Semua Pasukan Bermain Untuk Memenangi Perlawanan


 

"PASUKAN BERMAIN UNTUK MENANG, TIDAK KIRA KITA RESERVE TEAM ATAU TIDAK" - BADRUL AFZAN

Pasukan-pasukan Reserve Team Liga Malaysia menafikan kehadiran mereka dalam saingan Liga Premier hanya sebagai pelengkap tanpa memberi cabaran kepada pasukan lain.

Menurut Badrul Afzan Razali yang bakal membimbing Terengganu FC II musim 2021, persepsi sesetengah pihak bahawa aksi Liga Premier menjadi kurang kompetitif dengan kewujudan lima pasukan Reserve Team adalah tidak tepat.

Jelasnya, walaupun pasukan-pasukan ini tidak layak untuk merebut dua slot ke Liga Super, tetapi itu tidak bermakna mereka mengambil sikap sambil lewa.

Badrul yang merupakan jurulatih pasukan Piala Presiden Terengganu musim ini percaya saingan Liga Premier 2021 masih lagi relevan dengan pertembungan sengit 11 pasukan dan beliau akan memastikan pasukannya mampu memberi cabaran hebat kepada enam pasukan utama lain yang ingin merebut slot ke Liga Super 2022.

“Majoriti pemain-pemain Reserve Team ini adalah 25 tahun ke bawah dan daripada situ kita boleh menilai mereka untuk mungkin satu masa nanti layak beraksi ke dalam skuad utama pula.

“Musim ini TFC II bergelar naib johan, walaupun tidak layak ke Liga Super, tetapi saya percaya pemain-pemain tetap berpuas hati selepas mereka berhempas pulas sepanjang saingan.

“Mungkin musim depan, kita dapat menjadi juara pula, atau sekurang-kurangnya kekal dalam kelompok tiga terbaik, sebab pasukan bermain untuk menang, tidak kira kita Reserve Team atau tidak dan yang penting adalah kita perlu buktikan Liga Premier ini masih lagi sengit walaupun dihadiri oleh pasukan Reserve Team,” jelasnya.

Sementara itu, pengendali Perak II musim 2020, Abu Bakar Fadzim turut meluahkan perkara sama apabila menganggap anak buahnya sentiasa mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan.

Jelasnya, tiada istilah Liga Premier yang membosankan kerana pasukan-pasukan yang bertanding tidak kira Reserve Team atau tidak tetap memberikan persaingan yang kompetitif kerana pemain-pemain muda ini sedar dengan misi mereka untuk merebut peluang beraksi bersama pasukan utama sekiranya menampilkan prestasi memberangsangkan.

“Kita sedar keazaman pasukan selain Reserve Team yang ingin merebut slot ke Liga Super, tetapi untuk kami seperti di Perak II sebelum ini, pemain-pemain tahu mereka punya misi tersendiri untuk menonjolkan potensi agar diberi kepercayaan beraksi bersama skuad utama di Liga Super.

“Sesetengah pihak memang nampak pasukan Reserve Team yang banyak dalam Liga Premier akan menjadikan saingan hambar, tetapi saya ingin tegaskan, pemain-pemain ini bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, tetapi mereka tetap berusaha untuk memberikan pertembungan sengit kepada lawan,” jelasnya.

Bekas penolong jurulatih UKM FC dan Felda United FC, Juzaili Samion pula menyifatkan pasukan selain Reserve Team sebenarnya tidak pernah ambil mudah tentangan yang diberikan oleh mereka sepanjang liga berlangsung.

Beliau yang pernah bersama UKM FC musim lalu menganggap pasukan Reserve Team mempunyai kekuatan tersendiri dan ini membuktikan mereka tetap digeruni lawan lain di atas padang.

“Mungkin dari segi pandangan orang ramai, Liga Premier ini lebih tertumpu kepada pasukan tertentu sahaja untuk rebut slot ke Liga Super.

“Tetapi saya nak kongsi pengalaman, sepanjang saya bersama UKM FC, tidak pernah saya tengok mereka memberi jalan mudah kepada lawan dan walaupun berstatus Reserve Team, mereka tetap memberikan aksi yang memberangsangkan di atas padang”, katanya.

