Senja Pilu Di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam


AGENDA DAILY
Suasana malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam terang benderang ketika petugas khas mengebumikan jenazah mangsa Covid-19. - Gambar oleh Shahir Omar/Astro Awani
Suasana senja di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, semalam tidak seperti hari-hari biasa.
Deretan van jenazah dilihat keluar masuk ke tanah perkuburan itu bagi proses pengebumian dipercayai melibatkan jenazah pesakit Covid-19.
Suasana pilu dirasai di luar kawasan tanah perkuburan tersebut dengan kedengaran esak tangisan serta alunan bacaan ayat suci al-Quran oleh waris-waris jenazah yang setia menunggu sejak jam 4.30 petang tadi.
Bernama melaporkan deretan enam van jenazah yang dipandu petugas kesihatan lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) diiringi anggota polis dilihat tiba di pintu pagar utama tanah perkuburan itu pada jam 7.40 malam, disusuli enam lagi jenazah dibawa oleh pasukan sama pada jam 9.20 malam.
Media difahamkan oleh seorang daripada penggali kubur di tanah perkuburan itu, sejak pagi hingga 5 petang tadi sebanyak 14 jenazah pesakit Covid-19 telah selesai dikebumikan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Wartawan dan jurugambar yang menunggu sejak petang tadi juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan tanah perkuburan tersebut.
 Petugas khas berpakaian PPE mengebumikan jenazah 
Sementara itu, seorang anak kepada jenazah yang dikebumikan, Irwan Tukiman, 39, berasa terkilan kerana tidak dapat menyempurnakan pengebumian bapanya Tukiman Roslan, 75, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) pada 7.52 pagi, Rabu lepas.
“Arwah bapa saya dimasukkan ke hospital sejak 4 Julai lepas akibat komplikasi pernafasan dan kurang tenaga kerana tiada selera makan. Arwah juga mempunyai kencing manis, darah tinggi serta kanser kelenjar air liur tetapi tidak menjalani kimoterapi.
“Saya hanya sempat membuat panggilan video dengan arwah sehari sebelum arwah meninggal dan ketika itu bapa boleh duduk dan tidak menunjukkan apa-apa tanda yang dia akan pergi selamanya” katanya kepada pemberita.
Irwan berkata 12 ahli keluarganya, termasuk arwah bapanya yang berasal dari Batu 10, Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, dijangkiti Covid-19 dan sebahagian daripada mereka ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang manakala arwah ditempatkan di HTAR.
Sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 12,541 kes positif harian direkodkan seluruh negara hari ini di mana Selangor masih mencatatkan kes tertinggi sebanyak 5,512 kes.
Sebanyak 53 kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,264 kes kematian di Selangor.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/senja-pilu-di-tanah-perkuburan-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lunch Briyani Di Beriani Ambok Seksyen 7 Shah Alam Selangor

Lunch Briyani Di Beriani Ambok Seksyen 7 Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 406 hits
Lunch briyani di Beriani Ambok Seksyen 7 Shah Alam Selangor Sebenarnya bukan lunch saja mama dah beberapa kali beli makanan dari restoran ni Dinner pun pernah Memang sedap dan suka sangat briyani kat sini In fact baru semalam mama beli mela...
Penutupan Sementara Pusat Pemberian Vaksin Ideal Convention Centre Shah Alam

Penutupan Sementara Pusat Pemberian Vaksin Ideal Convention Centre Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 261 hits
SimpanSiniSebagaiKenangan1 Julai 2021 Serangan migrain bermula di sebelah kanan kepalaku 2 Julai 2021 Tak cukup di sebelah kanan bahagian kiri kepalaku pula menjadi mangsa Dalam keadaan macam ni MakBudak perlu menghadiri temujanji vaksinasi...
Ppv Idcc Shah Alam Tutup Hari Ini Petugas Positif Covid 19

Ppv Idcc Shah Alam Tutup Hari Ini Petugas Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 237 hits
AGENDA DAILY Pusat Pemberian Vaksin di Ideal Convention Centre Shah Alam ditutup untuk sanitasi hari ini Badan Bertindak Imunisasi Covid 19 menutup sementara Pusat Pemberian Vaksin di Ideal Convention Centre Shah Alam hari ini susulan kes p...
Merawat Masalah Rambut Gugur Di Klinik Rawatan Rambut Klinik Dr Bazilah Di Shah Alam Dan Bangi

Merawat Masalah Rambut Gugur Di Klinik Rawatan Rambut Klinik Dr Bazilah Di Shah Alam Dan Bangi

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 370 hits
Merawat Masalah Rambut Gugur di Klinik Rawatan Rambut Klinik Dr Bazilah di Shah Alam dan Bangi Memiliki rambut lebat hitam dan bermaya menjadi idaman setiap orang tak kira lelaki atau wanita Tapi agak merisaukan apabila kita mengalami masal...
Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidiladha 20 Julai

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidiladha 20 Julai

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 257 hits
BH ONLINE Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 20 Julai ini Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 20 Julai ini menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja Raja Mohd Aseral Jusman Bagi...
Kawal Selia Bnm Ke Atas Tabung Haji Tidak Hakis Hak Menteri Umat Islam

Kawal Selia Bnm Ke Atas Tabung Haji Tidak Hakis Hak Menteri Umat Islam

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 381 hits
AGENDA DAILY Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Pengawalseliaan oleh Bank Negara Malaysia ke atas Tabung Haji bertujuan memperkasakan agensi dan meletakkannya kepada tadbir urus yang diyakini kata Men...
Perbankan Islam Patut Jadi Contoh Bukan Ambil Kesempatan Kenakan Caj Asyraf By

Perbankan Islam Patut Jadi Contoh Bukan Ambil Kesempatan Kenakan Caj Asyraf By

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 217 hits
Asyraf Wajdi Dusuki KUALA LUMPUR Perbankan Islam mesti tunjuk contoh tawarkan moratorium tanpa keuntungan terakru bukan ambil kesempatan dalam kesempitan hidup rakyat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihakny...
Umno Pas Khianati Mandat Bangsa Melayu Umat Islam

Umno Pas Khianati Mandat Bangsa Melayu Umat Islam

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 230 hits
UMNO PAS khianati mandat bangsa Melayu umat Islam Dosa dosa politik UMNO dan PAS terhadap agenda Melayu Islam Apa yang DAP gagal dapat secara bangkangan MCA akan perolehi secara rundingan Strategi yang jarang gagal untuk mempertahankan kepe...
Umat Islam Hendaklah Berhati Hati Dengan Ajaran Qadiani Yang Difatwakan Sesat

Umat Islam Hendaklah Berhati Hati Dengan Ajaran Qadiani Yang Difatwakan Sesat

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 562 hits
Assalamualaikum Fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku Kewujudannya merentasi masa tempat dan keadaan Ianya perlu dibentung kerana bakal mempengaruhi masyarakat terutama golangan remaja Pernah dengar Ajaran Qadiani Sejarah Ajar...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Geladangan

Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green