Semua Tak Sangka Kami Masih Hidup Tragedi Menjelang Aildilfitri Ibu Merangkak Tarik Anak Hampir Digilis Lori


“Semua tak sangka kami masih hidup” – Tragedi menjelang Aildilfitri, ibu merangkak tarik anak hampir digilis lori. “Tengok anak terpelanting dari pelukan membuatkan saya kuatkan diri merangkak mendapatkannya,” ujar ibu muda selepas terlibat dengan kemalangan dilanggar lori kontena Sabtu lalu.
Malang tidak berbau apabila tiga sekeluarga yang menunggang motosikal dilanggar sebuah lori kontena beberapa hari menjelang Aildilfitri di Kampung Delek, Klang Selangor.
Namun ajal maut di tangan Tuhan. Tiga beranak ini terselamat walaupun terpelanting sejauh kira-kira 50 meter dan nyaris terpelosok di bawah tayar lori tersebut.
Mengimbas kembali kejadian ngeri itu, Wan Emilia Emishah Mohd Zulkifli, 24, memberitahu ketika kejadian, dia bersama suaminya Muhammad Suffean Hashim juga 24 tahun dan anak tunggal mereka, Muammad Dhuha Suffean dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Sebenarnya kami baharu balik dari bank, hari tu, kami lalu jalan lain. Saya dah tanya dekat suami kenapa lalu jalan tu, dia hanya jawab ‘tak pelah’.
“Ketika masuk jalan tu, saya dah nampak sebuah lori kontena laju di belakang kami. Jadi saya bagitau suami ada lori laju. Belum pun suami pandang ke belakang, motosikal kami dah terpelanting.
“Motosikal kami tercampak dan saya rasa badan melayang. Dalam masa sama anak masih dalam pelukan. Tetapi ketika badan berguling-guling anak saya terlepas dari pelukan,” jelasnya berkongsi kepada mStar.
Wan Emilia memberitahu, dia kuatkan semangat untuk merangkak mendapatkan anaknya yang hampir berada di tayar lori itu.
Sempat
“Lori sempat berhenti namun, tayar belakang kelihatan sedikit bergerak. Saya kuatkan semangat apabila mendengar anak menangis dan matanya pandang ke arah saya.
“Dengan kudrat yang ada saya terus tarik dia. Nasib baik saya cepat tarik kerana badannya begitu hampir dengan tayar lori. Sebab itu muka dia melecet teruk.
Keadaan motosikal Suffean rosak sepenuhnya.
“Sebaik sahaja dia selamat dalam dakapan saya, baharulah saya pergi tengok keadaan suami ,” ujarnya yang masih terkejut dengan insiden itu.
Jelas Wan Emilia, dia bersyukur kerana suami dan anaknya tidak mengalami kecederaan serius.
“Kami mengalami luka-luka dan tidak ditahan di wad. Cuma anak, Dhuha dimasukkan ke hospital kerana luka di mukanya yang memerlukan pemeriksaan lanjut.
“Alhamdullilah tidak ada apa-apa kecederaan dalaman kesan daripada kemalangan itu, selepas dua hari di wad dia dah boleh keluar,” jelasnya.
Mengenai sambutan raya tahun ini, Wan Emilia memberitahu sebenarnya dia memang tidak terasa terlalu teruja untuk meraikan 1 Syawal.
Ada Bertengkar
“Sebelum keluar rumah tu, saya dan suami ada bertengkar sedikit mengenai persiapan raya memandangkan kami berdua agak sibuk. Saya berniaga, manakala suami pula bekerja sebagai anggota polis trafik.
“Tetapi apabila berlaku kemalangan ngeri ini, kami berdua merasakan sangat bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk mengharungi hidup dengan lebih baik,” tambahnya.
Dalam pada itu, Wan Emilia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua termasuk keluarga, sanak saudara, kawan-kawan dan kenalan di Facebook yang tidak putus-putus bertanyakan khabar.
“Kalau tengok kesan kejadian, memang semua tak sangka kami masih hidup. Tetapi itulah, semuanya urusan Allah.
“Dan kami pun tidak mahu memanjangkan kes ini kerana semuanya selamat. Saya memaafkan pemandu lori itu. Tiada yang lebih baik daripada melihat suami dan anak selamat,” katanya hanya menyambut lebaran dalam keadaan sederhana sahaja.
Sumber: Mstar Online
The post “Semua tak sangka kami masih hidup” – Tragedi menjelang Aildilfitri, ibu merangkak tarik anak hampir digilis lori… appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/semua-tak-sangka-kami-masih-hidup-tragedi-menjelang-aildilfitri-ibu-merangkak-tarik-anak-hampir-digilis-lori/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stop Paksa Anak Peluk Semua Orang Ibu Bapa Perlu Tukar Mentaliti Walaupun Anak Masih Kecil

