Seni Balik Balik Dia Saja


 

Sutradara filem terkenal, Uwei Shaari suatu ketika dahulu pernah berkata “kita bukan sahaja memerlukan filem yang baik tetapi juga memerlukan penonton yang cerdik.” Penonton ini bagi saya bukan hanya rakyat biasa sahaja tetapi merangkumi semua pihak termasuklah dari pak menteri sebagai pembuat dasar dan juga pengamal media yang merupakan ejen penyebar maklumat. Bermakna, apresiasi seni ini mesti bermula dari sekolah lagi jika subjek seni di sekolah bukan sekadar main-main.
Penghargaan terhadap seni dan kecintaan kepada budaya harus dipupuk sejak di bangku sekolah bagi melahirkan generasi yang tidak buta seni. Celik terhadap seni dan budaya mampu melahirkan generasi yang mempunyai jati diri. Seperti negara-negara yang menjadikan seni budaya sebagai barang perniagaan, mereka muncul membentuk imej dan identiti tersendiri di mata dunia. Jauh ke depan sungguh mereka jika dibandingkan dengan kita. Iran dan Korea Selatan malah Indonesia disegani melalui filem-filem dan kerja seni mereka.
Kita di sini masih tersangkut dengan sentimental dan enggan keluar bergerak maju ke depan sebab masih sibuk bernostalgia. Tokoh akademik, pengkritik serta pembikin filem tersohor, Anuar Nor Arai, pernah dikecam kerana mengeluarkan kenyataan “muak dengan sanjungan berlebihan terhadap P Ramlee” sehingga kita menidakkan sumbangan seniman-seniman lain. Maksud allahyarham sebenarnya bukanlah kita tidak boleh mengagungkan P Ramlee tetapi jangan sampai kita kesampingkan kehebatan seniman kita yang lain. Mengapa ini berlaku? Kerana pemahaman dalam menghargai seni dalam masyarakat kita sangat cetek.
Di sinilah pentingnya subjek apresiasi seni supaya lahir masyarakat yang mampu menilai kerja seni. Ini tidak, jika ada filem daripada tangan pengkarya lain – peminat mencemik, “huh! Tetap tak boleh lawan P Ramlee.” Bagaimana kita hendak maju kalau kita bersikap begini? Mereka tidak ada pengetahuan dari segi teknikal dan seni pembikinan oleh pengarah-pengarah lain seperti Hussein Haniff, M Amin, Rahim Razali, atau Uwei. Ketika M Nasir naik dengan lagu-lagu ciptaannya dan lagu-lagu nyanyiannya tetap ada yang kata tak akan mampu mengatasi P Ramlee. Apabila zaman semakin berubah, muncul pula beberapa komposer lain, mereka berkata pula, “Huh! Tak boleh lawan M Nasir.”
Barangkali inilah maksud muak oleh Anuar Nor Arai. Kita seperti tidak boleh buat apa. Apabila ada bakat baharu lahir kita bandingkan dengan orang lama. Seperti ketika saya aktif melukis kartun satira politik dahulu, ada yang membandingkan saya dengan seorang kartunis ‘politik melawan’ yang lebih senior. “Kau tak boleh lawan Zunar,” kata mereka. Eh! Eh! Saya berkarya bukan nak lawan sesiapa. Bukan nak jadi hero. Sama juga penggiat seni yang lain baik bidang pengarahan, muzik, nyanyian, atau lakonan. Kita berkarya kerana cintakan bidang yang sudah dikurniakan kepada kita bakatnya. Kita membuka satu lagi jalur karya dengan gaya kita supaya bidang tersebut lebih berkembang dan lebih berwarna. Bukan hendak menandingi sesiapa.
Mereka yang sudah lama terkenal dan ‘lejen’ itu sudah duduk di persada masing-masing. Kita hormat mereka kerana ada di antara mereka itu guru dan mentor kita juga yang tetap kita hormati. Mereka juga tak perlu rasa tergugat kerana kita masing-masing bergerak dengan satu matlamat. Kita harus meraikan. Jika P Ramlee, Hussein Haniff, Rahim Razali dinilai di liga yang betul, dengan ilmu yang cukup kita akan lebih kaya, maju, dan tidak tersangkut dengan “balik-balik dia saja.” Contoh-contoh yang saya apungkan di atas itu hanya satu contoh sahaja dari sudut seni hiburan arus perdana. Bukan kita tak biasa lihat, baik konsert mahupun jadi hero drama atau wayang, kalau muka itu tengah popular balik-balik dia aja.
Dalam berkarya sepatutnya tidak ada pertandingan siapa lebih hebat, siapa nak lawan siapa. Kita nak buat kerja seni. Kita bukan orang politik nak berlawan merebut kedudukan. Bukan Dr Mahathir Mohamad nak kena berganding semula dengan Hadi Awang dan Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi. Itu politik, lain! Politik memang macam itu, balik-balik dia! Balik-balik dia saja. Kita tidak. Tolong jangan samakan! - FMT
Ads by KioskedArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/06/seni-balik-balik-dia-saja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Cukup Jadi Tetamu Kehormat Saja Bagilah Anwar Rasmikan Pau2023

Mana Cukup Jadi Tetamu Kehormat Saja Bagilah Anwar Rasmikan Pau2023

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 162 hits
Sekali lagi Anwar Ibrahim mencatat sejarah apabila beliau buat pertama kali akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2023 minggu depan selepas kali terakhir menghadirinya pada PAU tahun 1997 kira kira 26 tahun yang lalu Tahun 1997 adalah kali t...
Hiburan Tak Sanggup Nak Dengar Mona Allen Sertai Pertandingan Nyanyian Peminat Minta Fokus Saja Pada Lakonan

Hiburan Tak Sanggup Nak Dengar Mona Allen Sertai Pertandingan Nyanyian Peminat Minta Fokus Saja Pada Lakonan

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 226 hits
Pelakon khabarnya telah menceburi bidang nyanyian apabila dia tampil dalam sebuah program realiti yang ternyata telah menuai pelbagai reaksi daripada netizen Dalam hantaran video TikTok yang dimuat naik oleh seorang individu itu Mona diraka...
Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Prepaid Sah Laku 365 Hari

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

Airports Refuse To Show Video Of Kristi Noem Blaming Democrats For Shutdown


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

Belajar Flutter Bagi Pengembang Native

Kelantan Curi Buku Perpustakaan Sorok Dalam Baju

8 Latest Trends Shaping Native App Development Services In 2026

Jasa Konsultan Dan Sertifikasi Dapur Mbg Panduan Lengkap Untuk Dapur Sehat Dan Aman

Detik Awal Sebelum Puting Beliung Mengganas Di Sijangkang Dirakam Penduduk