Musim 2021 menyaksikan 11 pasukan akan berentap di saingan Liga Premier dengan pasukan terbaharu skuad Projek FAM-MSN turut sama mewarnai kancah Liga Malaysia pada tahun hadapan. - MFL

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.terengganusebelas.com/2020/12/semua-pasukan-bermain-untuk-memenangi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Tahun Meninggai Semua Langsung Kaget Saatr Melihat Kondisi Makam Uje Sekarang

7 Tahun Meninggai Semua Langsung Kaget Saatr Melihat Kondisi Makam Uje Sekarang

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 293 hits
Kepergian Ustaz Jefri Al Buchori atau yang akrab disapa Uje memang meninggalkan kesedihan Tak hanya keluarga seluruh umat muslim di Indonesia begitu kehilangan sosok Uje Kecelakaan yang merenggut nyawa Uje semakin menambah kesedihan Umi Pip...
Who Is Alip Ba Ta Guitarist Bakatnya Bikin Semua Pemain Gitar Terkejut

Who Is Alip Ba Ta Guitarist Bakatnya Bikin Semua Pemain Gitar Terkejut

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 386 hits
Who Is Alif Ba Ta Guitarist Bakatnya Bikin Semua Pemain Gitar Terkejut Okay terus terang daku sama sekali tak pernah sentuh tentang gitar di dalam blogku sebelum ini tetapi sebenarnya gitar merupakan salah satu alat muzik yang ku gemari dan...
Peluang Pendapatan Pasif Baru Untuk Semua Dari B4u Global Malaysia

Peluang Pendapatan Pasif Baru Untuk Semua Dari B4u Global Malaysia

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 333 hits
Peluang Pendapatan Pasif Baru Untuk Semua Dari B4U Global Malaysia B4U Global Malaysia sediakan peluang pendapatan pasif baru untuk semua The post appeared first on
8 Tonggak Yang Telah Berjaya Dijahanamkan Oleh Pakatan Harapan Tapi Ini Semua Tidak Penting

8 Tonggak Yang Telah Berjaya Dijahanamkan Oleh Pakatan Harapan Tapi Ini Semua Tidak Penting

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 454 hits
KERANA YANG PALING PENTING DAN WAJIB DIPERBAHASKAN DALAM PARLIMEN ADALAH MASALAH TUNJUK ISYARAT LUCAH Pada tahun 2006 kadar cukai korporat Malaysia adalah kedua paling rendah di rantau ASEAN 1 Singapura 17 2 Malaysia 28 3 Vietnam 28 4 Thail...
Dah Sampai Masa Pkr Letak Semua Calon Di Sabah Ahli Teramai Pun Di Sabah

Dah Sampai Masa Pkr Letak Semua Calon Di Sabah Ahli Teramai Pun Di Sabah

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 258 hits
Takpe yang penting semua PIMPINAN dan PENYOKONG percaya DSAI boleh bawa kita menang PRU15 yang di jangka seawal april 2021 cukup Jentera PH siap sedia dari sekarang Warisan tak mahu ikut undi belah bahagian selagi tak tukar Ketua Pembangkan...
Hiburan Susulan Pandemik Covid 19 Uyaina Arshad Akui Terpaksa Tolak Semua Job Di Indonesia

Hiburan Susulan Pandemik Covid 19 Uyaina Arshad Akui Terpaksa Tolak Semua Job Di Indonesia

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 262 hits
Susulan pandemik COVID 19 yang makin berleluasa kini pelakon dan pengacara jelita Uyaina Arshad akui dirinya merupakan antara individu yang terpalit dan terkesan dengan apa yang terjadi Katanya terpaksa menolak banyak tawaran kerjaya seni d...
Awesome Lelaki Ini Hasilkan Video Animasi Sebagai Penghormatan Kepada Semua Permainan Video Yang Pernah Dimainkannya

Awesome Lelaki Ini Hasilkan Video Animasi Sebagai Penghormatan Kepada Semua Permainan Video Yang Pernah Dimainkannya

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 274 hits
Eric Power menghasilkan video animasi yang awesome ini sebagai penghormatan kepada semua permainan video yang pernah dimainkannya ketika kecil Aku bukanlah tua sangat jadi tak berapa tau semua game dari Atari tetapi selain dari tu ada jugak...
Ada Kemungkinankah Kita Semua Pernah Makan Bangkai Ini

Ada Kemungkinankah Kita Semua Pernah Makan Bangkai Ini

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 328 hits
Foto Sinar Harian 1 500 tan Bayangkan daging bangkai yang kita terlepas pandang sebelum ini Ada kebarangkalian dan kemungkinan kita pernah membeli dan menjamah daging bangkai itu Allah Maha Pengampun semoga kita diampunkan kerana tidak meng...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi