Senarai Hotel Di Lorong Malaysia Ho Chi Minh Vietnam


Ramai yang bagi tahu, kalau datang di Ho Chi Minh, Vietnam, senang cari hotel di Lorong Malaysia yang mana menjadi antara tempat popular. Jadi aku berkesempatan untuk tengok apa yang menarik disana sampai diberi nama jolokan tersebut.
Mula-mula aku sampai di Lorong Malaysia sebenarnya aku terkejut sebab paparan untuk harga jualan baju, telekung, tudung dan sebagainya adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bukannya Vietnam Dong. Selain itu, penjual pula boleh cakap melayu.
Tidak cukup dengan itu, hampir semua kedai makan dalam lorong ini ada logo halal dan menu makanan ada yang tulis dalam bahasa melayu sekali disamping bahasa vietnam dan bahasa inggeris. Mungkin untuk orang luar juga la. Ini la kelebihan hotel di Lorong Malaysia ini.
Kawasan ini juga dekat sangat dengan tempat tumpuan pelancong iaitu Ben Thanh Market. Jalan tak sampai 2 minit dah sampai. Manakala tempat-tempat menarik lain seperti Saigon Square, Hall City, Independence Palace, Saigon Central Post Office semua walking distance je.
Semua perkara ni, anda hanya boleh rasakan dari Malaysia Streeet ini sahaja. Tapi jika luar daripada kawasan ni, anda kena cakap vietnam dan bayar guna dong vietnam. Restoren yang menyediakan makanan halal pun susah nak jumpa.
Mereka ini sebenarnya adalah bangsa Melayu Champa. Jadi boleh berbahasa Melayu juga. Mungkin disebabkan perkara-perkara tersebut, kawasan ini diberi nama Lorong Malaysia.
Jadi kat sini, selain orang Vietnam, memang ramai orang Malaysia disini sebab kawasan ini juga terdapat banyak tempat penginapan atau hotel yang anda boleh bermalam jika bercuti atau travel ke Ho Chi Minh City.
Oleh itu, untuk anda yang bercadang untuk datang ke Ho Chi Minh, Vietnam dan ingin mencari hotel yang betul-betul berada dalam Malaysia Street ini, anda boleh tengok senarai penuh dibawah. Semua hotel di Lorong Malaysia ini memang betul-betul berada dalam kawasan ini.
Senarai Hotel Di Lorong Malaysia Di Ho Chi Minh, Vietnam Untuk info, semua hotel di Lorong Malaysia tiada swimming pool kecuali Cochin Sang Hotel. Lebih kepada hotel 3-bintang sahaja. Masih mewah dan harga tidak terlalu mahal.
1)  Queen Central Hotel Agoda Trip.com Traveloka Hotel ini berada di tengah-tengah bahagian dalam Malaysia Street tu. Lebih kurang 4 ke 5 tingkat sahaja. Menyediakan pelbagai jenis bilik, dari Superior Double Room, Deluxe Twin, Basic Triple dan sehinggalah Family Room.
Ada wifi dan breakfast. Disediakan makanan halal juga untuk makan pagi. Jadi jangan risau dan tak perlu untuk keluar cari makan ketika breakfast. Harga bermula RM98 untuk satu malam. Bergantung kepada waktu anda booking atau waktu anda berada disana.
2)  Thanh Thu Hotel Agoda Trip.com Traveloka Thanh Thu antara yang ada Hotel di Lorong Malaysia ini dimana terdapat 6 ke 7 tingkat semuanya. Juga menyediakan pelbagai jenis bilik, dari Standard Double, Deluxe Twins sehingga ke triple room.
Ada wifi dan breakfast. Tapi sepertinya, makanan disediakan tidak diperakui halal. Jadi tak perlu ambil pakej with breakfast. Cari sahaja makanan di restoren halal yang berada di luar. Lebih senang dan selamat. Harga bermula RM79 untuk satu malam. Bergantung kepada waktu anda booking atau waktu anda berada disana.
Untuk Thanh Thu, boleh buat tempahan secara online sebaiknya sebelum datang ke Ho Chi Minh.
3)  Sazi Hotel Agoda Trip.com Traveloka Bersebelahan sahaja dengan Thanh Thu Hotel dengan 6 ke 7 tingkat dalam satu bangunana. Pelbagai jenis bilik disediakan. Ada Standard Room, Studio, Suite Room dan sehingga ke jenis Apartment. Ada bilik yang menyediakan balcony dan bathtub.
Free wifi dan breakfast tidak termasuk. Tapi tiada jaminan halal yang diberikan bagi setiap hidangan yang disediakan. Tapi hotel ni best sebab hotel baru.
Untuk Sazi Hotel, boleh buat tempahan secara online di platform yang disediakan diatas.
4)  Cochin Sang Hotel Agoda Trip.com Traveloka Jika anda cari sebuah hotel yang ada swimming pool dalam Malaysia Streeet ni, anda boleh menginap di Cochin Sang Hotel ini. Hotel ini juga antara yang termahal dalam kawasan ini. Harga bermula RM247 semalaman untuk Viennot Twin Room sehingga RM860 semalam untuk bilik Gillieni.
5)  Gia Huy Hotel Trip.com Traveloka Seperti pada hotel di Lorong Malaysia yang lain juga. Disediakan wifi percuma setiap bilik. Ada disediakan tempat simpanan luggage, boleh tempah airport transfer dan ada juga disediakan pilihan penambahan untuk breakfast. Tapi tiada perakuan halal.
Pelbagai jenis bilik ditawarkan bermula dengan harga RM123 untuk Standard Double. Kemudian ada Twin Room dan sehingga Triple Room dengan harga RM214.
6)  May’s Hotel Agoda Trip.com Traveloka Ini juga antara hotel yang baru dinaiktaraf yang berada dalam Lorong Malaysia ini. Kalau suka shopping di Ben Thanh Market, boleh bermalam disini. Jalan kaki tak sampai 2 minit dah sampai ke lokasi.
Pelbagai jenis bilik ditawarkan seperti Standard Room, Deluxe Twin Room, Superior Double Room, Deluxe Triple City View, Family City View dan pelbagai lagi. Harga bermula daripada RM112 hingga RM287.
Jika berminat, anda boleh buat tempahan atau booking sekarang untuk May’s Hotel.
7)  Aluna Ben Thanh Agoda Trip.com Traveloka Hotel ini juga sebenarnya baru diberikan nafas baru dari segi luar dan dalam. Jadi hotel di Lorong Malaysia ini nampak baru dan masih bersih dari segi keseluruhan. Sangat recommended untuk anda yang sedang cari hotel yang sesuai dalam kawasan ini.
Sepertinya satu-satunya hotel yang mendapat pengiktirafan sijil halal di kawasan ini. Ya, anda tidak perlu ragu-ragu lagi terutamanya ketika waktu breakfast. Mereka menyediakan makanan halal setiap hari. Antara perkara penting yang mungkin tiada pada hotel lain. Jadi waktu pagi, anda tak perlu beli breakfast di luar, boleh makan di hotel sahaja. Breakfast included biasanya.
Selain itu, juga ada wifi disediakan di setiap bilik. Bilik pun luas dengan tawaran harga yang diberi cukup berpatutan. Masa aku disini, mungkin kurangnya adalah tekanan air shower dan hari-hari breakfast makanan sama. Kalau boleh perbaiki, sedap dah hotel.
Pelbagai jenis bilik ditawarkan. Ada Superior Double, Twin, Deluxe Twin, Superior Twin dan sehingga Family Room. Harga adalah bermula daripada RM182 untuk satu malam.
Dah jumpa penginapan yang menarik minat? Jadi jika anda sedang mencari hotel di Lorong Malaysia iaitu di sekitar district Ho Chi Minh, Vietnam, anda boleh pilih mana-mana yang bersesuaian dengan bajet anda seperti senarai diatas.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aimanabdullah.com/hotel-di-lorong-malaysia-ho-chi-minh-vietnam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 241 hits
Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Ini info khas untuk para pelajar atau student Malaysia yang nak belajar di luar negara tetapi ada kampus di Malaysia So memang memudahkan urusan anda semua kan Buat permulaan ini kami senaraika...
Badminton Perodua Malaysia Masters 2025 Tiket Online Nonton Live

Badminton Perodua Malaysia Masters 2025 Tiket Online Nonton Live

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 88 hits
Badminton Perodua Malaysia Masters 2025 edisi ke 7 siri S500 merupakan salah satu kejohanan berprestij yang bakal menghimpunkan pemain elit dari seluruh dunia Sebanyak 296 atlet badminton elit dari seluruh dunia bakal bertandang ke Malaysia...
Performance Not Matching High Salaries Is Pos Malaysia Getting Raw Deal With Senior Mgmt Wages

Performance Not Matching High Salaries Is Pos Malaysia Getting Raw Deal With Senior Mgmt Wages

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 107 hits
YOU get what you pay for is a simple enough an adage to understand It simply means that the quality of a product or service usually corresponds to its price In other words a lower price often indicates a lower quality while a higher price m...
Wanita Malaysia Dijadikan Bank Untuk Buat Pelbagai Pinjaman Lepas Kahwin Dengan Warga Asing

Wanita Malaysia Dijadikan Bank Untuk Buat Pelbagai Pinjaman Lepas Kahwin Dengan Warga Asing

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 193 hits
KIM SYAZIESeorang wanita mengalami tekanan melampau sehingga berniat mahu membunuh diri selepas berkahwin dengan lelaki warga asing Menurut cerita yang didedahkan ADUN Skudai Marina Ibrahim wanita itu dipergunakan suaminya yang juga warga a...
Type Of Home Insurance In Malaysia

Type Of Home Insurance In Malaysia

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 155 hits
What is Home Insurance in Malaysia Home insurance in Malaysia is a type of insurance that protects your house and sometimes the contents inside it
How Come In This Internet Age Pos Malaysia Can T Even Provide A Simple Digital List Of 3k Postcodes

How Come In This Internet Age Pos Malaysia Can T Even Provide A Simple Digital List Of 3k Postcodes

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 121 hits
POS Malaysia Bhd which in recent times is plagued with wide ranging issues from snobbish management to having come under fire for having posted its is now being trolled for can t even provide something basic as a list of valid postcodes for...
Kelantan Ranked Second Safest State In Malaysia

Kelantan Ranked Second Safest State In Malaysia

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 75 hits
Kelantan with its low crime index has been ranked as the second safest state in Malaysia after Sabah said Deputy Menteri Besar Fadzli Hassan He said the ranking is based on the latest report on crime index rates by the Statistics Department...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 2

Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More