Semua Kuku Kaki Tangan Gugur Adik Faris Derita Kulit Rapuh Perlukan Bantuan Beli Kelengkapan Cuci Luka Susu Khas


Tidak seperti kanak-kanak lain, dia tidak boleh terdedah kepada cuaca panas, tidak boleh menggaru dan tidak boleh tergeser dengan apa jua barangan termasuk pakaian dan mainan, jika tidak kulitnya akan terluka, melepuh dan tertanggal.
Itu penderitaan yang terpaksa dilalui Muhammad Faris Amsyar Mohd Zurari, 6, yang menderita penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) atau kulit rapuh sejak dilahirkan.
Lebih menyedihkan, penyakit yang ditanggung kanak-kanak itu dipercayai belum ada penawar untuk menyembuhkan selain doktor turut mengesahkan ia akan berlarutan sepanjang hayatnya.
Ibu Muhammad Faris, Norazilawani Zi, 36, berkata pada awalnya anaknya itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana keadaannya yang songsang, namun sebaik sahaja dilahirkan, kaki kanan anaknya didapati tidak mempunyai kulit sehingga kelihatan urat-urat daripada lutut hingga ke kaki dan doktor mengesahkan ia disebabkan penyakit EB.

Katanya keadaan kulit anak sulung daripada dua beradik itu terlalu sensitif menyebabkan anaknya itu hanya mampu berkurung di dalam rumah hampir setiap masa bagi mengelakkan kulitnya terluka.
“Pada awalnya masalah itu hanya dapat dilihat di bahagian kaki anak saya sahaja namun semakin hari semakin teruk sehingga hampir keseluruhan badannya. Ia bukan hanya menjejaskan kulit luaran yang luka teruk dan gelembung air, malah kini bahagian dalamannya juga mudah terkoyak termasuk gusi yang menyukarkannya untuk makan.
“Malah matanya juga kini bermasalah, selain kesemua kuku kaki dan tangannya juga gugur ketika Muhammad Faris Amsyar berusia setahun lebih, dia juga dijangka akan menjalani pembedahan pada Feb tahun depan bagi membuang sebahagian giginya yang rosak dan rapuh untuk mengelakkan jangkitan kuman,” kata Norazilawani ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Teluk Kintang, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Norazilawani berkata bagi menumpukan perhatian sepenuhnya dan memberi penjagaan rapi kepada Muhammad Faris Amsyar, beliau nekad untuk berhenti kerja sebagai kerani di sebuah syarikat insurans sejak lima tahun lepas.

“Namun sejak setahun yang lepas, saya mula membuka gerai jualan makanan ringan berhampiran rumah untuk menampung keperluan Muhammad Faris Amsyar dengan pendapatan harian sekitar RM50 selain bergantung kepada pendapatan suami Mohd Zurari Rosli, 37, yang tidak menentu sebagai buruh kasar iaitu RM100 sehari.
“Kos yang perlu diperuntukkan untuk penjagaan Muhammad Faris Amsyar mencecah sehingga RM2,000 sebulan termasuk kelengkapan mencuci lukanya selain susu khas yang berharga RM118 bagi satu tin yang hanya mampu bertahan untuk dua minggu,” katanya yang turut menerima bantuan bulanan sebanyak RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 153104196259 milik Norazlinawani Zi atau menghubunginya di talian 0199443559.
Sumber: BERNAMA

The post Semua Kuku Kaki & Tangan Gugur, Adik Faris Derita Kulit Rapuh Perlukan Bantuan Beli Kelengkapan Cuci Luka & Susu Khas appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/semua-kuku-kaki-tangan-gugur-adik-faris-derita-kulit-rapuh-perlukan-bantuan-beli-kelengkapan-cuci-luka-susu-khas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Saya Perlu Kuat Kerana Tidak Mempunyai Pilihan Lain Luahan Ibu Faris Penderita Kulit Rapuh

Hati Saya Perlu Kuat Kerana Tidak Mempunyai Pilihan Lain Luahan Ibu Faris Penderita Kulit Rapuh

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 421 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul Ibu mana yang sanggup melihat keadaan si anak sebegini menaggung derita kesakitan Itulah yang dialami Muhammad Faris Amsyar Mohd Zurairi kanak kanak berusia 6 tahun yang disahkan menghidap penyak...
Kaki Tangan Bibir Kebiruan Hafidz Perlukan Rm90 000 Untuk Pembedahan Jantung

Kaki Tangan Bibir Kebiruan Hafidz Perlukan Rm90 000 Untuk Pembedahan Jantung

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 332 hits
Ada yang sudi bantu adik Hafidz Mana tahu sumbangan anda itu mampu memberi peluang lebih baik padanya untuk terus membesar seperti kanak kanak seusia pada masa depan Perjalanan adik Hafidz yang disahkan mengalami masalah jantung ini bermula...
Realme Hadir Dengan Realme 7 Pro Edisi Khas Dengan Kerangka Berasaskan Kulit Vegan Micrograin

Realme Hadir Dengan Realme 7 Pro Edisi Khas Dengan Kerangka Berasaskan Kulit Vegan Micrograin

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 343 hits
Realme Malaysia hari ini mengumumkan penawaran Realme 7 Pro edisi khas yang mana hadir dengan kerangka belakang berasaskan kulit Vegan Micrograin Melalui rekaan kerangka belakang edisi terhad ini ia menawarkan gabungan warna jingga bersama ...
Virtual Skin Analyzer Aplikasi Khas Untuk Semak Masalah Kulit Wajah

Virtual Skin Analyzer Aplikasi Khas Untuk Semak Masalah Kulit Wajah

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 1358 hits
VIRTUAL SKIN ANALYZER APLIKASI KHAS UNTUK SEMAK MASALAH KULIT WAJAH Assalamualaikum wbt It s a long way journey sebenarnya I rasa since I dalam Mary Kay Banyak challenge untuk I yang sakit ni Sebab I tak banyak masa untuk fokus plus I kena ...
Belanjawan 2021 Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Rm600 Pesara Rm300

Belanjawan 2021 Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Rm600 Pesara Rm300

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 521 hits
Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah pada awal 2021 Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan itu sebagai menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmat...
Sabah Perlukan Bantuan Sekarang Bukan Tahun Depan Bossku

Sabah Perlukan Bantuan Sekarang Bukan Tahun Depan Bossku

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 292 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak mengulangi gesaannya agar kerajaan menyegerakan pemberian dana tunai tambahan RM1 000 buat rakyat Sabah khususnya penerima Bantuan Prihatin Nasional Katanya negeri itu dijangka bakal menerima pembayaran cuk...
Komited Bertugas Bantuan Khas Penjawat Awam Rm600

Komited Bertugas Bantuan Khas Penjawat Awam Rm600

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 417 hits
Bantuan khas RM600 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah Foto ReutersKUALA LUMPUR 6 Nov Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM600 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Teng...
Belanjawan 2021 Rm600 Bantuan Khas Penjawat Awam

Belanjawan 2021 Rm600 Bantuan Khas Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 414 hits
Oleh Muhammad Yusri MuzamirNovember 6 2020 6 45pmOrang ramai menonton pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang disiarkan secara langsung dari Parlimen ketika tinjauan di Seng Heng Sh...
Dorong Daya Beli Pemerintah Percepat Proses Pencairan Bantuan Subsidi Gaji

Dorong Daya Beli Pemerintah Percepat Proses Pencairan Bantuan Subsidi Gaji

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 255 hits
Per Senin total penerima Program Bantuan Subsidi Gaji Upah sudah mencapai 12 16 juta penerima atau 98 persen dari total 12 4 juta data calon penerima Bantuan Subsidi Upah
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Infak Tempahan Seri Muka Durian Tupah Kedah