Senarai Konsert Dato Sri Siti Nurhaliza Sepanjang Tahun 2019




Assalamualaikum dan salam sejahtera


~ Bagaikan di lentur sutera
Mentari meminjam sinarnya
Bagaikan di suluh hatinya
Menetap di persada ~

Tahukah anda lirik di atas merupakan lirik bagi lagu Badarsila nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza dipetik daripada album Sanggar Mustika (2002) ? Tahukah anda juga lagu ini hanya berjaya sampai ke separuh akhir sahaja bagi juara lagu edisi 2003 dan merupakan lagu tradisional terakhir beliau yang dipertandingkan di juara lagu? Tahukah anda lagi bahawa lagu ini menjadi pembukaan bagi siri konsert jelajah beliau yang sangat berjaya? [ Berapa banyak tahukah anda? 😜]
--------------
Apa khabar pembaca dan rakan-rakan semua. Alhamdulillah, kembali lagi dalam edisi Siti Nurhaliza. Kali ini aku nak berkongsi dengan anda senarai Konsert yang berjaya di bawa dan dipersembahkan oleh beliau sepanjang tahun 2019. Kalau pada tahun sebelum-sebelum ini, konsert atau persembahan berskala besar hanyalah satu atau dua sahaja, tetapi pada tahun 2019 ini kita dapat melihat beberapa konsert beliau dari awal tahun sehinggalah ke penghujung tahun


Oh ya, di tahun 2020 ini, pada hari pertama iaitu 1 Januari 2020, beliau telah memulakan tahun 2020 dengan sebuah konsert di Esplanade, Singapura ya! Hebat bukan?

Jadi, tanpa melengahkan masa, jom kita lihat senarai konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza sepanjang tahun 2019

Artikel Berkaitan : [ 10 Busana Tercantik Dato' Sri Siti Nurhaliza ]
KONSERT-KONSERT DATO' SRI SITI NURHALIZA SEPANJANG TAHUN 2019
👉Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour, Jakarta, Indonesia


Sumber Gambar : AstroGempak
⏩Tarikh : 21 Februari 2019⏩Lokasi : Istora Senayan ⏩Kapasiti : 3000
Pembukaan bagi siri konsert jelajah Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour adalah di negara Indonesia yang juga merupakan rumah kedua bagi beliau. Indonesia merupakan negara pertama beliau takluk pada tahun 1997 ketika beliau masih baru dalam industri. 
Salah satu yang unik bagi siri jelajah kali ini adalah segmen pembukaan. Buat pertama kalinya segmen tradisional menjadi segmen pembukaan

Konsert ini turut dihadiri sahabat dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa. Antara selebriti Indonesia yang hadir adalah seperti Baim Wong, Lesti dan Reza. 
👉Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour, Singapore



⏩Tarikh : 2 Mac 2019⏩Lokasi : Singapore Expo ⏩Kapasiti : 4,500
Siri jelajah di Singapura juga berlangsung dengan meriah dan hebat sekali! Di setiap lokasi, medley yang paling disukai sudah pastinya dari album terbaik beliau iaitu medley Transkripsi! Pendapat aku sendiri adalah ke semua lagu dalam album Transkripsi adalah hebat-hebat belaka. Tiada satu pun lagu yang sekadar mengisi ruang di dalam album tersebut. Busana Dato' Sri Siti Nurhaliza di setiap konsert juga adalah berbeza ya

👉Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour, Kuala Lumpur 




⏩ Tarikh : 16 Mac 2019⏩ Lokasi : Axiata Arena ⏩ Kapasiti :  12,000

Lokasi terakhir dan lokasi yang paling ramai penonton sudah pastinya di tanah air sendiri iaitu Malaysia.  Daripada video di Youtube dapat dilihat bagaimana sambutan yang sangat hebat daripada penonton.  Sambutan yang sangat hebat, jeritan dan pelbagai lagi adalah bukti bahawa beliau masih berada di atas. Masih lagi penghibur terbaik yang ada di Malaysia ketika ini.

Pada mulanya aku bercadang nak pergi tonton konsert ini, tetapi ada kekangan  yang menyebabkan aku tak dapat nak hadirkan diri

👉Konsert Amal Orkestra Tradisional Malaysia bersama Siti Nurhaliza



⏩ Tarikh : 20 & 21 Julai 2019⏩ Lokasi : Auditorium POWIIS ⏩ Kapasiti : 500

Pada bulan Julai tahun 2019, beliau mengadakan konsert di Pulau Pinang bersama dengan Orkestra Tradisional Malaysia. Konsert ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi penggiat seni.

Ada beberapa momen menarik antaranya adalah bila mana mikrofon yang sedang dipegang dan dinyanyikan tiba-tiba berhenti berfungsi. Ya! Tetapi Dato' Sri Siti Nurhaliza sangat professional dan persembahan diteruskan dengan jayanya

👉Shopee X SIMPLYSITI Mini Concert



⏩ Tarikh : 14 September 2019⏩ Lokasi : KL Conference Hall 1, KL Convention Centre ⏩ Kapasiti : 1,500

Salah satu antara konsert beliau yang unik walaupun hanya bertaraf mini konsert sahaja. Di konsert ini ada pelbagai elemen-elemen lain selain daripada nyanyian. Antaranya pelancaran produk, games dan pelbagai lagi.

Yang lebih seronok adalah bila aku antara orang yang berpeluang untuk menonton konsert mini ini! Alhamdulillah. Oh, cerita tentang konsert ini aku ada ulas dalam artikel lain. Anda boleh baca di pautan ini >>  Mini Concert Shopee X SimplySiti
👉Siti Nurhaliza The Voice Of Asia in Australia For One Night Only - OzAsia Festival 


⏩ Tarikh : 18 Oktober 2019⏩ Lokasi : Festival Theatre ⏩ Kapasiti : 2000

Salah satu daripada kejayaan terbesar Dato' Sri Siti Nurhaliza pada tahun 2019 adalah apabila beliau berjaya membuat konsert solo di Australia! Satu lagi pencapaian hebat yang boleh dimasukkan dalam senarai pencapaian beliau yang sangat membanggakan.

Walaupun persembahan di negara lain, tetapi beliau masih membawa muzik Malaysia ke sana dan bukannya menyanyikan lagu-lagu asal dari negara tersebut. Secara tak langsung beliau juga mempromosikan Malaysia kepada negara lain

👉Karya Agung Pak Ngah bersana Orkestra Tradisional Malaysia dan Dato' Sri Siti Nurhaliza



⏩ Tarikh : 14 & 15 November 2019⏩ Lokasi : Istana Budaya ⏩ Kapasiti : 1400
Penutup bagi konsert beliau di penghujung tahun 2019 adalah satu konsert tribute kepada figura yang sangat sinonim dengan beliau iaitu Pak Ngah Suhaimi. Siapa yang tak kenal lagu-lagu seperti Cindai, Balqis dan Nirmala? Salah satu konsert yang mempersembahkan karya-karya seni Pak Ngah bukan sahaja daripada lagu-lagu nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza tetapi termasuklah lagu-lagu lain.

Yang membuatkan aku teruja adalah bila mana ada lagu yang jarang atau tak pernah dinyanyikan sebelum ini akhirnya dinyanyikan di konsert ini! Antaranya adalah lagu Kudus Sinarmu dan juga Jelmakanlah Ayumu. Persembahan Kudus Sinarmu sememangnya sangat dalam dan penuh dengan makna yang tersirat. Anda boleh cari di YouTube video persembahan tersebut.

-------
Alhamdulillah, dalam banyak-banyak konsert yang beliau bawakan, aku berjaya untuk menjadi penonton untuk satu konsert. Untuk tahun 2020 ini, aku masih ternanti-nantikan apakah perancangan seterusnya dalam kerjaya seni beliau. Sama ada album baru? Atau konsert lagi? Atau Siti Aafiyah mendapat adik baru?

Artikel Berkaitan : [ 10 Konsert Terbaik Dato' Sri Siti Nurhaliza ]

Sekian
Sumber Gambar : Google Image

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2020/01/senarai-konsert-dato-sri-siti-nurhaliza-sepanjang-tahun-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Laman Web Utama Yang Paling Banyak Dilawati Tahun 2019

Senarai Laman Web Utama Yang Paling Banyak Dilawati Tahun 2019

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 491 hits
Laman Web antara kandungan utama yang berada di dalam dunia Internet Jika lihat sekarang pun kalau sambung internet sahaja di smartphone atau laptop perkara utama yang dicari adalah sesebuah laman web Jangan ingat laman web hanya website MO...
Siti Nurhaliza Tergamam Peminat Dari Portugal Datang Nak Tengok Konsert Siap Nyanyi Lagu Nirmala

Siti Nurhaliza Tergamam Peminat Dari Portugal Datang Nak Tengok Konsert Siap Nyanyi Lagu Nirmala

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 267 hits
Dato Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi yang begitu terkenal di rantau Asia ini Bakat yang ada padanya sudah tidak perlu disangkal lagi kerana pelbagai anugerah telah berjaya dirangkulnya sejak mula menceburi industri hiburan tanah a...
290 Ribu Penikmat Kur Bri Naik Kelas Sepanjang Tahun 2019

290 Ribu Penikmat Kur Bri Naik Kelas Sepanjang Tahun 2019

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 267 hits
PT Bank Rakyat Indonesia Tbk berhasil mendorong 290 230 pelaku UMKM yang menikmati KUR BRI naik kelas di sepanjang tahun 2019 Pelaku UMKM penerima KUR BRI ini disebut naik kelas dengan 2 indikator yakni meningkatnya jumlah pinjaman yang dit...
Senarai Acara Utama Sepanjang Tahun 2020

Senarai Acara Utama Sepanjang Tahun 2020

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 664 hits
Jika sedekad atau zaman sekolah dahulu kita dibayangi pada tahun 2020 kelak kita akan lihat bangunan cantik dan gah di seluruh negara dan paling best ada kereta terbang Tetapi ianya hanya bayangan sahaja ketika itu tetapi kini tahun 2020 su...
Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2019

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2019

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 280 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2019 Alhamdulillah syukur masih dikurniakan kesihatan dan umur olehNYA untuk melangkah ke tahun 2020 Semoga tahun 2020 akan ...
20 Acara Program Terbaik Sepanjang Tahun Melawat Johor 2020 Visit Johor 2020

20 Acara Program Terbaik Sepanjang Tahun Melawat Johor 2020 Visit Johor 2020

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 983 hits
20 Acara Program Terbaik Sepanjang Tahun Melawat Johor 2020 Visit Johor 2020 Assalamu alaikum Ummi kongsikan 20 Acara atau Program Terbaik sepanjang Tahun Melawat Johor 2020
Lunch Terakhir Di Tahun 2019 Cibiuk Seremban Gateaway

Lunch Terakhir Di Tahun 2019 Cibiuk Seremban Gateaway

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 408 hits
Hi korang Lepas selesai daftar form 4 kat sekolah Dania tadi SA balik rumah terus suruh Mak ngan Abah siap nak bawak makan kat luar malas nak masak mula2 call adik ipar tanya kat mana makan sedap kat bandar Seremban Kalau boleh nak lauk2 si...
Tahun 2019 Yang Mendewasakan Kehidupan

Tahun 2019 Yang Mendewasakan Kehidupan

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 374 hits
Tahun 2019 Yang Mendewasakan Kehidupan Entry terakhir 2019 sebelum berakhirnya 2019 beberapa minit lagi Tahun 2019 jika nak ulang tayang dari banyak duka dari suka Namun tahun 2019 menjadikan MF lebih dewasa dalam kehidupan Lebih matang mem...
Jaksa Agung Jiwasraya Lakukan 5 000 Transaksi Investasi Sepanjang 2008 Hingga 2019

Jaksa Agung Jiwasraya Lakukan 5 000 Transaksi Investasi Sepanjang 2008 Hingga 2019

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 164 hits
Burhanudin melanjutkan hingga kini pihaknya sudah memeriksa 98 saksi penting atas kasus ini Meski demikian Kejaksaan Agung enggan merinci satu persatu pihak yang terlibat dalam kasus raksasa tersebut
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Legacy Credit Emerges As A Substantial Shareholder In Vci Global