Seniman Agung P Ramlee



P. Ramlee adalah seniman Melayu yang dikenali sebagai Seniman Agung. Beliau bukan sahaja terkenal dan diterima di negara kelahirannya iaitu Malaysia (sebelum 1969 dipanggil Persekutuan Tanah Melayu dan Malaya) bahkan dianggap sebagai seniman Nusantara. Filem-filemnya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, Indonesia dan seluruh kepulauan Melayu. Lagu-lagunya menjadi nyanyian segenap lapisan masyarakat di seluruh Nusantara, dari pelbagai peringkat usia.  Boleh dikatakan P.Ramlee adalah tali pengikat perasaan seluruh warga Nusantara. Misalnya seorang lelaki berusia empat puluh dan seorang anak muda di Kedah melagukan Dendang Perantau bila terkenangkan kampung halaman dan pada hari raya.  
Dengan kedudukan ini P Ramlee dikatakan telah mencapai tempat yang penting dalam sejarah perkembangan filem Melayu. Adil Johan, 2018, ms.4 menulis bahawa P.Ramlee. merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah filem dan penggubah lagu yang meninggalkan impak besar kepada pembinaan identiti budaya Malaysia dan Singapura  Filem-filemnya masih ditayangkan di televisyen, lagu-lagunya masih diperdengarkan di stesen radio dan karya-karyanya boleh diakses di beberapa laman sesawang, termasuk Youtube. Karya-karyanya diapresiasi melalui pelbagai bentuk intepretasi dan gubahan semula. Enfiniti Production misalnya telah mementaskan P.Ramlee: The Musical, sebuah pementasan bersifat biografi dengan stail Broadway pada skala yang besar pada tahun 2007. Pementasan ini mendapat sambutan yang meriah, malah mendapat perhatian penaja-penaja korporat dan dipentaskan semula beberapa kali.
Pada tahun 2015 pula, Perdana Menteri ke-6 mengumumkan bahawa Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan dinaikkan ke taraf universiti dan ditukar namanya ke Universiti P.Ramlee. Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-62, rantaian panggung wayang Tanjung Golden Village telah menayangkan semula filem-filem P.Ramlee di panggung mereka yang terpilih dalam promosi Gemilang Vibes. Hal ini bertujuan mengembalikan nostalgia menonton karya-karya seniman agung ini di layar besar. Di Malaysia, sememangnya seniman ini telah mencapai tahap ikon dan tidak dapat dipisahkan dari kehidupan masyarakat.Sumbangannya diiktiraf tidak sahaja kepada dunia perfileman malah kepada masyarakat dan budaya bangsanya. Karya-karya beliau sewajarnya diterokai untuk mendalami mesej dan pemikirannya. Sumbangannya patut dinilai dan dikupas secara ilmiah dan objektif. Kajian terperinci wajarlah dijalankan untuk melihat sejauh mana peranan, sumbangan dan pengaruh pemikirannya terhadap dunia perfileman dan kesannya terhadap masyarakat.

            Skrip filem yang dihasilkan oleh P. Ramlee boleh dianggap satu produk budaya unggul yang memberi pengaruh besar kepada masyarakat Malaysia. Produk budaya unggul dapat dihuraikan sebagai satu produk yang bukan bersifat hiburan semata-mata. Sebaliknya produk budaya seperti ini mempunyai nilai-nilai yang dapat menambahbaik sesebuah masyarakat melalui mesej-mesej dan pemikiran-pemikiran baru, seperti yang ditunjukkan melalui skrip filem P. Ramlee. Walau bagaimanapun, sehingga kini, kebanyakan tulisan yang dihasilkan mengenai tokoh ini lebih bersifat kenangan yang berunsur sentimental dan nostalgia, atau ulasan-ulasan yang popular. Nilai-nilai pengajaran, pemikiran dan kritikan sosial dalam karya-karya Allahyarham masih banyak yang belum dirungkai.  Tidak dinafikan terdapat banyak kertas kerja, buku, simposium dan seminar yang mengkaji ketokohan, bakat dan nilai-nilai seni yang ditonjolkan oleh Allahyarham, namun sayangnya tidak ramai pula yang mahu tampil ke depan bagi menyebarluaskannya kepada masyarakat.

