Senarai Laman Web Pangkalan Data Percuma Untuk Carian Artikel Jurnal Dan Tesis
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sudah agak lama saya tidak menulis di sini memandangkan agak kesibukan (sedikit sahaja, selebihnya buat-buat sibuk) dengan pengajian peringkat sarjana sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Setelah menjadi pelajar pascasiswazah dalam beberapa minggu ini dengan mod pengajian secara kerja kursus (Mod C), barulah diketahui kaedah penilaian pengajian lebih kepada penilaian tugasan (assignment) yang diberikan pensyarah sepenuhnya dan tiada peperiksaan akhir. Untuk satu subjek sahaja, paling kurang ada 2-3 tugasan yang sudah semestinya berbentuk penulisan ilmiah atau akademik yang memerlukan sumber rujukan.
Sumber rujukan dalam penulisan akademik pula perlu sumber yang diiktiraf yang merujuk kepada kajian-kajian lepas yang telah dijalankan dan diterbitkan di dalam jurnal yang berindeks. Sumber rujukan boleh dalam bentuk artikel jurnal, kertas prosiding, buku dan juga tesis pelajar.
Jadi kemahiran mencari sumber rujukan sangatlah penting apatah lagi apabila kerja-kerja penulisan akademik melibatkan kertas projek penyelidikan dan tesis dibuat.
Di sini saya kongsikan senarai laman web yang menyediakan bahan rujukan artikel jurnal dan tesis secara online, kebanyakannya adalah open access untuk public dan percuma.
Untuk semak kesahihan sesuatu penerbitan artikel jurnal, kertas prosiding, buku, tesis yang diterbitkan di Malaysia samada ia diiktiraf oleh KPT, kita boleh semak menggunakan pangkalan data MyCite (Malaysian Citation Index - analyses and provide citation data) dan MyJurnal (Journal Management System) iaitu database yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
LAMAN WEB JURNAL ONLINE1. e-REP UKM (UKM Repository): UKM E-Rep
2. UKM journal artikel: UKM Journal
3. E-journal UM: UM Journal
4. IIUM journal publication: IIUM Journal
5. IIUM Repository: IIUM Repository
6. UiTM journal: E-Resources: E-Journal
7. UPM journal: http://www.pertanika.upm.edu.my/
8. UPM Repository: UPM Repository
9. UTM Journal: http://penerbit.utm.my/
10. UTM Repository: UTM Repositori
11. Journal of UniSZA: https://journal.unisza.edu.my/
12. UNiSZA Repository: UNiSZa Repository
13. UUM e-journal: http://e-journal.uum.edu.my/
14. UUM Repository: UUM Repository
15. UMS e-Journal: UMS Repository
16. UTP e-Journal: UTP Library
17. UMP e-Journal: UMP Repository
18. UniKL E-Journal: UniKL Publications
19. UNIMAS e-Journal: UNIMAS Repository
20. UNISEL e-Journal: UNISEL Journal
21. UPSI e-journal: eJournal UPSI
22. UPSI Repository: UPSI Repository
23. IPG e-Journal: IPGM - Sumber Dalam Talian
24. UMT Repository: UMT Repository
25. UMK e-Journal: Journal UMK
26. UMK Repository: UMK Repository
27. USIM e-journal: USIM Journals
28. USIM Repository: USIM Repository
29. USM e-journal: Repository USM
30. UniMAP e-Journal: UniMAP Repository
31. KUIS e-Journal: Jurnal KUIS
32. UNITAR e-Journal: UNITAR Jurnal
33. UTHM e-Journal: UTHM Library
34. UTeM Repository: UTeM Repository
35. UNITEN e-Journal: Journals@UNITEN
36. OUM Repository: OUM Repository
37. Institut Aminuddin Baki Repository: IAB Repository
38. MyJurnal: MyJurnal
39. Google Scholar: Google Scholar
40. Jstor: https://www.jstor.org/
41. Scopus: SCOPUS
TESIS ONLINE1. Malaysian Thesis Online: Malaysian Theses Online
PANGKALAN DATA ONLINE PERCUMA1. Dimensions.ai: Dimensions
2. DOAJ: DOAJ - Directory of Open Access Journal
3. PubMed: PubMed - National Library of Medicine
4. ERIC: Education Resources Information Centre
5. EconBiz: EconBiz
6. Proquest: ProQuest
7. OATD: Open Access Theses & Dissertations
8. MyCite: MyCite - Malaysian Citation Index
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cikguhijau.com/2022/11/senarai-laman-web-pangkalan-data.html