Senarai Dan Susunan 16 Pangkat Polis Diraja Malaysia


Apakah itu pangkat polis diraja Malaysia? Polis adalah merupakan satu bidang pekerjaan badan beruniform dibawah Kementerian Dalam Negeri. Seperti kita ketahui, polis amatlah rapat dengan masyarakat sesuai dengan “Polis dan masyarakat berpisah tiada”.
Jasa pihak polis juga sangat besar dan peranan mereka adalah untuk memastikan keselamatan masyarakat dan negara terjaga.
Masih ramai yang belum tahu terdapatnya perbezaan antara tugasan polis mengikut pangkat. Oleh itu, terdapat pengetahuan yang anda boleh ikuti berkenaan pangkat polis PDRM dibawah.
Penerangan Lengkap Polis Diraja Malaysia (PDRM) Apakah Maksud Polis Diraja Malaysia? Polis Diraja Malaysia(PDRM) terdiri daripada 137,574 pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam. Tugas yang dijalankan oleh PDRM, bermula dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas ‘non-regulatory’ seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan juga penglibatan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.
Pihak PDRM bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas keselamatan dan melindungi negara yang turut dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam.
Senarai 10 Jabatan Dalam PDRM Terdapat senarai jabatan dalam PDRM yang anda boleh ketahui. Setiap jabatan ini mempunyai peranan yang tersendiri. Berikut adalah senarai 10 jabatan dalam PDRM:
Jabatan Pengurusan, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Sumber Logistik dan Teknologi, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Jabatan Siasatan Jenayah, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Senarai Tugas Polis Diraja Malaysia Terdapat peruntukan khas berkenaan tugas am polis diraja Malaysia dibawah seksyen 20 dalam akta Polis No.41-1967. Bagi seorang polis adalah ditugaskan kepada mereka untuk mejalankan beberapa tugasan seperti:
Menangkap semua orang yang dia berkuasa menangkap menurut undang-undang. Menjalankan risikan keselamatan. Menjalankan pendakwaan. Menolong menjalankan sebarang tugas mengenai hasil, cukai,kesihatan,kuarantin,Imigresen dan pendaftaran. Menolong mengekalkan ketenteraman di Perlabuhan, Pengkalan, dan Lapangan Terbang. Menjalankan Saman, sepina dan waran. Menghebatkan maklumat. Menjaga harta benda yang tidak dituntut serta mencaru tuannya. Menangkap binatang yang merayau-rayau dan dimasukkan ke dalam pound awam. Menolong menyelamatkan nyawa dan harta benda. Menjaga harta benda daripada hilang dan rosak. Menghadiri Mahkamah. Tugas eskot orang salah. Berkenaan Pangkat Polis Diraja Malaysia Bidang kuasa polis mempunyai organisasi yang tersendiri dan juga terdapat pembahagian dari segi pangkat polis diraja Malaysia. Dengan pembahagian pangkat ini maka terdapat juga pembahagian tugas yang berbeza seiring dengan pengkelasan pangkat.
2 Kategori Pangkat Polis Diraja Malaysia Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada
2 kategori, iaitu :-
Kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel. Bagi kumpulan pegawai kanan polis adalah dibahagi kepada2 kelompok yang mana pegawai berpangkat Asisten Superintendan Polis keatas dikelaskan sebagai Pegawau Polis Diwartakan.
Manakala bagi Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan juga Cif Inspektor dikelaskan sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan.
Kumpulan Utama Pegawai Kanan Polis Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan
utama, iaitu :-
Kumpulan Komisioner (ACP – IGP), Kumpulan Superintendan (ASP – SUPT) dan Kumpulan Inspektor (INSP – C/INSP). Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.
Senarai Pangkat Polis Diraja Malaysia Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-
Pegawai-Pegawai Kanan Polis Inspektor General Polis (IG) Deputi Inspektor General Polis (DIG) Komissioner Polis (CP) Deputi Komisioner Polis (DCP) Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Asisten Komisioner Polis (ACP) Superintendan Polis (SUPT.) Deputi Superintendan Polis (DSP) Asistan Superintendan Polis (ASP) Cif Inspektor (C/INSP) Inspektor (INSP) Inspektor Percubaan (P/I) Pegawai Rendah Polis Sub-Inspektor (SI) Sarjan Mejar (SM) Sarjan (SJN) Koperal (KPL) Lans Koperal (L/KPL) Konstabel (KONST) Senarai pangkat ini adalah mengikut turutan dari bawah ke atas. Pangkat polis yang disenaraikan ini mempunyai tugas dan pengkhususan yang khusus.
Cara Kenaikan Pangkat Polis Diraja Malaysia Dalam kenaikan pangkat polis, seseorang itu perlu memasuki perkhidmatan polis sebagai konstabel, Sarjan dan Inspektor. Sekiranya anda terpilih, anda perlu menjalani kursus asas bergantung kepada jenis pangkat selama 3-12 bulan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).
Menerusi kursus ini, anda akan mempelajar berkenaan undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani serta seni mempertahankan diri.
Selepas anda disahkan jawatan dalam perkhidmatan polis, anda akan mula berkhidmat dan mempunyai peluang yang samarata dalam kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat polis diraja Malaysia adalah dinilai berdasarkan:
Tempoh perkhidmatan Kecemerlangan dalam tugas Rekod perkhidmatan yang baik Soalan FAQs Berkenaan Pangkat Polis Diraja Malaysia Apakah pangkat polis diraja Malaysia paling tinggi? Inspektor General Polis (IG) adalah merupakan pangkat paling tinggi dalam organisasi PDRM.
Dimanakah ibu pejabat polis diraja Malaysia? Ibu pejabat PDRM terletak di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Adakah polis yang berpangkat tinggi boleh ditahan jika disabitkan kesalahan? Ya, seorang polis boleh ditahan jika terlibat dengan kesalahan di sisi undang-undang.
Adakah kenaikan pangkat mengikut tempoh perkhidmatan? Untuk kenaikan pangkat polis ianya tertakluk kepada kecemerlangan perkhidmatan, tempoh perkhidmatan dan lain-lain perkara yang perlu dinilai oleh orang atasan PDRM.
Bagaimanakah cara untuk menjadi seorang polis? Anda boleh membuat permohonan apabila pengambilan polis dibuka. Pengambilan polis boleh dimohon melalui laman e-pengambilan PDRM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/12/pangkat-polis-diraja-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betul Ke Melayu Malas Ini Senarai Orang Melayu Terkaya Di Malaysia Ramai Tak Tahu

Betul Ke Melayu Malas Ini Senarai Orang Melayu Terkaya Di Malaysia Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 219 hits
Baru baru ini Forbes telah mengeluarkan senarai 50 orang terkaya di Malaysia Walaupun senarai ini dimonopoli oleh ahli perniagaan berketurunan Cina dan India Terdapat juga orang Melayu yang berjaya duduk sama tinggi dalam golongan elit nega...
Senarai Penuh Kabinet Malaysia

Senarai Penuh Kabinet Malaysia

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 456 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini Jumlah keseluruhan ini masih lagi rendah jika dibandingkan 70 orang barisan Kabinet pada ketika pentadbiran sebelum i...
Rombakan Kabinet 2023 Dan Senarai Menteri Malaysia

Rombakan Kabinet 2023 Dan Senarai Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 265 hits
Terkini Perdana Menteri umum rombakan kabinet 2023 yang mana melibatkan senarai jemaah menteri baru dan menteri yang dikekalkan untuk tahun 2023 2024 dalam rombakan kabinet yang berlangsung pada hari ini pukul 11 00 pagi Anwar juga menjelas...
Laporan Polis Terhadap Kenyataan Hubungan Malaysia Israel

Laporan Polis Terhadap Kenyataan Hubungan Malaysia Israel

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 292 hits
Safeek Affendy Razalisafeek bh com mySyed Muhammad Shafiq Syed Jaafar dan peguam Muhammad Rafique Rashid Ali selepas membuat laporan polis terhadap akaun Victor Yong Jen Ong yang mempromosikan hubungan diplomatik antara Israel dan Malaysia ...
Penerangan Duit Syiling Lama Dan Senarai Harga Duit Syiling Lama Malaysia

Penerangan Duit Syiling Lama Dan Senarai Harga Duit Syiling Lama Malaysia

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 462 hits
Anda minat kumpul duit syiling lama Ramai orang yang mencari senarai harga syiling lama yang mana ianya akan menjadi panduan dan rujukan untuk mengetahui apakah nilai sebenar syiling lama yang seseorang itu ada dan adakah ianya begitu berni...
Ok Vision Malaysia Harga Pakej Dan Senarai Siaran

Ok Vision Malaysia Harga Pakej Dan Senarai Siaran

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 311 hits
Perkhidmatan OK Vision secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia memberi lebih banyak pilihan untuk rakyat Malaysia menonton rancangan mereka di kaca televisyen Bagi yang tidak tahu OK Vision merupakan perkhidmatan usaha sama antara Ans...
Pos Malaysia Launches Special Palestin Merdeka Stamps

Pos Malaysia Launches Special Palestin Merdeka Stamps

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 254 hits
In a show of solidarity with the struggle of Palestinians Pos Malaysia today launched a special Palestin Merdeka stamp set that will be available from Jan 18 next year Communications Minister Fahmi Fadzil said the launch of the special stam...
30 Of E Cigarette Smokers In Malaysia Aged 12 To 15 Says Group

30 Of E Cigarette Smokers In Malaysia Aged 12 To 15 Says Group

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 237 hits
The Southeast Asia Tobacco Control Alliance says e cigarettes with nicotine are highly addictive and alarming evidence has emerged of adverse population health effects PETALING JAYA About 30 of the e cigarette smokers in Malaysia are aged b...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan