Seni Berdamai Dengan Takdir Refleksi Dari Lagu


Saya sebenarnya tengah kemas kini koleksi playlist lagu dakwah, terutamanya dari channel Tarbiah Sentap. Masa tengah scroll dan cari lagu yang boleh memberi semangat, saya terjumpa satu video lagu bertajuk “Seni berdamai dengan takdir” nyanyian Naim Daniel & Adnin Roslan.
Klik saja sebab tertarik dengan tajuk dan thumbnail video.
Tapi bila melodi mula dimainkan… saya terus jatuh suka.
Muziknya lembut, tenang, dan bila dengar liriknya — ya Allah, dalam sangat.





Lirik Penuh Lagu “Tahun Akhir”

Nyanyian: Naim Daniel & Adnin Roslan
Produksi: Tarbiah Sentap Records
[Verse 1: Naim Daniel]
Tahun ini tahun akhir
Tahun akhirku menangis
Ku berdamai dengan takdir
Tahun ini tahun akhir
Ayuhlah, kita berdua
Lambai tangan sama-sama
Kini tiada lagi kita
Lambai tangan sama-sama
[Chorus: Naim Daniel]
Berlarilah kemana pun
Jika kau milikku, kau milikku
Sampai jumpa lagi
Di titik terakhir kita
Mulai lagi
Mulai lagi
Mulai lagi
[Verse 2: Adnin Roslan]
Ku lepaskan walau sakit
Sedikit demi sedikit
Ku terima walau perit
Sedikit demi sedikit
[Chorus: Adnin Roslan & Naim Daniel]
Berlarilah kemana pun
Jika kau milikku, kau milikku
Sampai jumpa lagi
Di titik terakhir kita
Mulai lagi
Mulai lagi
Mulai lagi
[Bridge: Naim Daniel & Adnin Roslan]
Jika kau milikku, kau milikku
Jika kau milikku, kau milikku
Jika kau milikku, kau milikku
Jika kau milikku, kau milikku
[Chorus: Naim Daniel & Adnin Roslan]
Berlarilah kemana pun
Jika kau milikku, kau milikku
Sampai jumpa lagi
Di titik terakhir kita
Mulai lagi
Mulai lagi
Mulai lagi
[Outro: Naim Daniel]
Tahun akhirku menangis
Ku berdamai dengan takdir


Bila Lirik Menjadi Cermin Jiwa"Tahun ini tahun akhir, tahun akhirku menangis...""Ku berdamai dengan takdir..."
Lagu ini seolah-olah bercakap tentang proses kita menerima kehilangan, perpisahan, dan perubahan
Sama ada kita sedar atau tidak, hidup memang penuh titik-titik akhir —dan tak semua akhir itu mudah diterima

Kadang, kita perlu belajar melepaskan perlahan-lahan, walaupun masih ada rasa sayang yang tak mampu kita ungkap

"Jika Kau Milikku, Kau Milikku" — Bila Takdir Tak Perlu DipaksaLirik yang diulang-ulang ini bukan saja sedap didengar, tapi juga menenangkan:“Jika kau milikku, kau milikku.”
Sebaris ayat ini mendidik saya untuk kembali yakin dengan aturan Allah. Tak perlu kejar sampai hilang arah. Tak perlu simpan sampai sakit. Kalau benar ia milik kita — ia tetap akan pulang. Rezeki, nikmat, semuanya bukan milik kita, ada masa Allah pinjamkan yang indah, dan kemudian Dia tarik agar kita sentiasa ingat, bersyukur dan menyesali perbuatan yang lari dari fitrah

Mungkin itulah cara Allah menyelamatkan kita

Apa lagi cara lain sebagai miliknya untuk kita melawan takdir semata-mata kehendak diri? Telah Allah sebut di dalam kalam-Nya
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik untuk kamu; dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk untuk kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”(Surah Al-Baqarah, 2:216)
Tahun Akhir = Tahun Permulaan
“Sampai jumpa lagi, di titik terakhir kita… mulai lagi.”
Mungkin tahun akhir kita bukan bermakna penamat segalanya. Tapi penamat kepada bab yang lama, agar kita boleh mula semula — dengan versi diri yang lebih kuat dan redha. Dan bukanlah setiap perpisahan itu merupakan penamat hidup kita. Bukan begitu

Manusia dengan emosi yang kadang terlalu sarat, hingga lupa bahawa Allah itu Lebih Mengetahui akan setiap jalan cerita kita. Oleh itu, bangkit dan tersenyumlah, teruskan kehidupan kita menuju jalan yang diredhai Allah SWT

Saya percaya, setiap lagu yang ditulis dengan niat yang jujur… akan sampai ke hati yang sedang mencari. Dan lagu ini, Seni Berdamai dengan Takdir adalah lagu yang patut kalian semua dengar bila kalian penat dengan takdir, tapi tetap mahu belajar untuk reda

Lagu ringan. Tapi sarat
Dan mendidik jiwa untuk melalui apa yang Allah aturkan — dengan seni

Kalau anda juga rasa lagu ini juga menyentuh hati, boleh masukkan dalam playlist dakwah masing-masing. Siapa tahu, satu hari nanti lirik ini akan temani langkah anda yang seterusnya

📺 YouTube rasmi lagu ini:Seni Berdamai dengan Takdir – Naim Daniel & Adnin Roslan | Tarbiah Sentap Records
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2025/06/seni-berdamai-dengan-takdir-lagu-dari-tarbiah-sentap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Beri Sedikit Waktu Khai Bahar

Lirik Lagu Beri Sedikit Waktu Khai Bahar

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 103 hits
BertenanglahMari ke sini duduk sebentarPerjalanan tidak selalu ada bahagiaLuahkanlahApa yang terbuku di hatimuKu bersedia mendengar kata jiwa terlukaLepaskan saja apa kau rasaKau juga manusiaBertahan sementara sajaTuhan kan ada walau kau le...
Saya Faham Jennie Dedah 2 Lagu Ini Hampir Tidak Termasuk Dalam Album Ruby

Saya Faham Jennie Dedah 2 Lagu Ini Hampir Tidak Termasuk Dalam Album Ruby

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 100 hits
Siapa sangka kan ada beberapa lagu yang Jennie harus berjuang untuk kekalkan dalam album solonya Ruby Artikel Berkaitan Baru baru ini Jennie telah muncul dalam rancangan YouTube Popular HotOnes di mana dia ada bercakap tentang album solonya...
Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 158 hits
Pelakon usahawan dan kini bergelar penyanyi baru sahaja melancarkan lagu baharu berjudul Luar Biasa hasil kolaborasi bersama pemuzik terkenal Indonesia Ade Govinda Sebelum ini usahawan jelita itu ada menghasilkan lagu raya duet bersama Syas...
Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 156 hits
Lirik Lagu Tunggu Aku Chorus Persoalanku hanya satu adakah kau sanggup untukmenungguAku masih buntu masih mencari apa yang kurang dalam hidupkuKau pun tahu apa yang ku mahu jadikanmu bidadarikuHanya satu adakah kau sanggup untuk menungguAku...
Lirik Lagu Tega Kau Menyakiti Fany Zee

Lirik Lagu Tega Kau Menyakiti Fany Zee

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 135 hits
Verse Percuma kubertahanPadamu duhai kekasih Denganku kau bercintaDi belakang engkau mendua Denganku kau bercintaDi belakang engkau mendua Kecewa yang kurasaSakitnya tiada terkira Tega kau menyakitiDiriku yang tulus mencintaimu Tega kau men...
Lirik Lagu Renjana Shiha Zikir

Lirik Lagu Renjana Shiha Zikir

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 119 hits
Verse Terjaga dari tidur lena Terlupa engkau sudah tiada Oh sakitnya rindu di dada Aku akur ketentuanNya Hilang semua indah dunia Alam gelap tiada cahaya Hati sepi tiada bernyawa Lemah jiwaku saat kau tiada Chorus Engkau pergi Pergi yang ta...
Lirik Lagu Layar Titi Dj Cakra Khan

Lirik Lagu Layar Titi Dj Cakra Khan

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 92 hits
Saat layar tlah tertutup Cinta yang lalu tertinggal jauh Dalam ingatanku Semuanya tak kan bisa kembali Maafkan ku tak pernah bermaksud Tuk hancurkan perasaanmu Hati kini sepi Tanpa canda dan tawamu Belai sayang Darimu tak ada lagi Kecup mes...
Dimensi Psikologi Dalam Kejadian Kemalangan Jalan Raya Dengan Hidupan Liar

Manfaat Bawang Putih Untuk Kesihatan Tubuh

Choosing The Right Mortar Cement For Reliable Masonry Work

Sri Pahang Diharap Tidak Berkubur Terus Dan Hanya Hilang Semusim Sahaja Dari Peta Liga Malaysia

Hukum Mewarnakan Rambut Untuk Lelaki Dalam Islam

Ulasan Mad Unicorn Di Netflix Kisah Benar Bangkit Dari Bawah

Petua Mengurus Konflik Dengan Bijak

Transnusa S Affordable Flight Kuala Lumpur Jakarta What You Need To Know


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pentingnya Memilih Jodoh Yang Tepat

Grab Luncurkan Gvv Ke 8 Dorong Startup Adopsi Operasional Ramah Lingkungan

Seni Berdamai Dengan Takdir Refleksi Dari Lagu

5 Pelajaran Penting Dari Mad Unicorn Untuk Usahawan Baru

Segerakan Perkahwinan Anak Bila Ada Yang Meminang

Hinged Lid Box Custom Gabungan Fungsi Gaya Untuk Pembungkusan Eksklusif