Terdapat banyak tulisan yang berupa sanjungan terhadap ketokohan beliau dalam dunia filem dan muzik. Kebanyakannya menganggap P. Ramlee adalah tokoh paling penting dalam perfileman Melayu. Beliau dikatakan memiliki bakat yang masih belum boleh ditandingi oleh sesiapa pun. Misalnya, beliau dianggap sebagai lagenda yang tidak dapat dicariganti seperti yang dinyatakan di dalam lagu “Lagenda” nyanyian Sheila Majid (1990, EMI Malaysia).  P. Ramlee telah mendapat pengiktirafan negara dengan pengurniaan gelaran Tan Sri (1990) dan pingat kebesaran Ahli Mangku Negara (1963). Persatuan SENIMAN mengurniakan kepada beliau gelaran Seniman Agung (1978) dan Universiti Malaya mengurniakan ijazah Kehormat Doktor Seni Persembahan (2005).

            Tidak ada seorang pengarah filem Melayu setakat ini yang watak-watak ataupun dialog dari filem mereka yang mencapai status ikonik sebagaimana P. Ramlee. Watak-watak dan dialog dari filem beliau banyak yang dirujuk atau dipetik untuk menggambarkan situasi atau fenomena tertentu dalam masyarakat. Sebagai contoh, orang yang kedekut digelar Haji Bakhil berdasarkan watak ‘Haji Bakhil’ dari filem Labu Labi.  Jika ada pemuzik yang bermain saksofon, pemuzik tersebut akan popular dengan panggilan Kassim Selamat, berdasarkan watak dari filem Ibu Mertuaku. Menurut Syed Khairuddin Aljunied, ada beberapa ungkapan dialog daripada filem P.Ramlee telah  masuk ke dalam Bahasa Melayu sebagai peribahasa atau kata bidalan baharu (2005). Sjafrial Ariffin, seorang pengkaji dari Indonesia pula menyatakan‘’Namun tetap pada muzik-muzik dan filem-filem mereka terdapat warna semenanjung yang tidak dapat saya kukuhkan; khas Melayu atau khas P.Ramlee. Atau siapa tahu dalam hal ini sudah ada kesepakatan bahawa khas Melayu adalah seperti yang dibuat dan dipelopori oleh P.Ramlee’’ (2003, ms.276).

Tidak keterlaluan jika dikatakan P. Ramlee itu filem Melayu (Malaysia) dan filem Melayu itulah P. Ramlee.  Oleh yang demikian, sudah sepatutnya karya-karya beliau diterokai untuk mendalami pemikiran yang terdapat di dalamnya. Sumbangannya patut dinilai dan dikupas secara ilmiah dan objektif. Filem P. Ramlee boleh dianggap satu produk budaya unggul yang memberi pengaruh besar kepada masyarakat Malaysia. Dalam konteks kajian ini, skrip filem adalah juga sebahagian daripada bahan sastera yang menjadi wadah bangsa Melayu.



Sumber utama: Syarahan umum oleh Raihani Mohd Saaid (mantan Pensyarah Aswara), "Mengenali Pemikiran Seni Tan Sri P.Ramlee"  di Galeri Seni Shah Alam, 28 November 2018



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2019/09/seniman-agung-pramlee.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agung Laksono Minta Sekjen Pdip Tak Ikut Obok Obok Partai Golkar

Agung Laksono Minta Sekjen Pdip Tak Ikut Obok Obok Partai Golkar

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 174 hits
Saya harapkan elit politik jangan bermain dan jangan mengobok obok Partai Golkar Saya kira Munas Golkar nanti tetaplah berjalan baik dan elit politik partai lain jangan ikut campur tegas Agung
Komjen Setyo Wasisto Dan Hikmahanto Berbagi Ilmu Untuk Humas Mahkamah Agung

Komjen Setyo Wasisto Dan Hikmahanto Berbagi Ilmu Untuk Humas Mahkamah Agung

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 186 hits
Hikmahanto menegaskan bahwa Humas harus dapat memberikan imbangan opini ketika terjadi OTT misalnya dengan menanyakan apa yang harus dijaga siapa yang harus dijaga dan mengapa harus dijaga
Ayat Punca Permaisuri Agung Kecil Hati Tutup Akaun Twitter

Ayat Punca Permaisuri Agung Kecil Hati Tutup Akaun Twitter

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 2705 hits
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyahaktifkan akaun Twitter selepas penghinaan yang diterima Punca sebenar baginda menutup akaun Twitter tidak dapat dipastikan namun penghinaan beberapa individu dikenal pasti...
Erdogan Dijangka Hadir Perhimpunan Agung Pbb

Erdogan Dijangka Hadir Perhimpunan Agung Pbb

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 198 hits
Erdogan dijangka hadir perhimpunan agung PBB Dikemas kini 32 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Sep 2019 12 30PM
Dr Mahathir Tiba Di New York Untuk Perhimpunan Agung Pbb

Dr Mahathir Tiba Di New York Untuk Perhimpunan Agung Pbb

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 256 hits
NEW YORK Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di New York untuk menyertai pemimpin dunia di Sesi ke 74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu Pesawat yang membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Westchester County ya...
Pembatalan Mesyuarat Agung Iktibar Buat Amanah Mohamad Sabu

Pembatalan Mesyuarat Agung Iktibar Buat Amanah Mohamad Sabu

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 234 hits
DENYUT REFORMASIKUALA LUMPUR Mesyuarat agung tahunan sebahagian kawasan Parti Amanah Negara yang dibatalkan dan perlu diadakan semula wajib menjadi iktibar seluruh jentera pentadbiran parti agar tidak lagi berulang pada masa hadapan Preside...
Amanah Perak Buat Semula Mesyuarat Agung Pemilihan 12 Kawasan November Ini

Amanah Perak Buat Semula Mesyuarat Agung Pemilihan 12 Kawasan November Ini

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 246 hits
Asmuni Awi IPOH Parti Amanah Negara Perak menjangkakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan semula jawatankuasa melibatkan 12 kawasan yang dibatalkan akan diadakan serentak November ini tanpa sebarang isu berbangkit Pengerusinya Asmuni Awi...
Jaksa Agung Nilai Syarat Jokowi Terbitkan Perppu Uu Kpk Perlu Dikaji

Jaksa Agung Nilai Syarat Jokowi Terbitkan Perppu Uu Kpk Perlu Dikaji

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 243 hits
Tentunya perlu dikaji dulu apakah di situ memenuhi persyaratan untuk dibuat Perppu antara lain kegentingan memaksa
Panggung Seniman Osing Demy Hardy Dari Kecamatan Sampai Luar Negeri

Panggung Seniman Osing Demy Hardy Dari Kecamatan Sampai Luar Negeri

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 188 hits
Nama Demy populer di Jawa Timur khususnya bagi penggemar lagu berbahasa Osing atau Banyuwangian Suaranya akrab terdengar di kawasan Probolinggo Situbondo Bondowoso Lumajang Jember dan Banyuwangi termasuk Pasuruan dan Malang
National Debt Now Stands At Rm1 24 Trillion Says Pm

Pembukaan Huawei Experience Stores Di Sunway Pyramid Dan 1 Utama

Ular Sawa Tunggu Dalam Semak Berhampiran Stesen Mrt

Pengantin Baru Tilam Pun Kena Baru Serius Tidur Jadi Lebih Lena Dengan Tilam Yang S

Mangsa Disahkan Maut Akibat Tercampak Keluar Dari Kereta

Oppo Find N5 Mungkin Dilancarkan Awal 2025

Singgah Sarapan Pagi Di Kedai Kopi Chubani Alor Setar Memang Puashati

Anda Sedang Duduk Di Restoran Yang Sesak Menanti Hidangan Kegemaran Anda


echo '';
Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim


Ai Dalam Pendidikan Perlu Seimbang Dengan Nilai Ta Lim Dan Ta Dib Ahli Akademik

Microsoft Akan Tamatkan Sokongan 3 Aplikasi Lapuk Mereka Semua Pengguna Akan Beralih Ke Outlook Versi Percuma

Sampai Nak Bunuh Bunuh

Irregular And Peculiar Transactions Of Fashion Valet

Israel Kalah Ini Bukti Amaran Hamas Untuk Trump

7 Dazzling Fall Interior Design Tips By Hayley Servatius