Senarai Masjid Tercantik Di Malaysia 2025


Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia mempunyai banyak masjid yang boleh di temui di mana-mana sahaja. 
Masjid-masjid ini bukan sekadar tempat ibadah, tetapi juga merupakan sebuah karya seni arkitektur yang memukau. Setiap rekaan mempunyai keunikan dan sejarahnya tersendiri. 
Dalam artikel ini, kita akan menjelajahi beberapa masjid tercantik di Malaysia, dari ibu negara Kuala Lumpur hingga ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. 
Jom baca!
BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan 2025
Senarai Masjid Tercantik di Malaysia 1. Masjid Putra, Putrajaya Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.
Masjid Putra yang terletak di bandar pentadbiran Putrajaya ini adalah merupakan salah satu masjid yang paling ikonik di Malaysia. Terkenal dengan warna merah jambu, masjid ini seringkali digelar sebagai “Masjid Pink”. 
Reka bentuk masjid ini diilhamkan daripada seni bina Islam Parsi zaman Safavid yang memberikan sentuhan keanggunan dan kehalusan kepada struktur masjid.
@placesmalaysia Take a visit to this stunning pink mosque in Putrajaya! 😍🕌 . 📌 It’s Putra Mosque, located in Putrajaya. It is an iconic pink-domed 🩷 structure by the scenic Putrajaya Lake, blending traditional Islamic ✨and modern design. This major landmark serves as both a place of worship 🤲🏻 and a stunning architectural highlight 🕌. . 【 Putra Mosque 】 📍 Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya . #MasjidPutra #PutraMosque #Putrajaya #Mosque #PinkMosque #malaysia #pink
♬ Fani bu dünya – Muhabbet Masjid Putra juga dilengkapi dengan kemudahan moden untuk memenuhi keperluan jemaah. Ini termasuk sistem pengudaraan yang baik, kemudahan wudhu yang selesa dan ruang parkir yang mencukupi. 
Menariknya lagi, masjid ini dibuka kepada semua termasuklah pengunjung yang bukan Islam. 
2. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor Alamat: Persiaran Masjid St., Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Masjid Biru Shah Alam juga antara masjid tercantik di Malaysia. 
Reka bentuk masjid ini menggabungkan antara gaya Melayu tradisional dan seni bina moden. Kubahnya yang besar berwarna biru dan perak sangat menarik perhatian terutamanya apabila dilihat dari jauh. Rekaan dalamannya yang dihiasi dengan kaligrafi Arab juga menambah nilai estetik kepada masjid ini.
Elemen-elemen seni bina Melayu dan Islam digabungkan dengan sempurna berjaya mewujudkan sebuah struktur yang bukan sahaja indah dipandang tetapi juga kaya dengan makna budaya dan spiritual.
Masjid ini juga terkenal dengan penggunaan kaca patri biru pada tingkapnya.Kaca patri ini bukan sahaja mengurangkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam dewan solat, tetapi juga mewujudkan suasana kebiruan yang menenangkan di dalam masjid. 
Satu lagi ciri unik masjid ini adalah siling yang tinggi dengan panel-panel kayu balau merah dan ramin yang disusun dalam corak bersilang. Reka bentuk siling ini bukan sahaja indah dipandang, tetapi juga membantu dalam pengudaraan dan akustik dewan solat.
3. Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Alamat: Anjung B, Wilayah Persekutuan, Jln Tuanku Abdul Halim, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Masjid Wilayah Persekutuan dibina bermula pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2001.  Masjid ini telah dirasmikan pada 25 Oktober 2000 oleh Yang di-Pertuan Agong. 
Keunikan Masjid Wilayah terletak pada reka bentuknya yang menggabungkan unsur-unsur seni bina Turki Uthmaniyah dengan seni bina Melayu tradisional. 
Salah satu ciri yang paling menonjol dari Masjid Wilayah adalah kubah utamanya yang besar dan megah. Kubah ini bukan sahaja menjadi titik fokus visual, tetapi juga berfungsi sebagai simbol keagungan Islam. 
Menara-menara yang menjulang tinggi menambah dimensi vertikal yang mengesankan kepada keseluruhan reka bentuk masjid menjadikannya mudah dikenali dari jauh.
Satu lagi ciri unik Masjid Wilayah adalah penggunaan parit yang mengelilingi masjid. Ciri ini bukan sahaja menambah nilai estetik kepada reka bentuk masjid, tetapi juga memberikan ilusi seolah-olah masjid ini terapung di atas air. 
4. Masjid Zahir, Kedah Alamat: Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah, Malaysia. 
Masjid Zahir juga adalah antara masjid tercantik di Malaysia yang terletak di Kedah. Dibina pada tahun 1912, masjid ini adalah masjid tertua di negeri Kedah. Ini menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan bersejarah di Kedah.
Reka bentuk masjid ini menggabungkan seni bina Moorish dengan elemen gaya Islamik klasik. Kubah hitamnya yang megah dan menara-menara kecil di sekelilingnya menambahkan lagi keunikannya. Warna hitam pada kubah memberikan kontras yang menarik dengan dinding putih masjid. 
Selain itu, ruang solat utama masjid ini sangat luas dan boleh menampung sehingga 5,000 jemaah pada satu masa. Terdapat juga serambi yang dikelilingi oleh gerbang yang diukir dengan seni kaligrafi Islam. 
Dikelilingi oleh landskap yang indah dan terletak berhampiran dengan beberapa mercu tanda bersejarah seperti Balai Besar dan Menara Jam Besar Alor Setar, Masjid Zahir adalah destinasi wajib dilawati oleh mereka yang berkunjung ke negeri Kedah.
5. Masjid Ubudiah, Perak Alamat: Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
Masjid Ubudiah yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini juga merupakan antara masjid tercantik di Malaysia dan sering disebut sebagai salah satu mercu tanda seni bina Islam yang indah di negara ini. 
Dengan kubah emasnya yang berkilauan serta seni bina yang megah, masjid ini menjadi kebanggaan negeri Perak dan lambang keagungan Islam di bandar diraja Kuala Kangsar. Reka bentuknya yang unik menggabungkan gaya Mughal, Moor, dan India. 
Masjid ini direka oleh Arthur Benison Hubback, arkitek yang turut bertanggungjawab dalam pembinaan bangunan ikonik lain seperti Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad.
6. Masjid Al-Bukhary, Kedah Alamat: 256, Bandar Alor Setar, 05460 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Masjid Al-Bukhary ini terletak di Alor Setar, Kedah. Ia terkenal dengan reka bentuknya yang unik dan moden. Ia menggabungkan elemen-elemen seni bina Islam tradisional dengan sentuhan kontemporari.
Masjid ini dibina atas inisiatif Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, seorang tokoh korporat terkenal di Malaysia yang juga seorang dermawan. 
Ia merupakan sebahagian daripada Kompleks Al-Bukhary, yang menempatkan beberapa institusi penting seperti Institut Al-Bukhary, pusat pengajian Islam, serta fasiliti sosial untuk masyarakat setempat.
Seni bina Masjid Al-Bukhary mengambil inspirasi daripada gabungan seni bina Islam Timur Tengah dan seni bina Turki Uthmaniyah. 
7. Masjid Kristal, Terengganu Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. 
Masjid Kristal, Kuala Terengganu juga merupakan salah satu masjid paling unik dan tercantik di Malaysia. Bahkan, ia juga tersenarai antara masjid tercantik di dunia!
Ia siap dibina pada tahun 2008 dan dirasmikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan merupakan salah satu tarikan utama dalam Taman Tamadun Islam. 
Berbeza dengan masjid tradisional yang menggunakan batu atau marmar, masjid ini menggunakan kaca dan keluli sebagai bahan utama. Ia memberikan ilusi kristal yang berkilauan terutama ketika disinari cahaya matahari atau lampu pada waktu malam.
Kubah dan menara masjid ini diperbuat daripada kaca berwarna perak, emas, dan kelabu. Gabungan ini menghasilkan pantulan cahaya yang sangat cantik. 
Selain menjadi tempat ibadah, Masjid Kristal juga dikenali sebagai masjid pintar pertama di Malaysia. Ia dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat termasuklah WiFi. 
8. Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan Alamat: Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan, Malaysia.
Masjid Sri Sendayan yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan ini juga dikenali sebagai “Taj Mahal Malaysia”. 
Dengan seni bina Islamik yang megah dan suasana yang tenang, ia seringkali menjadi pilihan sebagai lokasi untuk pernikahan. 
Reka bentuknya menggabungkan unsur-unsur warisan seni bina Abbasiyah dan Mamluk dengan pengaruh daripada seni bina Umayyah dan Uthmaniyah. 
Hiasan dalamannya juga tidak kurang indahnya. Terdapat ukiran kayu khas pada dinding dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat yang indah, serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar. 
Bahagian dalaman kubah utama dihiasi dengan cat emas 24k. Memang nampak mewah sangat!
9. Masjid Imanul Fa’izin, Kelantan/Masjid Andalusia Alamat: Jalan Pasir Puteh, Kampung Padang Kala, 16400 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Masjid Imanul Fa’izin atau lebih dikenali sebagai Masjid Andalusia ini terletak di Pasir Tumboh, Kelantan. Masjid ini menjadi perhatian ramai kerana seni binanya yang menyerupai keindahan masjid di Sepanyol pada era pemerintahan Islam di Andalusia. 
Masjid ini mula dibina pada tahun 2020 dan dibuka kepada orang ramai pada 1 Ramadan 1445 Hijrah (12 Mac 2024). 
Dengan reka bentuk yang unik dan suasana yang menenangkan, masjid ini menjadi salah satu masjid tercantik di Kelantan dan Malaysia. 
Keunikan Masjid Imanul Fa’izin terletak pada reka bentuknya yang menggabungkan elemen-elemen seni bina Islam dari pelbagai negara. 
Masjid ini dilengkapi dengan 21 pintu gerbang yang megah dan lebih 100 kubah besar dan kecil berwarna putih yang ditempah khas dari beberapa negara seperti Indonesia, Mesir, Turki, Madinah dan Makkah. 
Proses pembinaan pintu gerbang masjid ini sangat teliti, di mana ia telah melalui 21 kali ubah suai untuk mendapatkan reka bentuk yang tepat dan menyamai Masjid Sheikh Zayed.
Lantai dan dinding masjid dihiasi dengan marmar yang diimport dari Turkiye, Mesir dan Oman. Karpet yang digunakan di dalam masjid ini juga ditempah khas dari kilang yang sama seperti yang digunakan di Raudhah, Masjid Nabawi, Madinah. 
10. Masjid Sultan Iskandar, Johor Bahru Alamat:  2, Jalan Dato’ Onn 2, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia
Masjid Sultan Iskandar merupakan masjid negeri Johor yang terletak di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru. Masjid ini dinamakan sempena Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor yang memerintah dari tahun 1981 hingga 2010. 
Masjid ini menampilkan seni bina yang unik dengan gabungan elemen Islam Timur Tengah dan Melayu Johor, menjadikannya antara masjid tercantik di Malaysia.
Kubah utamanya berwarna biru dengan corak geometri Islamik yang menawan. Manakala menaranya yang setinggi 142 meter menjadikannya antara menara masjid tertinggi di negara ini.
Masjid Sultan Iskandar telah mencatat sejarah apabila ia diisytiharkan sebagai masjid pelancongan pertama di Malaysia pada tahun 2019. 
Pengiktirafan ini seiring dengan pensijilan Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac).
11. Masjid Cina Melaka Alamat: Masjid Cina Negeri Melaka, Paya Rumput Krubong,75260 Melaka.
Masjid Cina Melaka yang terletak di Krubong, Melaka ini merupakan salah satu masjid yang paling unik dan menarik di Malaysia. 
Reka bentuk masjid ini menggabungkan elemen-elemen dari beberapa masjid terkenal di China, termasuk yang terdapat di Beijing, Shanghai, dan Xi’an. 
Ciri-ciri yang paling menonjol adalah dua menara pagoda yang menjadi mercu tanda masjid, serta penggunaan warna merah yang dominan pada struktur luarnya. 
Warna merah yang garang ini beserta dengan reka bentuk yang menyerupai istana raja di Negara China, menjadikan masjid ini sangat menarik perhatian dan mudah dikenali. Sekaligus, menjadikannya tarikan pelancongan yang popular di negeri Melaka.
Salah satu aspek yang menarik tentang Masjid Cina Melaka adalah penggunaan bahasa Mandarin dalam penyampaian khutbah solat Jumaat. 
12. Masjid Muhammadi, Kelantan Alamat: D1, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Masjid Muhammadi Kelantan juga salah satu masjid yang bersejarah dan tercantik di Malaysia. Masjid ini telah dibina pada tahun 1867 dan menjadi pusat ibadah utama bagi umat Islam di Kota Bharu. 
Pembinaan bangunan baru Masjid Muhammadi bermula pada tahun 1921 untuk menggantikan struktur kayu yang asal. Peletakan batu asas telah disempurnakan oleh Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad IV pada 21 Ogos 1922.
Reka bentuk Masjid Muhammadi mencerminkan pengaruh seni bina kolonial dengan unsur-unsur seperti lengkungan separa bulatan dan tiang Corinthian yang menghiasi strukturnya. 
Pembinaan masjid ini melibatkan kepakaran dari pelbagai sumber, termasuk kontraktor dari Hong Kong dan tukang tempatan seperti Umar Batu, yang memiliki pengalaman dalam pembinaan konkrit bersama British. 
13. Masjid Raja Fisabilillah Alamat: Persiaran Semarak Api, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia. 
Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, yang terletak di Cyberjaya, Selangor adalah merupakan salah satu masjid tercantik dan paling inovatif di Malaysia.
Masjid ini telah dibina pada tahun 2013 dan siap pada tahun 2015. Ia telah dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 22 Jun 2016.
Keunikan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah terletak pada reka bentuknya yang moden dan futuristik, namun masih mengekalkan elemen-elemen tradisional. 
Masjid Raja Haji Fi Sabilillah juga dikenali sebagai masjid ‘hijau’ pertama di Malaysia. Ia menggabungkan pelbagai teknologi dan reka bentuk mesra alam. 
Ia dilengkapi dengan panel solar di atas bumbung untuk menjana elektrik, sistem penghawa dingin yang cekap tenaga, dan penggunaan kaca pancaran rendah untuk mengurangkan haba.
Sistem pencahayaan masjid menggunakan teknologi pengesan untuk menjimatkan elektrik. Selain itu, masjid ini turut menggunakan sistem pengurusan air yang efisien, menjadikannya model bangunan yang menepati Piawaian Bangunan Hijau (GBI). 
14. Masjid Terapung Kuching Sarawak Alamat: 93000 Kuching, Sarawak, Malaysia. 
Masjid Terapung Kuching yang juga dikenali sebagai Masjid India Bandar Kuching adalah merupakan salah satu tarikan utama di bandar raya Kuching, Sarawak. 
Masjid ini terletak strategik di tebing Sungai Sarawak berhampiran Jambatan Darul Hana. 
Pembinaan masjid bernilai RM21 juta ini bermula pada tahun 2016 dan telah dirasmikan pada 1 Mac 2019 oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Keunikan Masjid Terapung Kuching terletak pada reka bentuknya yang menakjubkan. Sebahagian struktur masjid ini dibina di atas tanah, manakala sebahagian lagi seolah-olah terapung di atas Sungai Sarawak. 
Pada waktu malam pula, masjid ini diterangi dengan lampu LED pelbagai warna. Ini menambahkan lagi seri masjid ini sekaligus menjadikannya tarikan utama di kawasan tersebut. 
15. Masjid Damansara Perdana Alamat: Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, Petaling Jaya
Masjid Damansara Perdana merupakan salah satu masjid baru yang menarik perhatian dengan reka bentuknya yang unik. 
Masjid ini telah siap dibina sebelum Ramadan 2023 dan menjadi tumpuan ramai kerana konsep seni binanya yang moden dan inovatif. 
Salah satu ciri paling menonjol masjid ini adalah reka bentuknya yang digelar sebagai “masjid tanpa dinding,” di mana ruang terbuka digunakan untuk mewujudkan suasana ibadah yang lebih santai dan mesra alam. 
Dari luar masjid ini dilihat seperti berbentuk atap segi tiga. Sangat unik!
16. Masjid Besi Putrajaya Alamat: 25, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia. 
Masjid Besi atau dikenali sebagai Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin juga antara masjid tercantik di Malaysia yang anda boleh kunjungi untuk melihat keindahannya. 
Masjid Besi terkenal dengan reka bentuknya yang moden dan unik serta menggabungkan elemen-elemen seni bina Islam tradisional dengan sentuhan kontemporari. 
Keunikan utama masjid ini terletak pada penggunaan struktur besi yang menjadi bahan utama dalam pembinaannya, yang memberikannya nama “Masjid Besi.” 
Untuk pengetahuan anda, masjid ini menggunakan kira-kira 6,000 tan keluli yang mewakili 70% daripada keseluruhan bahan binaan, manakala selebihnya adalah konkrit. 
Seni ukiran geometrik yang indah menghiasi ruang solat utama dan kaligrafi Islam yang mengagumkan menghiasi dinding-dinding masjid.
17. Masjid Kota Kinabalu, Sabah Alamat: Jalan Pasir, Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Di Sabah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu cukup terkenal sebagai tarikan utama yang menjadi pilihan lokasi untuk dikunjungi pelancong.
Reka bentuk Masjid Bandaraya Kota Kinabalu mengambil inspirasi daripada Masjid Nabawi di Madinah.  Ia juga menggabungkan unsur-unsur Islam kontemporari dengan sentuhan moden. Menariknya lagi, 70& masjid ini dikelilingi oleh air.
Struktur masjid ini juga mengutamakan pencahayaan semula jadi dengan penggunaan tingkap kaca besar yang membolehkan cahaya matahari masuk bagi memberikan kesan yang lebih terang dan nyaman di dalam ruang solat.
BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik di Terengganu 2025


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/masjid-tercantik-di-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=masjid-tercantik-di-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Masjid Mesra Kanak Kanak 2025

Senarai Masjid Mesra Kanak Kanak 2025

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 176 hits
Senarai Masjid Mesra Kanak Kanak 2025 Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan dinanti nantikan oleh seluruh umat Islam Sepanjang bulan ini umat Islam akan berpuasa pada siang hari dan menunaikan solat tarawih pada waktu malam B...
Hardwell Kembali Ke Malaysia Di Neon Music Festival 2025 Bersama Artbat Dan Lain Lain

Hardwell Kembali Ke Malaysia Di Neon Music Festival 2025 Bersama Artbat Dan Lain Lain

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 152 hits
HARDWELL KEMBALI KE MALAYSIA DI NEON MUSIC FESTIVAL 2025 BERSAMA ARTBAT DAN LAIN LAIN Penganjur NEON Music Festival NEON Projects Sdn Bhd telah mengumumkan secara rasmi barisan penuh untuk festival besar besaran mereka yang akan berlangsung...
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2025 Di Malaysia Jakim

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2025 Di Malaysia Jakim

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 76 hits
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2025 SIARAN LANGSUNG Pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri 1446H Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini ditetapkan pada petang Ahad 30 Mac 2025 bersamaan 29 Ramadan 1446 Hijrah dan pengisytiharan tarikh...
Malaysia Kurang Bahagia Jatuh 5 Anak Tangga Di Kedudukan Ke 64 Dalam Laporan Kebahagiaan Dunia 2025

Malaysia Kurang Bahagia Jatuh 5 Anak Tangga Di Kedudukan Ke 64 Dalam Laporan Kebahagiaan Dunia 2025

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 62 hits
Malaysia mencatatkan penurunan lima anak tangga dalam Laporan Kebahagiaan Dunia 2025 menduduki tempat ke 64 berbanding ke 59 pada tahun sebelumnya menurut laporan yang diterbitkan oleh firma penyelidik Gallup Menurut Sinar Harian laporan in...
Kajian Kuala Terengganu Destinasi Percutian Paling Murah Ke 6 Di Asia Satu Satunya Tempat Di Malaysia Dalam Senarai Ini

Kajian Kuala Terengganu Destinasi Percutian Paling Murah Ke 6 Di Asia Satu Satunya Tempat Di Malaysia Dalam Senarai Ini

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 69 hits
Platform perjalanan digital Agoda baru baru ini melancarkan senarai destinasi paling berpatutan di Asia untuk perjalanan musim bunga pada bulan April dan Mei 2025 Salah satu lokasi yang paling menonjol adalah sebuah bandar pesisir yang cant...
Harga Durian Muar 2025 Mac April

Harga Durian Muar 2025 Mac April

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 121 hits
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam Bertemu lagi kita dengan musim durian dan berikut merupakan harga durian Muar 2025 Mac April In Shaa Allah kami akan cuba update secara harian senarai stok jenis durian beserta harga ...
3 Program Mudik Gratis 2025 Yang Masih Buka Pendaftaran Segera Daftar

3 Program Mudik Gratis 2025 Yang Masih Buka Pendaftaran Segera Daftar

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 111 hits
Program mudik gratis menjadi salah satu yang paling ditunggu tunggu khususnya menjelang Idul Fitri Kapan lagi bisa bertemusanak saudara melalui program pemerintah melalui BUMN secara gratis Baik mudik dengan bus atau kereta ada beberapa BUM...
Aktiviti Majlis Perasmian Pembukaan Benafee Mart Jalan Ampang Ppim 16 03 2025

Aktiviti Majlis Perasmian Pembukaan Benafee Mart Jalan Ampang Ppim 16 03 2025

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 90 hits
16 Mac 2025 Ketua Aktivis PPIM nadzimjohan toqqi menghadiri ke Majlis Perasmian Pembukaan Banafee Mart di Jalan Ampang Kuala Lumpur Majlis dirasmikan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa YB Datuk Seri Joh...
Bonus Tersenarai Lapan Pemain Pertahanan Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2024 2025

Bonus Tersenarai Lapan Pemain Pertahanan Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2024 2025

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 119 hits
KUANTAN Pemain pertahanan Sri Pahang FC Adam Nor Azlin tidak pernah terfikir tersenarai dalam lapan pemain pertahanan terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2024 2025 Ini kerana pemain berusia 29 tahun itu lebih kepada mahu mengembalikan tah...
Demi Keselamatan Puteri Sarah Pinjamkan Bodyguard Teman Bella Astillah Di Mahkamah

Senarai Masjid Tercantik Di Malaysia 2025

Panduan Lengkap Bisnes Bakeri Dari Rumah Keuntungan Tinggi Kos Rendah

Nutp Lega Kpm Jamin Projek Sekolah Bertingkat Tak Abai Keselamatan

Kuala Krai Residents On High Alert After Elephant Attack Injures Elderly Woman And Perhilitan Officer

Roboh Kuil Untuk Bina Masjid Dakwaan Bahawa Kuil Di Dang Wangi Bakal Diroboh

Kelantan Amukan Gajah Liar Dua Mangsa Cedera Parah

Cbd Hemp Shake The Relaxing Smoke Without The Guilt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yung Kai Do You Think You Could Love Me Chord

Father Who Allegedly Hit Boy With Clothes Hanger Remanded For 3 Days

Amend Ura So Malays Won T Be Evicted Says Ku Li

Lol Ytjt Brb The Social Media Effect On The Malay And English Languages

Sim Plays Down Talks Of Factions Says Dap Is United

Kotak Drawer Custom Pembungkusan Eksklusif Untuk Jenama Anda