Senator Saya Tak Pernah Kata Gugur Agama Pada Mykad


News | Diterbitkan Hari ini 6:32 petang 

Senator dari DAP, Nga Hock Cheh berkata kenyataan beliau mengenai status agama pada MyKad telah disalah petik dan disalah fahami hingga menimbulkan kritikan pelbagai pihak.

Nga berkata, beliau tidak pernah menyebut bahawa status agama seseorang harus digugurkan daripada MyKad sebaliknya menekankan mengenai pentingnya identiti nasional.

Menurut hansard ucapannya di Dewan Negara pada 24 April, senator itu berkata:

"Antara contoh, seorang bayi apabila dia dilahirkan, dia diberikan identiti mengikut kaum. Dia tidak diberikan identiti nasional. Kalau boleh dari sejak kecil, dia menganggap sendiri sebagai seorang warganegara Malaysia. He sees himself as a Malaysian. Isu perkauman tidak akan timbul”.

Dalam satu kenyataan petang ini, Nga berkata senator dari Umno, Megat Zulkarnain yang tidak hadir semasa ucapan itu dibuat telah memetik secara salah kenyataan beliau.

Beliau mendakwa beberapa organisasi media seperti Utusan Malaysia dan Bernama juga telah melaporkan ucapannya secara salah.

"Penekanan saya adalah identiti kewarganegaraan dan bukan melalui bangsa. Saya tidak membuat sebarang kenyataan mengenai agama. Saya juga tidak membuat sebarang cadangan bahawa agama digugurkan seperti yang didakwa orang lain.

"Adalah malang cadangan saya untuk mempromosikan perpaduan negara telah disalah petik dan diputarkan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan politik dengan mengabaikan kebenaran dan martabat Dewan Negara serta kepentingan negara.

"Saya harap pihak berkaitan yang telah melaporkan secara salah ucapan supaya supaya melakukan pembetulan yang perlu, "katanya.

Isu mengenai kedutaan di Israel

Dalam perkembangan lain, Nga berkata beliau telah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya di Dewan Negara yang mengatakan Malaysia perlu mempertimbangkan untuk mendirikan sebuah kedutaan di Israel.

Bagaimanapun, senator itu mendakwa cadangan itu dibuat dengan tujuan untuk mengekalkan keamanan di Timur Tengah.

"Dengan tujuan membantu Palestin mencapai keamanan, niat saya adalah untuk mencadangkan perubahan dalam pendekatan negara kita sekarang, dengan harapan dapat menandatangani perjanjian damai antara Palestin dan Israel.

"Bagaimanapun, memandangkan sensitiviti mengenai perkara ini dan untuk mengelakkan kesalahan dan salah faham, saya dengan ikhlas dan secara sukarela memohon maaf semasa memberikan penjelasan di Dewan Negara pada 25 April dan ingin menarik balik kenyataan itu serta merta," katanya.

Dalam satu kenyataan berasingan, Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata DAP sentiasa menyokong perjuangan Palestin dalam menentang penindasan Zionis Israel.

"Kawan-kawan dari Palestin telah bertemu kami beberapa kali dan mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka. Oleh itu, tidak ada sebab untuk meragui pendirian DAP dalam isu ini," katanya.

Anggota Parlimen DAP itu juga menyatakan keputusan Nga memohon maaf dan menarik balik kenyataannya dibuat untuk mengelakkan fitnah dan salah faham


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/04/senator-saya-tak-pernah-kata-gugur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Pas Gugur Agama Di Kad Pengenalan Apa Lagi Dap Mahu

Pemuda Pas Gugur Agama Di Kad Pengenalan Apa Lagi Dap Mahu

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 308 hits
Oleh Aliff Fikri Aziz29 April 2019Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi menganggap saranan senator DAP Nga Hock Cheh yang mahu status agama digugurkan daripada kad pengenalan sebagai tidak bertanggungjawab Foto oleh Azneal IshakKUALA ...
Muhyiddin Kdn Perhalusi Cadangan Gugur Identiti Agama Dalam Kad Pengenalan

Muhyiddin Kdn Perhalusi Cadangan Gugur Identiti Agama Dalam Kad Pengenalan

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 320 hits
April 28 2019 8 09 PMMuhyiddin Yassin berkata sementara kerajaan meneliti cadangan itu identiti agama dalam kad pengenalan akan dikekalkan JOHOR BAHRU Kementerian Dalam Negeri akan memperhalusi semasak masaknya cadangan mengugurkan perkataa...
Senator Clarifies Drop Religion In Mykad Apologises For Embassy In Israel

Senator Clarifies Drop Religion In Mykad Apologises For Embassy In Israel

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 253 hits
DAP senator Nga Hock Cheh has clarified his remarks concerning the MyKad which drew brickbats from various quarters He claimed that his statement regarding this issue was misquoted and misunderstood Nga said he never mentioned that a person...
Kautuliskan Kata

Kautuliskan Kata

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 397 hits
kautuliskan kata kepada pendidik kautuliskan katadari bahasa cinta seorang kekasihdari warna jiwa seorang sahabatmemujuk kosong jiwa menetas sunyi batinmembuka bahasa akal melamar ilmu barumenghembuskan angin semangat mememburu masa depanka...
Guan Eng Letak Jawatan Mahathir Pun Tak Yakin Kata Presiden Gerakan

Guan Eng Letak Jawatan Mahathir Pun Tak Yakin Kata Presiden Gerakan

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 353 hits
Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menggesa Kewangan Lim Guan Eng meletak jawatan susulan ekonomi negara semakin merosot Menurut Dominic tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar Tun Daim Zainuddin ke China mer...
Tak Salah Ph Teruskan Projek Diilhamkan Kerajaan Bn Kata Profesor Ekonomi

Tak Salah Ph Teruskan Projek Diilhamkan Kerajaan Bn Kata Profesor Ekonomi

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan tidak perlu malu atau rasa bersalah kerana membuat keputusan untuk meneruskan beberapa projek ilham Kerajaan Barisan Nasional yang jelas memberikan impak kepada rakyat dan negara Profesor Ekonomi Univer...
Makan Makan Di Camden Market

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan

Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Evergreen Edupress Pelancaran Siri Pembelajaran Sosial Emosi Di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Khasiat Tersembunyi Pokok Mata Pelanduk

Ringgit Climbs As Trump Ramps Up Pressure On Fed To Cut Interest Rates


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda

Tenangnya Pagi Muharam

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Wajah Sebenar Pas Terdedah