Semuanya Kerana Atok Jahat Betoi Atok Ya Mereka Belajar Dari Atok Yang Lama Memerintah


 
3 Ahli Parlimen Umno lompat ke Bersatu selepas PRU14 demi ‘selamatkan diri’, kata Zahid


V Anbalagan -June 28, 2022
Ahmad Zahid Hamidi (tengah) berkata, tiga Ahli Parlimen terbabit adalah dari Masjid Tanah, Jeli dan Bagan Serai. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiga Ahli Parlimen daripada partinya berpaling tadah kepada Bersatu sejurus selepas pilihan raya umum ke-14 untuk “menyelamatkan diri” selepas disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya faham mereka mempunyai beberapa kes yang disiasat SPRM,” kata Zahid dalam perbicaraan rasuahnya ketika disoal peguam, Ahmad Zaidi Zainal.
Tanpa menyebut nama Ahli Parlimen itu, beliau berkata, mereka dari Masjid Tanah di Melaka, Jeli di Kelantan dan Bagan Serai di Perak.
Katanya, Ahli Parlimen Masjid Tanah dipertanggungjawabkan dengan dana untuk menguruskan Puteri Umno dalam PRU.
“Sebaliknya, wang itu dipindahkan ke akaun lain untuk kegunaan peribadi,” kata bekas timbalan perdana menteri itu dalam pembelaannya berhubung penganiayaan politik dalam perbicaraannya atas dakwaan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang.
Beliau berkata, perkara itu diketahui oleh pucuk pimpinan parti dan sayap Puteri.
Dalam kes Ahli Parlimen Jeli katanya, individu itu ialah ketua Umno Kelantan yang bertanggungjawab membawa pengundi dari luar negeri untuk mengundi dalam pilihan raya.
“Kira-kira RM30 juta diketepikan, tetapi wang itu tidak dibelanjakan.”
Beliau berkata, adik Ahli Parlimen Bagan Serai yang mengurus dana pembangunan kawasan itu menyalahgunakan wang berkenaan.
“Penyalahgunaan dana itu dilakukan oleh adik dan Ahli Parlimen itu akan didakwa,” katanya selain menambah bahawa beliau mempunyai bukti berhubung dakwaan itu.
Ini disusuli bantahan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran terhadap keterangan Zahid dengan berkata, ia tidak wajar.
“Ia adalah cakap-cakap dan tidak boleh diterima kecuali mereka dipanggil sebagai saksi.”
Peguam utama Zahid, Hisyam Teh Poh Teik berkata, Zahid perlu dibenarkan membuat pembelaannya dan memberitahu kebenaran.
“Dia hadapi tuduhan serius dan perlu diberikan ruang untuk menjelaskan pembelaannya.”
Hakim Collin Lawrence Sequerah mendapati pihak pembelaan ingin memberitahu kisahnya dan “sedikit kelonggaran perlu diberikan”.
Zahid berkata, siasatan terhadap Ahli Parlimen itu turut dimaklumkan kepadanya secara peribadi sebagai presiden Umno.
Katanya, Umno dan Barisan Nasional dijatuhkan pada PRU14 kerana partinya hanya memenangi 54 kerusi Parlimen.
Beliau berkata, BN memenangi 79 kerusi dan tidak cukup untuk membentuk kerajaan kerana sekurang-kurangnya 112 kerusi diperlukan dalam Parlimen yang mempunyai 222 kerusi.
Zahid berkata, beliau tidak bersedia membubarkan Umno, walaupun Dr Mahathir Mohamad mendakwa parti itu tiada masa depan dengan “pemimpin korup” yang ditolak oleh orang Melayu. (Mahathir yang merupakan pengerusi Bersatu ketika itu menjadi perdana menteri buat kali kedua selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14.)
“Dia turut meminta saya melompat ke sana, tetapi saya menolak,” katanya dengan menambah bahawa mereka berdua mengadakan pertemuan pada Jun 2018.
Zahid kini dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi serta menerima rasuah untuk pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.
Dua belas daripada tuduhan itu membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan baki 27 dakwaan pengubahan wang.
Perbicaraan bersambung.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/semuanya-kerana-atokjahat-betoi-atok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Nak Make Up Simple Tapi Cantik Dengan Slae Cosmetics Kosmetik Mesra Wuduk Serta Tahan Lama

Cara Nak Make Up Simple Tapi Cantik Dengan Slae Cosmetics Kosmetik Mesra Wuduk Serta Tahan Lama

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 186 hits
Assalamualaikum Cantik nie subjektif sangat Ada yang tak pakai make up pun dah cantik dan kalau nak cantik lagi calit calit lipstick sikit bagi naik seri muka pun dah okay Macam Fiza sendiri lebih senang mengenakan make up yang simple Meman...
Hiburan Banyak Kita Borak Hal Ni Neelofa Akui Dah Lama Tahu Isu Orang Ketiga Teruk Puteri Sarah Dibuli

Hiburan Banyak Kita Borak Hal Ni Neelofa Akui Dah Lama Tahu Isu Orang Ketiga Teruk Puteri Sarah Dibuli

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 219 hits
Seperti yang sudah diketahui ramai pelakon Puteri Sarah baru baru ini telah memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap seorang wanita yang difahamkan merupakan orang ketiga di dalam rumah tangganya Melalui video yang dimua...
Trailer Kisah Misteri Makhluk Jerangkung Menghuni Sebuah Almari Lama Dalam Filem Terbaru Lakonan Dato Adi Putra

Trailer Kisah Misteri Makhluk Jerangkung Menghuni Sebuah Almari Lama Dalam Filem Terbaru Lakonan Dato Adi Putra

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 185 hits
Minat yang mendalam terhadap filem filem seram telah mencetuskan idea buat pengarah Shadan Hashim untuk menghasilkan filem Jerangkung Dalam Almari Tambahan pula filem seram juga dilihat antara genre yang cukup diminati serta sering mendapat...
Neelofa Dah Lama Tahu Kehadiran Peny0ndol Tak Sanggup Hadam Apa Dilalui Puteri Sarah

Neelofa Dah Lama Tahu Kehadiran Peny0ndol Tak Sanggup Hadam Apa Dilalui Puteri Sarah

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 105 hits
RUPA RUPANYA selebriti terkenal Neelofa sudah lama mengetahui kewujudan peny0dol dalam rumah tangga pelakon Puteri Sarah liyana dan pengarah Syamsul Yusof Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor berkata ketika mengetahui perkara itu dirinya hil...
Dato Fadzilah Kongsi 10 Tip Semarak Rasa Cinta Buat Pasangan Dah Lama Kahwin

Dato Fadzilah Kongsi 10 Tip Semarak Rasa Cinta Buat Pasangan Dah Lama Kahwin

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 140 hits
Adat dalam rumah tangga sesekali bermasam muka dan berselisihan faham itu normal Kadang benda kecil je pun boleh buat suami atau isteri diam seketika Masa ni lah boleh nampak skil memujuk antara satu sama lain Bagi anda yang ingin terus men...
Polres Jaksel Cek Viral Selebaran Promo Threesome Di Bar Kebayoran Lama

Polres Jaksel Cek Viral Selebaran Promo Threesome Di Bar Kebayoran Lama

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 101 hits
Hingga kini belum diketahui secara pasti terkait dengan arti atau maksud dari threesome yang terdapat pada postingan tersebut
Selamat Ikmal Tobing Dan Indah Lolita Resmi Menikah Usai Belum Lama Saling Kenal

Selamat Ikmal Tobing Dan Indah Lolita Resmi Menikah Usai Belum Lama Saling Kenal

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 112 hits
Kisah cinta Ikmal dan Indah menjadi sorotan publik lantaran keduanya diketahui belum lama saling mengenal hingga akhirnya menjalin hubungan dan memutuskan menikah
Patutla Lama Tak Keluar Tv Saharul Ridzwan Dah Berubah

Patutla Lama Tak Keluar Tv Saharul Ridzwan Dah Berubah

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 200 hits
Siapa je tak kenal pelak0n drama popular Saharul Ridzwan kan Buat peminat dr ma melayu tempatan pasti sangat mengenali beliau dengan hasil lakonannya yang tidak dinaf kan memang baik Malah drama yang dibintangi pelakon ini sentiasa 8216 mel...
Pembuka Bicara Setelah Sekian Lama

Pembuka Bicara Setelah Sekian Lama

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 178 hits
Hello everyone Dah terlalu lama meninggalkan penulisan disini Rindu ingin menulis dan bercerita tentang apa yang terjadi dalam kehidupan sementara Banyak benda ingin diluah banyak rasa yang ingin dicurah Mungkin bukan semuanya tapi banyak u...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Beraya Rumah Sis Lin Makan Laksa Sarawak

Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale