Senarai Perkahwinan Artis Selebriti Malaysia 2021 Tetap Berseri Di Tengah Pandemik
Perkahwinan artis,selebriti, orang terkenal, publik figure di Malaysia sepanjang tahun 2021, tahun yang mencabar buat pasangan bercinta ditengah wabak Covid-19 yang penuh onak dan duri. Tetapi hidup mesti diterusnya dan yang halal dan baik mesti disegerakan.
Sememangnya pasangan mempelai orang berpengaruh ini sentiasa menjadi perhatian dari pelbagai segi, dengan siapa mereka kahwin, baju apa mereka pakai sehinggalah hantaran dan segala benda menjadi perhatian umum.
Jadi jom kita selongkar, senarai artis Malaysia yang selamat mendirikan rumahtangga, Mahligai Gading Artis Malaysia Sepanjang 2021
1. Ayda Jebat & Nabil Mahir
Penyanyi dan pelakon popular iaitu Ayda Jebat telah melangkah ke fasa baru sebagai suami isteri bersama pasangannya, Nabil Mahir. Pasangan sama cantik sama padan itu telah diijabkabulkan dengan sekali lafaz sahaja yang disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Rozimi Zamri sekitar pukul 3.30 1 januari 2021
2. Nafiz Muaz & Diyana Omar
Selepas dua kali menunda tarikh majlis pernikahan, pelakon Nafiz Muaz, 22, selamat berkahwin dengan suri hatinya yang juga ahli perniagaan, Diyana Omar, 29, kira kira jam 11.33 pagi. Dengan sekali lafaz, pasangan yang saling mengenali sejak tiga tahun lalu itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang dilangsungkan dalam skala kecil di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Omar Ahmad dan disaksikan kira kira 100 orang tetamu.
Bintang kelahiran Sungai Petani, Kedah yang digilap bakat pada Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016 itu menyerahkan wang hantaran berjumlah RM30,000, mas kahwin RM1001 dan lima dulang berbalas tujuh daripada pengantin perempuan. “Perancangan awal kami sepatutnya sejak Ogos lalu. Dek situasi semasa pandemik C0V1D 19 dan beberapa kekangan lain, kami anjak pula ke Disember lalu.
3. Intan Ladyana & Harris Alif
Intan Ladyana Sah Bergelar Isteri Harris Alif Dengan Sekali Lafaz. Pasangan selebriti, Intan Ladyana, 39, dan Harris Alif, 22, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, jam 10 pagi, 5 feb 2021
4. Alicia Amin & Farzan Iqbal
Model dan pelakon Alicia Amin selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya yang juga seorang doktor, Farzan Iqbal, 27 di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara Kuala Lumpur pada 14 Februari 2021, ahad dengan sekali lafaz yang berwalikan bapanya Raja Amin Raja Mokhtar
5. Hannah Delisha & Imam Shah
Pelakon cantik manis iaitu Hannah Delisha atau nama penuhnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 25 selamat diijabkabulkan dengan Imam Shah yang merupakan seorang pelakon Singapura. Berita gembira itu dikongsikannya menerusi laman Instagram dengan meluahkan rasa syukur selepas lima tahun perkenalan bersama suami.
Imam Shah merupakan salah seorang pelakon kelahiran Singapura yang berusia 32 tahun. Dia juga pernah membintangi beberapa buah drama TV3 dan antaranya Kau Yang Pertama dan Lafazkan Kalimah Cintamu. Kemudian, dia kembali ke Singapura untuk membintangi siri drama mini Saga bagi musim kedua.
6. Syanie Hisham & Zahiril Hafiz
Pelakon terkenal, Syanie Hisham, 47, selamat diijabkabulkan dengan perunding kewangan, Zahiril Hafiz Mohammed Nor, 41 pada 19 Feb 2021, Majlis yang berlangsung dalam suasana ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu, hanya disaksikan bapa, adik perempuan Syanie dan abang kepada pengantin lelaki
7. Alam Wakaka & Nurul Alisya Najwa
PENARI dan pelakon, Alam Wakaka selamat bernikah dengan teman jiwanya, Nurul Alisya Najwa Hazman 7 Mac lalu. Dengan hanya sekali lafaz, Alam sah menjadi seorang suami kepada isterinya dalam satu majlis ringkas di Pejabat Agama Islam Segamat, Johor.
8. Ashira & Bad Indigo
Masing-masing mula jatuh hati ketika sama-sama menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) pada tahun lalu. Penyanyi, Ashira Aziz, 36, dan pasangannya, Bad, 46, dari kumpulan Indigo melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada jam 2.45 petang, 11 mac 2021.
Pasangan itu dinikahkan bapa Ashira, Syed Abdul Aziz dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin. Menerusi video yang dihantar kepada media, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz dan Bad meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis itu.
9. Isa Khan & Risteena Munim
Foto : project2pi
Pada hari yang mulia ini (Jumaat) bersamaan dengan 28 Rejab 1442 / 12 March 2021 dengan sekali lafaz pelakon Isa Khan telah sah bergelar suami kepada Risteena. Pasangan selebriti itu mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia.
10. Engku Imran & Noor Nabila
Dengan sekali lafaz, kakak kepada selebriti popular, Noor Nabila sah bergelar isteri Engku Emran di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, jam 10.02 pagi tadi. Pasangan itu dinikahkan berwalikan adik Nabila, Mohamed Aqief Mohd Noor. Noor Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diberi dan dibalas oleh pengantin, manakala wang hantaran juga tidak dimaklumkan.
To be continue....
Tahniah diucapkan kepada semua mempelai, semoga bahagia sehingga ke akhir hayat
Sekian.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://selongkar10.blogspot.com/2021/03/himpunan-perkahwinan-artis-selebriti.html