Semua Negeri Setuju Naik Tarif Air Tahun Depan Xavier



SHAH ALAM - Semua negeri secara dasarnya bersetuju melaksanakan pelarasan kadar tarif air yang dijangka dilaksanakan tahun depan, dan ketika ini Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli masih lagi mengadakan rundingan lanjut berhubung beberapa perkara sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan

Menterinya, Datuk Dr A Xavier Jayakumar berkata, beliau akan mengadakan perbincangan penuh dengan negeri-negeri yang berkaitan, mengenai isu tarif baharu air itu tidak lama lagi

“Tarif air belum pernah disemak semula sejak 20 tahun lepas. Kita mahu rakyat faham bahawa industri air ini memerlukan dana yang banyak untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan

"Bagaimanapun, kerajaan beri jaminan yang tarif air (baharu) tidak akan membebankan pengguna,” katanya

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan bangunan asrama Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Midlands, di sini hari ini, beliau berkata, kadar baharu tarif utiliti itu juga akan dipastikan tidak melebihi dua peratus daripada perbelanjaan isi rumah yang dilihat sebagai munasabah

Xavier berkata, kerajaan juga bersedia untuk meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Wasia) tahun depan bagi memperkemaskan prosedur serta peraturan berkaitan, antaranya untuk melibatkan syarikat swasta dalam usaha membangunkan industri air negara


“Kita harus lihat keseluruhan industri ini. Jika mahu bekalan air 24 jam 365 hari, maka semua pihak harus faham yang industri ini memerlukan perbelanjaan besar (untuk memastikan kelancarannya),” katanya dan menambah perbelanjaan perkhidmatan air yang besar pada masa ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan

Oktober lepas, kerajaan memberi jaminan Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) air yang dijangka dilaksanakan pada tahun depan tidak membebankan isi rumah berpendapatan rendah

Cadangan pelaksanaan mekanisme itu melibatkan kenaikan antara 0.06 sen hingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter, cukup rendah jika dibandingkan dengan bayaran utiliti lain seperti elektrik, gas serta telekomunikasi

Tambahan pula, purata kadar tarif air pada masa ini adalah rendah iaitu RM1.38 bagi tiap 1,000 liter berbanding kos sebenar iaitu RM2.31 bagi setiap 1,000 liter

Sementara itu merujuk pembinaan bangunan asrama sekolah yang dirasmikan beliau hari ini, Xavier berkata, ia adalah yang pertama bagi SJKT di seluruh negara dan disasarkan untuk menempatkan 200 pelajar lelaki darjah empat hingga enam daripada golongan keluarga berpendapatan rendah

“Asrama ini merupakan projek rintis untuk menyalurkan bantuan kepada golongan berkenaan. Disebabkan ia projek rintis, kita tempatkan dahulu pelajar lelaki. Di sini, mereka akan diberi makanan yang sihat serta pendidikan selain dipupuk dengan disiplin yang baik untuk memastikan masa depan mereka terjamin

“Saya harap asrama seperti ini dapat dibina di seluruh negara bagi membantu golongan berpendapatan rendah dalam kalangan masyarakat India, seterusnya juga mungkin boleh menerima kemasukan pelajar perempuan pula pada masa depan,” katanya

Asrama empat tingkat yang mempunyai 50 bilik tidur itu dibina dengan kos RM4 juta dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Selangor dan ia akan mula menerima kemasukan pelajar pada sesi persekolahan tahun depan

Bangunan yang mula dibina pada 1 Januari lepas dan siap sepenuhnya pada 31 Oktober itu turut mempunyai kemudahan umum antaranya bilik televisyen, bilik warden, bilik pantri, bilik cuci, bilik rekreasi dan bilik kaunseling. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/12/semua-negeri-setuju-naik-tarif-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pahang Sudah 30 Tahun Tidak Naik Tarif Air Kata Najib

Pahang Sudah 30 Tahun Tidak Naik Tarif Air Kata Najib

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 337 hits
Najib Razak KUALA LUMPUR Jangan kaitkan Pahang dengan janji rakyat senang Pakatan Harapan kata bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mengulas persetujuan semua negeri untuk selaraskan kadar tarif air Menurutnya kos air di negerinya itu...
Pamer Alutsista Dalam Negeri Prabowo Optimis Pertahanan Ri 5 Tahun Ke Depan Mandiri

Pamer Alutsista Dalam Negeri Prabowo Optimis Pertahanan Ri 5 Tahun Ke Depan Mandiri

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 293 hits
Berdasarkan informasi sebanyak 25 industri pertahanan swasta dalam negeri ikut serta dalam pameran ini
Elak Barang Naik Petrol Ron95 Akan Naik 1 Sen Setiap Minggu Mulai Tahun Depan

Elak Barang Naik Petrol Ron95 Akan Naik 1 Sen Setiap Minggu Mulai Tahun Depan

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 253 hits
Mulai tahun depan harga minyak RON95 akan dinaikkan satu sen setiap minggu sehingga mencapai tahap yang stabil mengikut harga pasaran Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Meteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen d...
Pahang Tetap Kuat Kuasa Tulisan Jawi Di Semua Premis Tahun Depan

Pahang Tetap Kuat Kuasa Tulisan Jawi Di Semua Premis Tahun Depan

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 690 hits
Penguatkuasaan tulisan jawi dilakukan susulan titah Yang Dipertuan Agong Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah pada 13 November tahun lepas bagi memartabatkan semula tulisan itu yang semakin terpinggir KU...
Mulai Tahun Depan 24 Jet Tempur F 16 Akan Tiba Di Tanah Air

Mulai Tahun Depan 24 Jet Tempur F 16 Akan Tiba Di Tanah Air

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 192 hits
Kepala Staf TNI Angkatan Udara Marsekal TNI Yuyu Sutisna menyebut mulai akhir Januari 2020 hingga 2024 mendatang sebanyak 24 jet tempur F 16 akan tiba di tanah air
Bagaikan Mimpi 11 Tahun Tunggu Anak Suami Terus Sujud Syukur Depan Doktor

Bagaikan Mimpi 11 Tahun Tunggu Anak Suami Terus Sujud Syukur Depan Doktor

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 452 hits
Kehadiran anak dianggap penguat dalam hubungan rumah tangga Namun bagi pasangan yang berkahwin rezeki memiliki anak bukan di tangan kita sendiri Semua itu dah ditentukan oleh Allah Bagi yang mudah seawal beberapa bulan kahwin pun dah dapat ...
Tahun Depan Pemotor Langgar Lalu Lintas Terekam Etle

Tahun Depan Pemotor Langgar Lalu Lintas Terekam Etle

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 213 hits
Ditambahkan Dirlantas Polda Metro Jaya Kombes Yusuf saat ini pihaknya sedang melakukan persiapan agar ETLE bisa diterapkan untuk pesepeda motor yang melanggar lalu lintas Salah satunya dengan mengatur posisi Tanda Nomor Kendaraan Bermotor
Suami Bunuh Istri Di Depan Anaknya Divonis 12 Tahun Penjara

Suami Bunuh Istri Di Depan Anaknya Divonis 12 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 198 hits
Menjatuhkan pidana penjara selama 12 tahun dikurangi dengan masa tahanan Dan memerintahkan terdakwa tetap ditahan kata majelis hakim
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon