Senangnya Ada Set Travel Suchi Ni Masa Tunaikan Umrah Dan Haji


Salam dears… SUCHI – dengar namanya saja dah buat Mama berminat nak mencuba. Sebab terbayang benda yang bersih, suci dan Halal. Tambah plak bila ianya kosmetik untuk umrah dan haji, lagi lah rasa ishhh mesti boleh guna tanpa was was ni!
Walaupun Mama belum ada rezeki lagi nak menunaikan umrah atau haji, tapi tak salahkan nak guna juga. Bukankah mencari yang Halal dan thoyib itu yang terbaik?
Set Travel SUCHI Kosmetik Untuk Umrah dan Haji Hmm teringat cerita kawan Mama yang pergi haji beberapa bulan lepas. Dia dah pesan dah kat Mama, bila nak pergi menunaikan umrah atau haji nanti mesti bawa pelempap atau losyen!
Sebab katanya cuaca kat Tanah Arab masa dia pergi tu agak extreme, siangnya panas sangat dan malam pula sejuk. Kalau Google pun, humidity atau tahap kelembapan di Malaysia ni lebih tinggi berbanding di Arab Saudi.
Ni Mama Google cuaca di Arab Saudi
Ni pula cuaca di Malaysia, tahap kelembapan jauh lebih tinggi daripada di Arab Saudi kan.
Haaa nampak kan betapa rendahnya tahap humidity di Arab Saudi berbanding di Malaysia kan? Jadi bila di sana seelok eloknya kena pakai losyen untuk elakkan kulit kering. Maklumlah bila kulit terlalu kering nanti boleh jadi gatal gatal. Kang asyik dok menggaru sampai luka kang jadi tak selesa plak nak beribadat, tak syok lah kan.
Lagi satu, kawan Mama kata masa siang walaupun matahari bersinar tapi kalau datang angin sejuk tu bukan setakat kulit je kering tapi boleh menyebabkan bibir merekah juga. Tumit pun mudah merekah dan pecah pecah gak bila banyak berjalan.
Jadi sangat sangat penting untuk buat persediaan dan bawa kelengkapan secukupnya semasa menunaikan umrah dan haji nanti tau.
Kenapa Set Travel SUCHI Patut Jadi Pilihan Semasa Menunaikan Umrah dan Haji? Set travel Suchi ni bukan sekadar kosmetik untuk haji dan umrah, tapi nak bawa travel pun senang.
Kalau tanya Mama, selain daripada nak menjaga kulit dan mengelakkan ketidakselesaan semasa menunaikan umrah dan haji, set Suchi ni juga patut jadi pilihan ketika travel sebab:
• Saiz yang kompak dan mudah dibawa kemana mana, senang nak sumbat dalam beg ketika travel sebab tak makan banyak ruang dan tak berat.
• Saiz setiap botol tu menepati syarat saiz barangan cecair yang boleh dibawa menaiki kapal terbang iaitu dibawah 100 ml. Beg lutsinar untuk simpan semua item ni pun dah ada, jadi tak perlu risau lah nak bawa naik kapal terbang.
• Set yang mengandungi ‘daily essentials’ yang memang kita akan guna semasa travel. Sebenarnya set travel Suchi ni ada beberapa jenis, kalau nak yang lengkap dengan ubat gigi dan deodoran pun ada.
• Tidak mengandungi wangian dan bebas paraben, InsyaAllah sesuai untuk kulit sensitif.
• Dan paaaling penting sekali sebagai kosmetik untuk umrah dan haji tentulah ianya sah digunakan ketika ihram. Malah status produk Suchi ni turut mendapat sokongan dari Mantan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Jadi tak perlu risau atau was was bila guna.


Teringin nak cuba yang ni juga, kebelakangan ni Mama kerap sakit lutut huhu
Mama Dah Guna dan Suka Produk SUCHI! Bila belek belek website Suchi tu Mama terbekenan dengan set travel Safa yang lengkap dengan sabun mandi, losyen dan siap ada pelembap bibir (lipbalm) juga dalam beg kecil. Hmm memang benda yang Mama selalu bawa ke mana mana ni.
Nasib baik set travel Suchi ni sempat sampai untuk Mama bawa ke trip cuti cuti Melaka baru baru ni. Ye, memang kat hotel biasanya disediakan sabun ngan losyen semua tu kan. Tapi Mama ni jenis yang suka bawa barang sendiri ke mana mana.
Sebab dah beberapa kali dah terjadi bila pakai sabun mandi di hotel, kulit nanti kering dan gatal gatal sebab kulit Mama ni jenis sensitif sikit, tak boleh nak pakai produk sebarangan je. Itu pasallah Mama suka sangat set travel Suchi ni, serasi dan memang sedap pakai!
Set Safa- ada gel mandian, losyen, krim tumit dan pelembap bibir.
Ehh meh laa Mama nak cerita pasal apa yang ada dalam set travel Safa yang Mama guna tu…
Gel Mandian Suchi
Gel mandian Suchi ni ada bau pudina, senang bilas, tak melekit dan tak rasa kering atau tegang kulit. Paling best, masa nak bilas tu bila kena air terasa sejuk ja. Mungkin sebab ada pudina tu kot.
Ehh entah lah tak tau macam mana nak terangkan hehe. Yang pasti, lepas mandi terasa segar ja badan, aii like!
Gel mandian Suchi ni diperkaya dengan ekstrak Minyak Zaitun, Lidah Buaya dan daun Pudina.
Pelembap Bibir atau Lipbalm
Ini yang Mama paaaling suka! Bibir Mama ni jenis sensitif dan kering. Kalau tersalah pakai produk yang tak sesuai, haaa siap lah…silap silap boleh bengkak bibir huhu.
Sebab tu dalam set travel Suchi ni, lipbalm lah benda yang paling last Mama cuba guna. Paling last, tapi jadi yang paling suka! hehe. Sebab lepas calit lipbalm tu, bibir terasa lembut ja. Dan Mama tak perlu nak sapu berkali kali macam lipbalm jenama lain yang Mama biasa guna sebelum ni sebab kelembapan tu kekal lama juga lah.
Mungkin kerana lipbalm Suchi ni dah diformulasikan sebagai kosmetik untuk umrah dan haji kan, jadi sangat sesuai untuk elakkan bibir jadi kering bila cuaca panas atau sejuk.
Pelembap bibir Suchi diperbuat daripada bahan natural iaitu Minyak Zaitun, Minyak Bunga Matahari, Shea Butter, Daun Lidah Buaya dan Lilin Lebah. Ia tidak mengandungi bahan pewangi.
Sah digunakan ketika ihram.
Losyen Tangan dan Badan
Mama dan losyen berpisah tiada hehe. Selalu kena guna terutama sekali kat tangan. Sebab kulit tangan Mama ni jenis yang cepat kering dan mudah menggelupas. Asal lepas basuh tangan je, mesti sapu losyen.
Jadi Mama memang sentiasa bawa losyen ke mana mana pun. Dan saiz losyen Suchi ni sedang elok lah untuk Mama bawa dalam handbag juga.
Losyen Suchi ni ‘waterbased’, mudah meresap dan tak melekit bila guna. Ada bau pudina yang lembut ja. Kulit terasa lembut dan selesa lepas sapu losyen ni, best!
Losyen Suchi diperkaya dengan ekstrak Minyak Zaitun, Lidah Buaya, Minyak Bunga Matahari dan Daun Pudina.
Krim Tumit
Ini satu benda yang Mama rasa orang selalu lupa nak guna bila travel, sedangkan ianya sangat penting. Sebab kalau dah tumit tu merekah sampai pedih dan nak pakai kasut pun susah…haa camna nak berjalan kesana kemari?
Tambah plak semasa menunaikan umrah dan haji, lagi lah banyak kena berjalan kaki kan? Jadi Mama cadangkan gunalah krim tumit Suchi ni untuk melindungi tumit supaya tak merekah dan pecah pecah setelah berjalan lama.
Krim tumit ni jenis yang mudah meresap dan tak rasa melekit di tapak kaki bila sarung kasut. Selesa ja lepas guna.
Krim tumit Suchi diperkaya dengan khasiat Minyak Zaitun, Lidah Buaya, Minyak Bunga Matahari, Lilin Lebah dan Daun Pudina.
Jangan Lupa Bawa Set Travel SUCHI Tau… Hmm kalau korang nak pergi menunaikan umrah atau haji, atau mak ayah korang yang nak pergi…Mama cadangkan korang belikanlah bagi kat diorang. InsyaAllah berguna disana nanti. Ehh nak pergi travel ke mana mana pun eloklah ada set travel Suchi ni, senang dan best guna.
Testimoni pengguna produk Suchi
Kat mana nak beli? Boleh order online je dari website Suchi. Nak skodeng Facebook dan Instagram diorang pun silakan lah hehe
Set Travel SUCHI Kosmetik Untuk Umrah dan Haji Website: https://suchiofficial.com/
Facebook: SuchiByGaleriMuslim
Instagram: SuchiOfficial
Telefon: 018-2909879
26 total views, 26 views today
The post Senangnya Ada Set Travel SUCHI Ni Masa Tunaikan Umrah dan Haji… appeared first on Mama Kembar Tiga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mamakembartiga.com/2018/11/senangnya-ada-set-travel-suchi-ni-masa-tunaikan-umrah-dan-haji.html/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memberi Makan Tamu Dapat Pahala Haji Dan Umrah

Memberi Makan Tamu Dapat Pahala Haji Dan Umrah

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 313 hits
Pahala Memberi Makan Tamu Dapat Pahala Haji dan Umrah Benarkah memuliakan tamu dapat pahala haji dan umrah Seperti yang ditunjukkan dalam hadis ini Jika ada tamu yang masuk ke rumah seorang mukmin maka akan masuk bersama tamu itu seribu ber...
Pelancaran Kempen Galakan Imunisasi Untuk Jemaah Haji Dan Umrah

Pelancaran Kempen Galakan Imunisasi Untuk Jemaah Haji Dan Umrah

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 310 hits
PELANCARAN KEMPEN GALAKAN IMUNISASI UNTUK JEMAAH HAJI DAN UMRAH 7 NOVEMBER 2018 Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Dewan Serbaguna Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 7 November 2018 bagi menggalakkan peng...
Pahala Haji Dan Umrah Untuk Mertua

Pahala Haji Dan Umrah Untuk Mertua

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 290 hits
Ibadah Haji dan Umrah Untuk Mertua Bismillah walhamdulillah was sholaatu wassalamu ala Rasulillah waba du Pada dasarnya setiap orang mendapatkan pahala dari amalnya masing masing Kecuali beberapa ibadah yang dikecualian oleh dalil bahwa pah...
Saudi Bantah Larang Muslim Palestina Haji Dan Umrah

Saudi Bantah Larang Muslim Palestina Haji Dan Umrah

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 285 hits
Dia mengatakan hingga saat ini jamaah haji Palestina tetap memiliki hak untuk menunaikan ibadah rukun Islam kelima tersebut
Arab Saudi Tolak Visa Haji Dan Umrah Jutaan Warga Palestina

Arab Saudi Tolak Visa Haji Dan Umrah Jutaan Warga Palestina

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 288 hits
Sumber dari Yordania mengatakan kepada MEE keputusan Saudi ini adalah bagian dari kesepakatan dengan Israel untuk mengakhiri identitas orang Palestina dan hak mereka sebagai pengungsi
Merasa Dirugikan Travel Umrah Di Tangerang Polisikan Penyebar Hoaks

Merasa Dirugikan Travel Umrah Di Tangerang Polisikan Penyebar Hoaks

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 231 hits
Dirugikan terkait informasi tidak benar travel haji dan umrah Safar Arroyyan Travellindo mempolisikan penyebar berita palsu yang diunggah di aplikasi WhatsApp grup asosiasi pengusaha travel haji dan umrah
Punca Masalah Sembelit Masa Berpantang Mimpi Ngeri Ibu Lepas Bersalin

Punca Masalah Sembelit Masa Berpantang Mimpi Ngeri Ibu Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 490 hits
Sembelit masa berpantang memang boleh jadi mimpi ngeri yang takkan dilupakan sampai bila bila oleh ibu lepas bersalin Ramai yang terfikir fikir apa sebenarnya yang menyebabkan sembelit masa berpantang
Saya Dah Jadi Mb Nazri Patut Risau Masa Depan Beliau Kata Mukhriz

Saya Dah Jadi Mb Nazri Patut Risau Masa Depan Beliau Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 281 hits
Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memulangkan paku buah keras kepada Setiausaha Agung BN Datuk Seri Nazri Abdul Aziz supaya merisaukan masa depan sendiri Mukhriz berkata beliau tidak memerlukan perlindungan yang dita...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game