Semua Anak Lalui Fasa Nakal Ini Cara Mereka Nak Explore Jadi Bijak


Menangani anak-anak yang nakal merupakan satu tugas yang mencabar kepada ibu bapa. Kalau dilihat daripada perkembangan anak-anak, memang semua anak-anak akan melaluoi fasa ini.
Ya, semua anak akan mengalami fasa ‘nakal’ atau aktif sebenarnya. Kita yang sudah jadi mak ayah pun sama juga. Menurut Terapis Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi, fasa ‘nakal’ ini selalunya bermula semasa fasa autonomi (18 bulan – 3 tahun) dalam perkembangan emosi dan sosial.
Anak akan mula mengamuk apabila tidak mendapat apa yang dikehendaki, nak lari ke sana ke mari ke tempat yang dia mahu, ambil apa yang dia mahu dan sebagainya. Waktu inilah fasa kritikal membentuk tingkahlaku anak. Kalau mak ayah abaikan waktu ini, tingkahlaku negatif anak akan menjadi semakin berpanjangan.
Berikut dikongsikan tip penyelesaian masalah tingkahlaku anak yang biasa ada pada semua anak. Sesuai untuk anak berumur 18 bulan ke atas. Tip ini adalah perkongsian daripada Puan Maryam Jamadi
Kredit foto: Freepik MASALAH ANAK DAN PENYELESAIAN
1. Anak terlampau aktif di luar rumah
Ramai orang ingat semakin kita kurung anak, semakin anak dapat dikawal. Sebenarnya tidak, semakin kita kurung semakin anak susah dikawal. Konsepnya sama dengan semasa anak baru “dapat kaki”, asyik nak berjalan sahaja sampai dah tak fikir apa-apa. Tetapi pasti sampai satu masa, anak akan mula kurangkan aktiviti berjalannya berbanding masa mula-mula “dapat kaki”. Betul tak?
Agak-agak kalau kita sekat anak dari berjalan dengan ikat kakinya, dia akan berhenti berjalan? Masa diikat sahaja anak berhenti berjalan, bila buka ikatan lagi kuat anak nak berjalan. Sama juga bila kita kurung anak, bila dilepaskan makin susah dikawal.
Dunia ini terlampau kecil bagi anak sehinggakan benda kecil pun dapat buat anak bahagia. Bawa pergi “shopping mall”, tak beli apa-apa pun anak dah bahagia sehingga nak lari kesana kemari.
Percaya tak kalau saya kata, ada perbezaan tahap aktif pada anak jika kita bandingkan anak yang mak ayah bawa keluar setiap hari dan anak yang mak ayah bawa keluar sebulan sekali? Sangat-sangat berbeza. Sebab itu, setiap kawasan perumahan pasti ada taman permainan kerana taman permainan adalah keperluan WAJIB untuk perkembangan anak-anak kita.
Kalau perasan anak susah dikawal apabila pergi ke taman permainan, bawalah mereka ke sana selalu. Kalau anak susah dikawal apabila pergi pasaraya, bawalah mereka pergi untuk “window shopping”. Tetapi kalau perasan anak sangat susah dikawal semasa di luar rumah, saya sarankan cari tempat yang:
– Kurang padat supaya anak mudah dikawal dan tidak mengganggu orang lain.
– Selamat (tiada barang mudah pecah dan tajam).
– Ada kawasan lapang untuk anak berlari. Kalau anak lari laju, mak ayah pakailah kasut sukan supaya senang nak kejar.
– Keluar dengan pasangan atau kawan supaya ada orang lain, elakkan bersendirian.
– Pakaikan “baby harness”.
Kredit foto: Freepik 2. Anak pantang tengok sesuatu benda
(Pantang tengok gadget/TV tak termasuk dalam kategori ini ya.)
