Semua Mp Tak Sokong Pm Kena Berunding Segera Kata Pemuda Pejuang



Pemuda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mencadangkan agar semua ahli parlimen yang tidak bersetuju dengan Perikatan Nasional (PN) segera beruding dan memindahkan sokongan mereka kepada individu tertentu.
Langkah itu kata ketuanya Abu Hafiz Salleh Hudin akan membolehkan Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa mutlak baginda untuk melantik seorang perdana menteri baru selaras dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Kata Abu Hafiz tindakan beberapa ahli parlimen Umno menarik balik sokongan mereka daripada PN semata-mata tidak akan mendorong Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.
Malah katanya kuasa yang diperuntukkan kepada perdana menteri semasa darurat sekarang memungkinkan Muhyiddin kekal berkuasa.
“Namun Agong mesti diyakinkan bahawa sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat telah diberikan kepada individu lain yang lebih berupaya untuk menangani wabak Covid-19 dengan komitmen dan hala tuju yang jelas, berstrategi dengan perspektif yang baru serta dibantu pasukan jemaah menteri yang lebih mantap dan berfungsi,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Agong pada 12 Jan lalu berkenan dengan pengisytiharan darurat selepas menerima saranan daripada kabinet sehari sebelum ini.
Pengisytirahan itu didakwa dibuat sebagai langkah kerajaan mengekang penularan Covid-19 dengan kes baru harian kini mencecah empat angka.
Pada masa sama pengkritik meragui alasan yang diberikan kerajaan sebaliknya mendakwa ia sekadar langkah mengelakkan PN dan Muhyiddin dijatuhkan.
Jaminan cuma janji manis politik
Ia berlaku ketika seorang demi seorang ahli parlimen Umno mengumumkan mereka tidak lagi memberikan dukungan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri.
Abu Hafiz berkata dia berasa gusar apabila membawa Seksyen 12 (4) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang memberi gambaran bahawa kerajaan PN akan terus berkuasa sekiranya darurat tidak ditamatkan walaupun melepasi tempoh tempoh lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama Dewan Rakyat diadakan.
“Tindakan-tindakan yang dibuat Muhyiddin mutakhir ini membayangkan bahawa beliau ingin terus berkuasa sehingga parlimen dibubarkan oleh Agong atas nasihatnya sendiri,” katanya.
Sungguhpun Parlimen tidak lagi boleh bersidang ketika ini, kata Abu Hafiz, Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa perdana menteri mestilah dilantik dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempunyai sokongan majoriti masih berkuat kuasa.
“Demikian juga halnya Perkara 43 (4) yang menghendaki seorang perdana menteri meletakkan jawatan sekiranya telah terbukti hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya.
Tambah Abu Hafiz wujud kelompongan dalam peruntukan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dan membuka ruang manipulasi politik jika ia tidak disemak semula secepat mungkin.
Katanya berbeza daripada jaminan perdana menteri pada 11 Jan lalu agar pelaksanaan tempoh darurat dibuat secara adil dan telus, ordinan tersebut tidak menyatakan secara jelas bahawa jawatankuasa bebas yang bakal dibentuk dan dilantik Agong berfungsi – antara lain – untuk menasihati baginda sama ada darurat besar masih berlaku atau menamatkan proklamasi lebih awal.
“Hal ini menguatkan andaian bahawa nasihat kepada Agong kelak – sama ada meneruskan tempoh kuat kuasa proklamasi darurat atau menamatkannya lebih awal – hanya akan dibuat oleh perdana menteri secara bersendirian.
“Tanpa wewenang undang-undang, jaminan lisan perdana menteri hanyalah kekal janji manis politik,” katanya. Mk

The post Semua MP tak sokong PM kena berunding segera, kata Pemuda Pejuang appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/16/semua-mp-tak-sokong-pm-kena-berunding-segera-kata-pemuda-pejuang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=semua-mp-tak-sokong-pm-kena-berunding-segera-kata-pemu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pn Akan Tumbang Jika 5 Lagi Mp Umno Tarik Diri Dari Sokong Muhyiddin Kata Nazri

Kerajaan Pn Akan Tumbang Jika 5 Lagi Mp Umno Tarik Diri Dari Sokong Muhyiddin Kata Nazri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 347 hits
January 11 2021 KERAJAAN Perikatan Nasional akan tumbang jika sekurang kurangnya lima ahli Parlimen Umno menarik diri daripada menyokong kerajaan Muhyiddin Yassin kata Nazri Aziz Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata kelab penyokong ahli ...
Teguh Di Belakang Presiden Bukan Masa Cipta Gelora Dalam Parti Kata Exco Pemuda Umno

Teguh Di Belakang Presiden Bukan Masa Cipta Gelora Dalam Parti Kata Exco Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 366 hits
January 15 2021 6 17 PMBeberapa portal hari ini melaporkan Pemuda Umno Pontian menggesa Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai presiden parti secara terhormat ketika parti Melayu itu dilihat tidak mempunyai hala tuju yang jelas bawah kepimpina...
Rayuan Darurat Pejuang Hantar Segera Ph Belum Pasti Umno Tiada

Rayuan Darurat Pejuang Hantar Segera Ph Belum Pasti Umno Tiada

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 352 hits
N Faizal GhazaliParti Pejuang Tanah Air akan menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah bagi memohon darurat ditarik balik selewat lewatnya esok Timbalan presiden penajanya Marzuki Yahya ...
Menteri Masih Dalam Kabinet Mahdzir Kata Umno Masih Sokong Kerajaan

Menteri Masih Dalam Kabinet Mahdzir Kata Umno Masih Sokong Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 358 hits
Mahdzir Khalid KUALA LUMPUR Umno masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional pada ketika ini sebab masih ada menteri dalam Jemaah Menteri selepas tiga Ahli Parlimen parti itu menarik balik sokongan kepada pentadbiran Muhyiddin Yassin Naib P...
Jadi Batu Api Hasut Batal Darurat Pemuda Pas Gesa Ambil Tindakan Segera Terhadap Anwar

Jadi Batu Api Hasut Batal Darurat Pemuda Pas Gesa Ambil Tindakan Segera Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 349 hits
Pemuda PAS menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Anwar Ibrahim serta individu yang terus menanam keraguan serta mempertikai keputusan Yang di Pertuan Agong dalam mengekang penularan Covid 19 Ketua Penerangannya Nazir Ram...
Pihak Yang Tuntut Pru Segera Hanya Pentingkan Diri Kata Kj

Pihak Yang Tuntut Pru Segera Hanya Pentingkan Diri Kata Kj

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 352 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Khairy Jamaluddin menegur pihak dalam parti itu yang mahukan pilihan raya umum diadakan segera walaupun wabak Covid 19 belum dibendung sebagai mementingkan diri Saya tahu antara yang meminta pilihan raya umu...
Semua Menteri Kabinet Jalani Ujian Saringan Covid 19 Tiga Positif Kata Dr Adham Baba

Semua Menteri Kabinet Jalani Ujian Saringan Covid 19 Tiga Positif Kata Dr Adham Baba

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 402 hits
Semua menteri Kabinet telah menjalani ujian saringan Covid 19 dengan tiga daripadanya disahkan positif kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba Tanpa mendedahkan nama mereka yang positif Dr Adham berkata Kementerian Kesihatan sedang memberi raw...
Kata Kerajaan Melayu Isle Tak Tolong Pun Rakyat Kah Padan Muka Kah Ini Semua Salah Dap

Kata Kerajaan Melayu Isle Tak Tolong Pun Rakyat Kah Padan Muka Kah Ini Semua Salah Dap

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 449 hits
Umum PKP je Apa insentif untuk bantu rakyat langsung tak umum Ditambah beban lagi kpd rakyat terutama mereka yang hanya bergantung kepada mata pencarian sendiri seharian Bukannya yang makan gaji seperti Menteri menteri Duta duta Khas bergaj...
Segera Rombak Pimpinan Umno Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan

Segera Rombak Pimpinan Umno Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 433 hits
PUTRAJAYA Seluruh kepemimpinan UMNO perlu dirombak semula termasuk Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan mengadakan pemilihan parti pada tahun ini Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berkata in...
Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu