Senarai Hotel Di Lorong Malaysia Ho Chi Minh Vietnam




Ramai yang bagi tahu, antara kawasan popular di Vietnam khususnya di Ho Chi Minh City untuk orang Malaysia adalah di Lorong Malaysia. Jadi aku berkesempatan untuk tengok apa yang menarik disana sampai diberi nama jolokan tersebut.

Mula-mula aku sampai di Lorong Malaysia sebenarnya aku terkejut sebab paparan untuk harga jualan baju, telekung, tudung dan sebagainya adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bukannya Vietnam Dong. Selain itu, penjual pula boleh cakap melayu.
Tidak cukup dengan itu, hampir semua kedai makan dalam lorong ini ada logo halal dan menu makanan ada yang tulis dalam bahasa melayu sekali disamping bahasa vietnam dan bahasa inggeris. Mungkin untuk orang luar juga la.
BACA : Itinerari Lengkap 4H3M Di Ho Chi Minh, Vietnam
Kawasan ini juga dekat sangat dengan tempat tumpuan pelancong iaitu Ben Thanh Market. Jalan tak sampai 2 minit dah sampai. Manakala tempat-tempat menarik lain seperti Saigon Square, Hall City, Independence Palace, Saigon Central Post Office semua walking distance je.
Semua perkara ni, anda hanya boleh rasakan dari Malaysia Streeet ini sahaja. Tapi jika luar daripada kawasan ni, anda kena cakap vietnam dan bayar guna dong vietnam. Restoren yang menyediakan makanan halal pun susah nak jumpa.

Mereka ini sebenarnya adalah bangsa Melayu Champa. Jadi boleh berbahasa Melayu juga. Mungkin disebabkan perkara-perkara tersebut, kawasan ini diberi nama Lorong Malaysia.
Jadi kat sini, selain orang Vietnam, memang ramai orang Malaysia disini sebab kawasan ini juga terdapat banyak tempat penginapan atau hotel yang anda boleh bermalam jika bercuti atau travel ke Ho Chi Minh City.
Oleh itu, untuk anda yang bercadang untuk datang ke Ho Chi Minh, Vietnam dan ingin mencari hotel yang betul-betul berada dalam Malaysia Street ini, anda boleh tengok senarai penuh dibawah. Semua hotel ini memang betul-betul berada dalam kawasan ini.
Senarai Hotel Berada Dalam Lorong Malaysia Di Ho Chi Minh, VietnamUntuk info, semua hotel dalam Lorong Malaysia tiada swimming pool kecuali Cochin Sang Hotel. Lebih kepada hotel 3-bintang sahaja. Masih mewah dan harga tidak terlalu mahal.
1)  Queen Central Hotel
Hotel ini berada di tengah-tengah bahagian dalam Malaysia Street tu. Lebih kurang 4 ke 5 tingkat sahaja. Menyediakan pelbagai jenis bilik, dari Superior Double Room, Deluxe Twin, Basic Triple dan sehinggalah Family Room.
Ada wifi dan breakfast. Disediakan makanan halal juga untuk makan pagi. Jadi jangan risau dan tak perlu untuk keluar cari makan ketika breakfast. Harga bermula RM98 untuk satu malam. Bergantung kepada waktu anda booking atau waktu anda berada disana.
Untuk hotel Queen Central Hotel, boleh tempah di Agoda, Shopee dan Trip.com
2)  Thanh Thu Hotel
Hotel ini ada 6 ke 7 tingkat semuanya. Juga menyediakan pelbagai jenis bilik, dari Standard Double, Deluxe Twins sehingga ke triple room.
Ada wifi dan breakfast. Tapi sepertinya, makanan disediakan tidak diperakui halal. Jadi tak perlu ambil pakej with breakfast. Cari sahaja makanan di restoren halal yang berada di luar. Lebih senang dan selamat. Harga bermula RM79 untuk satu malam. Bergantung kepada waktu anda booking atau waktu anda berada disana.
Untuk Thanh Thu, boleh buat tempahan secara online di Agoda, Shopee dan Trip.com
3)  Sazi Hotel
Bersebelahan sahaja dengan Thanh Thu Hotel dengan 6 ke 7 tingkat dalam satu bangunana. Pelbagai jenis bilik disediakan. Ada Standard Room, Studio, Suite Room dan sehingga ke jenis Apartment. Ada bilik yang menyediakan balcony dan bathtub.
Free wifi dan breakfast tidak termasuk. Tapi tiada jaminan halal yang diberikan bagi setiap hidangan yang disediakan. Tapi hotel ni best sebab hotel baru.
Untuk Sazi Hotel, boleh buat tempahan secara online di Agoda, Shopee dan Trip.com
4)  Cochin Sang Hotel
Jika anda cari sebuah hotel yang ada swimming pool dalam Malaysia Streeet ni, anda boleh menginap di Cochin Sang Hotel ini. Hotel ini juga antara yang termahal dalam kawasan ini. Harga bermula RM247 semalaman untuk Viennot Twin Room sehingga RM860 semalam untuk bilik Gillieni.
Untuk Cochin Sang Hotel, boleh buat tempahan secara online di Agoda, Shopee dan Trip.com
5)  Gia Huy Hotel
Seperti pada hotel lain juga. Disediakan wifi percuma setiap bilik. Ada disediakan tempat simpanan luggage, boleh tempah airport transfer dan ada juga disediakan pilihan penambahan untuk breakfast. Tapi tiada perakuan halal.
Pelbagai jenis bilik ditawarkan bermula dengan harga RM123 untuk Standard Double. Kemudian ada Twin Room dan sehingga Triple Room dengan harga RM214.
Untuk Gia Huy Hotel, boleh buat tempahan secara online di Agoda dan Shopee.
6)  May's Hotel
Ini juga antara hotel yang baru dinaiktaraf yang berada dalam Lorong Malaysia ini. Kalau suka shopping di Ben Thanh Market, boleh bermalam disini. Jalan kaki tak sampai 2 minit dah sampai ke lokasi.
Pelbagai jenis bilik ditawarkan seperti Standard Room, Deluxe Twin Room, Superior Double Room, Deluxe Triple City View, Family City View dan pelbagai lagi. Harga bermula daripada RM112 hingga RM287.
Untuk May's Hotel, boleh buat tempahan secara online di Agoda dan Shopee.
7)  Aluna Ben Thanh
Hotel ini juga sebenarnya baru diberikan nafas baru dari segi luar dan dalam. Jadi hotel ini nampak baru dan masih bersih dari segi keseluruhan. Sangat recommended untuk anda yang sedang cari hotel yang sesuai dalam kawasan ini.
Sepertinya satu-satunya hotel yang mendapat pengiktirafan sijil halal di kawasan ini. Ya, anda tidak perlu ragu-ragu lagi terutamanya ketika waktu breakfast. Mereka menyediakan makanan halal setiap hari. Antara perkara penting yang mungkin tiada pada hotel lain. Jadi waktu pagi, anda tak perlu beli breakfast di luar, boleh makan di hotel sahaja. Breakfast included biasanya.
Selain itu, juga ada wifi disediakan di setiap bilik. Bilik pun luas dengan tawaran harga yang diberi cukup berpatutan. Masa aku disini, mungkin kurangnya adalah tekanan air shower dan hari-hari breakfast makanan sama. Kalau boleh perbaiki, sedap dah hotel.
Pelbagai jenis bilik ditawarkan. Ada Superior Double, Twin, Deluxe Twin, Superior Twin dan sehingga Family Room. Harga adalah bermula daripada RM182 untuk satu malam.
Untuk Aluna Ben Thanh Hotel, boleh buat tempahan secara online di Agoda, Shopee dan Trip.com
Senarai Hotel Lain Yang Berdekatan Dengan Lorong Malaysia1.  Saigon Hanoi Hotel (tengok sini)
2.  A25 Hotel (tengok sini)
3.  Nicecy Boutique Hotel (tengok sini)
4.  A&A Toronto Hotel (tengok sini)
5.  The Noble Swan Hotel (tengok sini)
6.  Avanti Boutique Hotel (tengok sini)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2023/06/senarai-hotel-di-lorong-malaysia-ho-chi-minh-vietnam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Cuti Am Yang Wajib Pilihan Diambil Majikan Malaysia

Senarai Cuti Am Yang Wajib Pilihan Diambil Majikan Malaysia

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 258 hits
SENARAI CUTI AM YANG WAJIB PILIHAN DIAMBIL MAJIKAN MALAYSIA Kepada para pekerja swasta semestinya anda perlu ketahui senarai cuti cuti Am yang wajib diambil oleh majikan serta cuti am pilihan oleh majikan di Malaysia Di Bawah Akta Kerja 195...
Makan Buffet Malaysia On A Plate Gbw Hotel

Makan Buffet Malaysia On A Plate Gbw Hotel

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 192 hits
Assalamualaikum WBTMALAYSIA On A PlateA Lunch Dinner Buffet Like No OtherDAH lama tak makan makan kurus bersama Geng JDT Blogger Jumaat lepas Sk bersama Suzi Eda Nona Aleya Juju dan Huda ke GBW Hotel bagi menikmati hidangan Buffet Malaysia ...
Vietjet Expands Its Reach Into Indonesia Connecting Ho Chi Minh City And Jakarta

Vietjet Expands Its Reach Into Indonesia Connecting Ho Chi Minh City And Jakarta

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 160 hits
Vietjet launches its third direct flight into Indonesia to one of Southeast Asia s major cities Jakarta Flying direct between Ho Chi Minh City and Jakarta from August 5 this year this new route marks another milestone achievement for the ai...
Senarai 15 Lokasi Big Screen Menonton Perlawanan Malaysia Vs Papua New Guinea Pada 20 Jun 2023

Senarai 15 Lokasi Big Screen Menonton Perlawanan Malaysia Vs Papua New Guinea Pada 20 Jun 2023

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 303 hits
Berita baik untuk semua penyokong dan peminat bola sepak di seluruh negara apabila pertemuan antara Malaysia dan Papua New Guinea akan ditayangkan di Big Screen pada 20 Jun 2023 bersamaan pada hari Selasa iaitu pukul 9 00 malam Pengumuman i...
Malaysia Dihina Kerana Pemimpin Korup

Malaysia Dihina Kerana Pemimpin Korup

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 167 hits
Menurut sesawang tersebut 82 peratus kertas siasatan masih dalam tindakan manakala 18 peratus kes telah diselesaikan dalam tempoh sama Untuk rekod selain PDRM EAIC menyelia 20 jabatan lain antaranya Jabatan Imigresen Jabatan Alam Sekitar Ja...
Nancy Disabled Friendly Buildings In Malaysia Leave Much To Be Desired

Nancy Disabled Friendly Buildings In Malaysia Leave Much To Be Desired

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 142 hits
The number of buildings in Malaysia with facilities catered for persons with disabilities is still very much on the low side said Women Family and Community Development Minister Nancy Shukri She said discussions with other ministries will b...
Tutorial Cara Buat Qr Code Bank Maybank Malaysia

Tutorial Cara Buat Qr Code Bank Maybank Malaysia

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 227 hits
Tutorial cara buat QR Code Bank Tertanya ramai lagi yang masih belum tahu fungsi dan cara nak buat QR Code Bank Secara jujurnya Sha pun baru tahu guna QR Code Bank ni pada tahun 2022 Teringin juga nak tahu bagaimana caranya nak buat Duk ten...
10 000 Tiket Konsert Terjual Dalam Masa 24 Jam Ella Diiktiraf Malaysia Book Of Records

10 000 Tiket Konsert Terjual Dalam Masa 24 Jam Ella Diiktiraf Malaysia Book Of Records

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 325 hits
Ratu Rock negara Ella melakar sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan nbsp Most Concert Tickets Sold Out 10 000 Tickets in 24 Hours nbsp oleh nbsp Malaysia Book of Records Pengiktirafan tersebut diberikan kepada Ella atau nama len...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2