Stop Paksa Anak Peluk Semua Orang Ibu Bapa Perlu Tukar Mentaliti Walaupun Anak Masih Kecil

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 745 hits
Walaupun anak masih kecil sudah tiba masanya ibu bapa sekarang berfikiran lebih jauh Pelbagai isu dan kes yang berlaku melibatkan kanak kanak kecil Kes kes Pedophilia kerap berlaku di negara ini tanpa kita sedar Dari kecil lah anak anak per...
Anak Lelaki Tertinggal Ibunya Di R R Tersedar Ibu Tiada Selepas Pandu Hampir 200km

Anak Lelaki Tertinggal Ibunya Di R R Tersedar Ibu Tiada Selepas Pandu Hampir 200km

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 342 hits
Please follow and like us 0 Baru baru ini telah viral di media sosial di mana seorang anak lelaki dan isterinya dikatakan telah tertinggal ibu mereka di Hentian Rehat amp Rawat Bukit Besi Dungun pada hari Ahad 9 Jun Image via Fac
Majalah Pa Ma Sumber Bacaan Ibu Ayah Demi Anak Kesayangan

Majalah Pa Ma Sumber Bacaan Ibu Ayah Demi Anak Kesayangan

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 699 hits
Majalah Pa Ma Sumber Bacaan Ibu Ayah Demi Anak Kesayangan Nak jadi ibu dan ayah memang agak mendebarkan Daku sendiri masih ingat sangat mula mula disahkan mengandung anak pertama dulu Nervous sangat Waktu itu tahun 2003 dan masih belum ada ...
Nak Anak Perangai Elok Ke Open House Raya Ibu Ayah Pastikan Cukup Ini Elak Mengamuk Hiper

Nak Anak Perangai Elok Ke Open House Raya Ibu Ayah Pastikan Cukup Ini Elak Mengamuk Hiper

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 525 hits
Syawal sudah kini sudah dihari keempat jemputan rumah terbuka raya diterima daripada sanak saudara dan rakan taulan Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil siap sedia dari awal supaya mood anak sentiasa terjaga Ya memang betul Hanya ibu bap...
Tak Siapkan Kerja Sekolah Ibu Rotan Anak 5 Jam Sampai Mati

Tak Siapkan Kerja Sekolah Ibu Rotan Anak 5 Jam Sampai Mati

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 1577 hits
Tak siapkan kerja sekolah ibu rotan anak 5 jam sampai matiSeorang wanita di China dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana menyebabkan kematian anak lelakinya berusia 9 tahun Dalam kejadian yang berlaku pada Januari 2018 di Zhejiang mansg...
Marshmallow Elle Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu Dan Anak

Marshmallow Elle Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu Dan Anak

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 488 hits
Dengan Bismillah Marshmallow Elle Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu dan Anak dengan 11 pilihan warna kesukaan ramai sudah pun berada di pasaran dan tanpa perlu tangguh tangguh lagi dah boleh anda dapatkan segera di sini Nak diingatkan s...
Kepala Anak Terhentak Ibu Ayah Bukan Redakan Tangisan Je Mesti Pantau Paling Takut Cedera Otak

Kepala Anak Terhentak Ibu Ayah Bukan Redakan Tangisan Je Mesti Pantau Paling Takut Cedera Otak

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 459 hits
Kepala terhentak atau terhantuk kerap terjadi kepada si kecil Jangan ambil mudah kecederaan walau pun tiada kelihatan luka di luar dari boleh menyebabkan kecederaan pada otak Anak anak kecil memang akan meneroka memenuhi sifat ingin tahu da...
Perginya Ibu Anak Di Penghujung Ramadan Hajat Nak Cat Rumah Sempena Raya Tak Sampai

Perginya Ibu Anak Di Penghujung Ramadan Hajat Nak Cat Rumah Sempena Raya Tak Sampai

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 508 hits
Ajal dan maut di tangan Allah Siapalah kita untuk melawan ketentuannya Dalam girangnya menyambut Syawal keluarga ini berduka kehilangan isteri dan anak sekali gus Keterujaan sebuah keluarga membeli cat untuk memperindahkan kediaman sempena ...
Ibu Tunggal Anak Sakit Jantung Dihalau Dua Hari Sebelum Aidilfitri

Ibu Tunggal Anak Sakit Jantung Dihalau Dua Hari Sebelum Aidilfitri

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 376 hits
KETIKA orang lain sibuk menyediakan persiapan akhir dua hari menjelang Syawal seorang ibu tunggal bersama anak berusia tiga tahun yang menghidap sakit jantung berlubang tidak menyangka dihalau dari rumah sewanya Ibarat jatuh ditimpa tangga ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri