kehilangan atau kekurangan wang kira-kira RM250 ribu daripada peti simpanan di rumahnya.

Sebaik laporan polis dibuatnya, blog ini ada menggesa agar SPRM menyiasat Syed Saddiq berhubung sumber serta kesahihan wangnya yang hilang itu.

Dilaporkan kemudian SPRM sudah pun membuka kertas siasatannya dan Syed Saddiq serta beberapa pihak yang lain juga difahamkan sudah diambil keterangan oleh agensi pencegah rasuah itu.

Sebelum itu, Syed Saddiq telah tampil menjelaskan wang tersebut adalah simpanannya untuk membaiki rumah yang baru dibelinya bersama keluarganya, sementara sebahagian daripada RM250 ribu itu adalah wang ayah dan ibunya.

ARTIKRL BERKAITAN:#ISU PANAS ~ WANG RM210,000 MILIK SAYA, AYAH DAN IBU UNTUK RENOVASI RUMAH KATA SYED SADDIQ


Apabila tersebar video ini, saya sengaja lambat sikit untuk membuat ulasan kerana mengharapkan Syed Saddiq segera tampil memberi penjelasan berkenaan hubungannya dengan wanita muda jelita itu serta dakwaan yang dibuatnya.

Sebagai pemimpin muda yang selalu melaungkan slogan “Berani Kerana Benar”dan “Kekal Berprinsip” dalam perjuangannya selama ini, Syed Saddiq tidak harus berdiam diri saja dalam isu terbaru ini.

Beliau mesti berani tampil menjelaskan sejauh mana hubungannya dengan wanita muda jelita itu dan sama ada benar segala dakwaan yang dibuatnya sebagaimana terkandung dalam video itu.

Video tersebut di sini https://www.facebook.com/301114980619309/posts/636661210398016/?vh=e&d=n

Adalah dibimbangi jika Syed Saddiq terus berdiam diri, wanita muda jelita itu akan tampil lagi dengan rakaman video yang seterusnya beserta pelbagai dakwaan lain terhadap beliau.


Jika itu berlaku, sudah tentu nama dan imej Syed Saddiq akan lebih buruk di mata umum, lebih-lebih lagi beliau bakal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Armada Bersatu tidak lama lagi.

Pendeknya, berdiam diri dan membisu bukanlah pilihan yang wajar baginya.

Atau, kiranya Syed Saddiq lebih berani dan yakin dirinya di pihak yang benar serta segala dakwaan dalam video itu adalah palsu, apa kata beliau saman saja wanita muda jelita tersebut?

Ayuh Syed Saddiq, inilah masanya untuk membuktikan “nothingtodide” yang selalu jadi sebulan sebelum ini bukan sekadar kata-kata yang sedap diungkapkan, tetapi juga mesti berani untuk dilaksanakan. (ShahbudinHusin 12/04/2020)

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/04/sensasi-walau-tak-disebut-namanya-syed.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Misteri Yang Dikaitkan Dengan Syed Saddiq Tampil Buat Penjelasan

Wanita Misteri Yang Dikaitkan Dengan Syed Saddiq Tampil Buat Penjelasan

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 321 hits
Inikah wanita mesteri di sebelah ketiak seorang lelaki yang dikatakan mirip bekas Menteri Pakatan Harapan iaitu Syed Saddiq yang tular sebelum ini Mengapa wanita ini menyesal Apa yang disesalkan Video pengakuan wanita ini telah dimuatnaik o...
Gambar Mirip Bersama Wanita Tular Syed Saddiq Buat Laporan Polis

Gambar Mirip Bersama Wanita Tular Syed Saddiq Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 341 hits
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman menyerahkan kepada pihak polis bagi menyiasat kononnya wujud kaitan kehilangan sejumlah wang dengan penyebaran beberapa foto miripnya bersama seorang wanita di media sosial Syed Saddiq berkata pih...
Syed Saddiq Bidas Dakwaan Dr Adham

Syed Saddiq Bidas Dakwaan Dr Adham

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 292 hits
SHAH ALAM Kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan gagal membendung kluster himpunan tabligh di Masjid Sri Petaling berhubung penularan wabak koronavirus di negara ini terus dipersoalkan ol...
Wang Rm210 000 Milik Saya Ayah Dan Ibu Untuk Renovasi Rumah Kata Syed Saddiq

Wang Rm210 000 Milik Saya Ayah Dan Ibu Untuk Renovasi Rumah Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 294 hits
Saya harap semua pihak berhenti berspekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan katanya Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata duit RM210 000 yang hilang dari rumah beliau adalah yang belia...
Duit Rm250k Lesap Ini Komen Syed Saddiq Yang Ditunggu Ramai

Duit Rm250k Lesap Ini Komen Syed Saddiq Yang Ditunggu Ramai

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 260 hits
Susulan kehilangan sejumlah wang bernilai RM250 000 dikediamannya ini respon Syed Saddiq Baca selanjutnya Duit RM250K Lesap Ini Komen Syed Saddiq Yang Ditunggu Ramai
Sprm Siasat Duit Rm250k Syed Saddiq

Sprm Siasat Duit Rm250k Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 277 hits
SPRM hari ini memaklumkan bahawa suruhanjaya itu telah membuka satu kertas siasatan berhubung seorang bekas menteri yang didakwa memiliki sejumlah wang tunai yang meragukan SPRM telah menerima aduan berhubung pemilikan sejumlah besar wang t...
Enam Individu Dipanggil Rakam Keterangan Kes Kehilangan Duit Syed Saddiq Polis

Enam Individu Dipanggil Rakam Keterangan Kes Kehilangan Duit Syed Saddiq Polis

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 263 hits
Polis akan mengambil keterangan enam individu berhubung kehilangan wang tunai berjumlah RM250 000 milik Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di kediamannya di kampung Tunku pada Ahad lalu Kesemua enam individu itu akan dipangg...
Cleopatra Buat Penafian Diatas Gambar Mesra Mirip Syed Saddiq

Cleopatra Buat Penafian Diatas Gambar Mesra Mirip Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 642 hits
Cleopatra hari ini menafikan pembabitan dirinya susulan tersebar gambar mirip Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang intim bersama seorang wanita Cleopatra nama popular Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin berkata ramai mengajukan soalan serupa mem...
Sprm Buka Siasatan Kes Tunai Meragukan Syed Saddiq

Sprm Buka Siasatan Kes Tunai Meragukan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 260 hits
Malaysiakini SPRM hari ini memaklumkan bahawa suruhanjaya itu telah membuka satu kertas siasatan berhubung seorang bekas menteri yang didakwa memiliki sejumlah wang tunai yang meragukan SPRM telah menerima aduan berhubung pemilikan sejumlah...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diy Creative Quiet Books For Child With Fine Motor Skills

Menu Berbuka Puasa Ke 4

Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung