Senarai Yang Dipertuan Agong Pertama Hingga Kini


MESYUARAT KHAS MAJLIS RAJA-RAJA MEMILIH YANG DIPERTUAN AGONG KE-17
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja telah berlangsung pada 27 Oktober 2023 di Istana Negara pada jam 10 pagi bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu.
Persidangan khas ini diadakan susulan tempoh lima tahun penggal pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-pertuan Agong ke-16 bakal tamat pada 30 Januari 2024
Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januai 2019 setelah dipilih pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang berlangsung pada 24 Januari tahun yang sama.
Menurut Seksyen 2, Bahagian 1, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih yang negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan.
Sekiranya Raja tersebut menolak, maka proses pengundian semula akan mengambil tempat dengan mencalonkan Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih utnuk diundi dan mengikut penggiliran pertama bermula tahun 1957 sehingga 1994, kekananan dari segi tempoh pemerintahan adalah bermula dari Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.
Malaysia adalah salah sebuah dari 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem penggiliran dalam kalangan sembilan Raja Melayu.
Pengenalan Sistem Demokrasi Berparlimen & Raja Berpelembagaan Di Malaysia Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini.
Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukkan oleh Perlembagaan, institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. 
Raja-raja Melayu adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Fungsi & Tugas Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri Besar masing-masing.
Manakala dalam Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu:
1.Yang Di-Pertuan Agong2.Dewan Negara3.Dewan Rakyat Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau pun membubarkan Parlimen.
Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam (6) bulan di antara persidangan yang lepas dalam penggal  terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan penggal akan datang.
Senarai 17 Yang Dipertuan Agong Yang Pertama Hingga Kini (2023) Berikut dikongsikan senarai Yang Dipertuan Agong yang pertama hingga terkini (2023).
PEMILIHAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVII DAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG
Majlis Raja-raja dalam Mesyuaratnya Yang Ke-263 (Khas), diadakan di lstana Negara, pada hari Jumaat, 27 Oktober 2023 telah bersetuju mengisytiharkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan lbrahim, Sultan Johor Darul Ta’zim telah dipilih menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVll, selama tempoh lima (5) tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.
2. Majlis Raja-raja juga bersetuju mengisytiharkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima (5) tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.
3. Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja yang berlangsung hari ini, telah dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulla Sultan Terengganu Darul lman dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-raja kecuali Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan.
4. Menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-raja ini telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen. YAB Perdana Menteri juga telah dimaklumkan.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17. Pelantikan selama lima tahun itu berkuat kuasa 31 Januari 2024. Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama kakandanya Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar selepas Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini. Sumber: PD Bandar Baru Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/yang-dipertuan-agong-ydp/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=yang-dipertuan-agong-ydp

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usai Di Prank Bantuan Hingga Buat Anak Anak Menangis Panti Asuhan Di Sumsel Kini Dibanjiri Dermawan

Usai Di Prank Bantuan Hingga Buat Anak Anak Menangis Panti Asuhan Di Sumsel Kini Dibanjiri Dermawan

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 141 hits
Ketua Panti Asuhan menyebut peristiwa ini untuk kali pertama kali terjadi dan berharap tak terulang lagi
Anak Prajurit Tni Ini Sejak Kecil Hidup Pas Pasan Kini Jadi Crazy Rich Bone Hingga 2 Kali Jadi Menteri

Anak Prajurit Tni Ini Sejak Kecil Hidup Pas Pasan Kini Jadi Crazy Rich Bone Hingga 2 Kali Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 295 hits
Sejak usia muda Amran berhasil membangun dan mengelola 14 perusahaan yang tergabung dalam Tiran Group
Gara Gara Dilarang Main Tiktok Suami Tega Aniaya Istri Hingga Tewas

Gara Gara Dilarang Main Tiktok Suami Tega Aniaya Istri Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 114 hits
Kekerasan dalam rumah tangga itu pertama kali dilaporkan oleh anak korban pada keluarga besar
Video Ganjar Blak Blakan Pesan Ke Gibran Maju Cawapres Hingga Restu Mk Prabowo Nyapres

Video Ganjar Blak Blakan Pesan Ke Gibran Maju Cawapres Hingga Restu Mk Prabowo Nyapres

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 136 hits
Bacapres Ganjar Pranowo buka suara mengenai Gibran Rakabuming Raka yang diusung oleh Koalisi Indonesia Maju untuk menjadi cawapres Prabowo Subianto
Acara Hari Santri Puan Langsung Menuju Ke Panggung Prabowo Hingga Erick Thohir Sambut Presiden Jokowi

Acara Hari Santri Puan Langsung Menuju Ke Panggung Prabowo Hingga Erick Thohir Sambut Presiden Jokowi

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 112 hits
Puan langsung menuju panggung bersama Ketua DPP PDIP Ahmad Basarah tanpa menunggu Presiden Jokowi
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Kreativiti Dalam Pembungkusan Inovasi Terkini Untuk Bucket Ayam Goreng

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna