Senang Ke Jadik Cikgu


Assalamualaikum semua.

Maaf ye, menyepi seketika. Kejap aktif, kejap sepi..Ahaaa! biasalah tu kan, orang sibuk..(Tak la sibuk mana pun sebenarnya). Sementara menunggu panggilan penempatan, sempat juga la pza kerja Part- Time di Tadika Akhtar. Kira jadi cikgu tadika la kan.. Mula-mula tu dalam hati niat memang nak cari pengalaman sebab satu hari nanti akan jadi cikgu juga. Mintak pendapat kawan-kawan, ada yang kata.." Cikgu Tadika wei, senang jekkkk, ajar ABC, 123, pukul 12 dah balik..." ada pulak yang kata " Seronoknyeee boleh main ngan budak-budak chomell". Tidak kurang juga yang berkata begini. "Anak orang tu, baik-baik ngajar,sekolah private kan?, apa-apa hal bahaya"
Baiklah, semua ada pendapat masing-masing tentang kerjaya guru. Sebenarnya selepas diri sendiri ini tercebur dan dicelup ke dalam bidang perguruan, persepsi yang mengatakan kerjaya guru merupakan kerjaya yang mudah ternyata tidak tepat. Berbalik kepada tugas sebagai guru tadika, nak kata susah tu tidak la sangat sebab pza memang ada sedikit pendedahan ilmu perguruan. Berbaloi rasanya belajar selama 5 tahun setengah bila ilmu tu semua dapat dipraktikkan dan berkesan!

Nah, tengok gambar ni.. Apa nak dibuat kalau murid anda berkelakuan sebegini? Tak ramai, seorang je, adakah anda selaku cikgu akan membiarkan dia terus ketakutan dalam dunia dia sendiri? Jika anda memberikan perhatian penuh kepada dia, Bagaimana murid-murid yang lain nak belajar sedangkan guru sibuk memujuk murid yang satu ini? Haaaa? Teori anda mungkin boleh diguna pakai tetapi hakikatnya tidak semua boleh dipraktikkan secara realiti. Budak bukan boleh disangka-sangka perbuatannya

Guru sebenarnya memainkan peranan yang amat penting bagi menarik minat murid untuk belajar. Kalau baru masuk tadika, tiba-tiba terus ajar ABC, 123 dan sebagainya secara serius. Mungkin akan mendatangkan kebosanan. Oleh itu, wahai cikgu-cikgu sekalian, kita perlulah mempersiapkan bahan yang menarik untuk digunakan di dalam kelas. "Alaaa,cikgu baru, biasalaaa, semangat lagi, cuba dah 20 tahun nanti..." Pelbagaikan penggunaan bahan, guna semula bahan. Ikhtiar cikgu...demi masa depan anak-anak murid kita. Berdasarkan pemerhatian, jarang nak jumpa guru yang mengajar sambil lewa, kebanyakkan guru akan memberikan sehabis baik untuk memastikan murid mereka cemerlang. Kalau cikgu tu semangat, murid mesti akan mampu memahami apa yang dipelajari hari itu, walaupun sedikit. Anda cuba ingat guru yang pernah mengajar anda dahulu. Sebenarnya mereka cuba pelbagai cara untuk memastikan anda faham apa yang diajar. Tak kena cara ini, guna cara itu, tak kena juga, fikir cara lain


Alhamdulillah, selepas sebulan, muridku yang dahulunya muram, takut, menyendiri dalam dunianya, kini dah berubah, mula bergaul dengan kawan-kawan lain, mula berkongsi barang dan sebenarnya dia sangat bijak dan cepat faham apa yang diajar

Budak-budak dan bermain, memang tak dapat dipisahkan. Pza pun seronok tengok bila mereka bermain, ketawa, berbual dan belajar berdikari. Di tadika yang pza kerja ni, kebanyakkan perkara mereka akan lakukan sendiri. dari umur empat tahun, mereka dah diajar untuk makan sendiri menggunakan sudu, selepas makan, pinggan letak di dalam besen, basuh tangan dan sebagainya. Perasaan yang tak dapat digambarkan bila tengok mereka berjaya buat semua. Mula-mula risau juga nak biarkan mereka makan sendiri, takut tumpah, takut tercekik, macam-macam lah. Sepanjang mereka makan,guru-guru akan sentiasa memantau. Hasilnya, mereka boleh berdikari.... >,<



Sambutan hari jadi juga diadakan di sekolah bagi meraikan hari lahir setiap murid. Selepas nyanyian lagu hari lahir, guru-guru akan mengajarkan murid untuk mendoakan kebaikkan rakan mereka. Comel sangat taw tengok mereka doakan kawan jadi pandai la, jadi besar laa..budak-budak kan.

Kerjaya guru bukan semudah yang disangka. Gurulah yang membentuk peribadi, gurulah penghibur dikala merajuk hati, guru juga lah yang mendidik dan mengajar secara formal. Pengalaman ini sememangnya menguatkan lagi semangatku untuk mendidik nanti. Cuma satu harapannya, mintak-mintak dapat posting dekat dengan keluarga. Kalau tak, memang terganggu juga emosi dan prestasi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://jiwakaca.blogspot.com/2014/02/senang-ke-jadik-cikgu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin

Celebrate Lunar New Year With Elevete Patisserie S Exquisite Festive Delights

Cerita Malam Pertama Berjumpa Dengan Gadis Jiran Sebelah Rumah

225 Confesssion In Bahasa Malaysia

Hiburan Terlalu Bergantung Pada Teknologi Wanita Anggap Guna Ai Chatgpt Buat Manusia Makin Lembab Jadi Malas B Doh Slow


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Suspek Ugut Harith Iskander Direman Hingga Selasa

Ulama Perlu Utama Keredaan Allah Bukan Populariti

Fail Rpm2025 Fail Rekod Persediaan Mengajar Sesi 2025 2026

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina