Mana Cukup Jadi Tetamu Kehormat Saja Bagilah Anwar Rasmikan Pau2023




Sekali lagi Anwar Ibrahim mencatat sejarah apabila beliau buat pertama kali akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU2023), minggu depan selepas kali terakhir menghadirinya pada PAU tahun 1997, kira-kira 26 tahun yang lalu.


Tahun 1997 adalah kali terakhir Anwar menghadiri PAU di mana ketika itu beliau memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat pada 2 September 1998 oleh Tun Mahathir Mohamad.


Sebelum ini, pada 7 Februari baru-baru ini, Anwar buat kali pertama sejak dipecat pada 1998 berpeluang menjejakkan kaki ke Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, WTCKL kerana mempengerusikan mesyuarat Seketariat Kerajaan Perpaduan manakala pada 14 Mei pula berucap di pentas Dewan Merdeka, juga pertama kali selepas lebih 25 tahun, dalam Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang dihadiri perwakilan semua parti kerajaan perpaduan.


Pada 9 Jun ini, Anwar selaku Presiden PKR akan dijemput bersama pemimpin-pemimpin parti yang membentuk kerajaan perpaduan menghadiri PAU2023 di Dewan Merdeka, WTCKL.


Menurut Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Anwar yang merupakan Perdana Menteri, malah akan menjadi tetami kehornat PAU kali ini.


“Ini akan menjadi detik bersejarah,” kata beliau sebagai mengesahkan jemputan dan kehadiran Anwar selaku Perdana Menteri bersama pemimpin parti-parti lain, termasuk DAP pada PAU2023 nanti.


Cukupkah Anwar dijemput sebagai tetamu kehormat saja?


Ketika UMNO berkuasa, setiap tahun PAU akan dirasmikan oleh Presidennya yang juga merupakan Perdana Menteri.


Tetapi, sejak hilang kuasa pada 2018, PAU selepas itu sekadar dirasmikan oleh Presidennya yang juga Pengerusi BN, tetapi tanpa apa-apa jawatan dalam kerajaan.’


Semenjak itu, PAU seperti sudah hilang seri dan kemeriahannya.


Terlanjur sempena PAU2023 ini di mana UMNO nampaknya mula bersikap terbuka sejak berada dalam kerajaan perpaduan dengan menjemput Perdana Menteri daripada lain parti sebagai tetamu kehormat, disertai pemimpin lain-lain parti yang bersama-sama membentuk kerajaan, maka alangkah baiknya jika Anwar bukan sekadar dijadikan tetamu kehormat semata-mata.


Sebaliknya, atas jawatannya sebagai Perdana Menteri dan tetamu kehormat itu, Anwar sepatutnya juga diberi penghormatan merasmikan PAU2023 kali ini.


Tiada maknanya jika Anwar selaku Perdana Menteri hanya sekadar dijemput sebagai tetamu kehormat saja, tetapi tidak diberi peluang merasmikan PAU2023.


Dijemput berucap dan merasmikan PAU barulah namanya memberi suatu pengiktirafan kepada Anwar selaku Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan perpaduan ini.


Malah, tindakan itu amat cocok dengan pengakuan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sendiri sebelum ini yang mengiktiraf Anwar sebagai cikgunya dalam politik.


Kalau bukan anak murid memuliakan cikgu, siapa lagi?– ShahbudinHusin 02/06/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/mana-cukup-jadi-tetamu-kehormat-saja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejuta Sehari Tak Cukup Jommeelah Lagi Tapi Pembenci Anwar Bernanah Telinga

Sejuta Sehari Tak Cukup Jommeelah Lagi Tapi Pembenci Anwar Bernanah Telinga

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 244 hits
Makin bernanah la hati pembenci Ada tok aji yang hempas serban ke lantai baca cerita ni Rupanya hari pertama lagi dah berjaya catat sejarah Baca di https bit ly 3Mm0UE6 Kutipan tinggi pada hari pertama belum boleh jadi indikasi penceritaann...
Mana Satu Pilihan Rakyat Gerakan Mahathir Hadi Vs Gerakan Anwar Zahid

Mana Satu Pilihan Rakyat Gerakan Mahathir Hadi Vs Gerakan Anwar Zahid

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 445 hits
Semua parti parti serta gabungan sekutu yang menandatangani Proklamasi Melayu yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk bekerjasama termasuk semasa pilihan raya Perkara itu diumumkan Mahathir selepas mes...
Anwar Attends Sabah Kaamatan Festival In Penampang

Anwar Attends Sabah Kaamatan Festival In Penampang

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 204 hits
Anwar was escorted by a group of the Kadazandusun high priestesses bobohizan and others in their Kadazandusun Murut traditional attires NSTP MOHD ADAM ARININPENAMPANG Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has arrived at the Hongkod Koisaa...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia

Penyanyi Malaysia Indonesia Bergabung Gegar Stadium Merdeka Januari Ini