Contoh: Anak pantang nampak tangga. Semakin mak ayah halang anak naik tangga, selama-lamanya anak akan pantang nampak tangga. Jadi, caranya banyakkan lagi “main tangga” tetapi dengan pantauan dan selagi ia selamat sebab lambat laun anak perlu juga belajar naik dan turun tangga.
Anak saya sendiri, saya dah dedahkan dengan tangga sejak dia umur 6 bulan waktu sibuk nak merangkak tetapi dengan pantauan. Hasilnya umur 1 tahun lebih, anak dah tak “heran” dengan tangga. Tangga tetap ada pagar untuk keselamatan tetapi setiap kali naik dan turun beri anak cuba sendiri, mak ayah jaga di belakang/bawah anak macam penjaga gol.
Sama juga kes anak asyik nak berlari naik turun escalator. Semakin dihalang, semakin anak nak berlari ke sana. Kalau ada yang macam ini, luangkan masa untuk naik dan turun dengan anak berulang kali. Semakin awal kita dedahkan sehingga mereka jemu, semakin mereka kurang berlari ke arah tempat itu tetapi kena hati-hati dengan kaki tersepit di penghujung escalator. Cara saya, saya akan angkat anak sedikit sebelum sampai penghujung escalator.
3. Anak bising di kedai makan
Kadang-kadang ada situasi dimana kita tak boleh elak masa anak tengah ada mood nak buat bising atau mengamuk di kedai makan. Cara terbaik untuk mengawal anak dikedai makan adalah anak pun perlu sibuk makan sekali. Kalau tidak, mak ayah boleh cuba tips di bawah:
-Kenal pasti mood anak sebelum pilih kedai makan.
– Cari meja yang paling hujung dan kawasan kurang padat.
– Bawa mainan jika anak tidak makan bersama mak ayah.
– Elakkan duduk terlampau awal di kerusi bayi untuk elak anak cepat bosan.
– Bawa anak berjalan-jalan keliling kedai makan sebelum makanan sampai.
4. Anak terlampau aktif di rumah orang lain
Kalau mak ayah dah ada pengalaman anak asyik nak panjat meja, ataupun nak ambil barang perhiasan di rumah orang lain sehingga susah dikawal. Beritahu atau tanya dengan tuan rumah dahulu yang kita ada anak kecil yang tengah fasa meneroka supaya tuan rumah dapat bersedia dan simpan harta karun yang berharga sementara mak ayah beraya. Ataupun tanya dahulu, sesuai tak nak bawa anak kecil yang sedang aktif.
Jika anak dah mula memahami arahan, beritahu anak awal-awal “kawasan larangan”di rumah orang lain. Adab dirumah orang perlu sangat ditekankan pada anak dari awal. Sebelum mak ayah makan serentak, minta tolong saudara terdekat untuk tengokkan anak yang sibuk bermain.
Kredit foto: Freepik 5. Anak pecahkan cawan atau pinggan
Senang sahaja, kalau anak masih kerap jatuhkan pinggan atau cawan. Siap-siap bawa mangkuk dan cawan plastik dalam beg sebelum beraya. Air pula tuang sikit-sikit cukup 3 teguk supaya kurang risiko tumpah habis karpet rumah orang.
6. Anak main bersepah
Terapkan dan amalkan kemas mainan selepas main seawal anak umur 18 bulan. Sebelum itu mak ayahlah yang perlu tunjukkan sikap mengemas kerana anak belajar melalui pemerhatian. Lama-kelamaan anak pun akan terikut sama dan berminat nak belajar kemas mainan. Sampai satu masa, kita dah tak perlu membebel minta anak kemas mainan lepas main, cuma perlu puji sahaja.
7. Anak mudah cedera semasa bermain
Apa yang mak ayah boleh buat untuk kurangkan risiko kemalangan anak disamping dengan pemantauan, mak ayah boleh kenalkan unsur-unsur bahaya sebelum anak bermain, boleh kenalkan ciri-ciri:
– Tajam (Buju meja atau permukaan tajam)
– Bahaya (Lintas jalan)
-Tinggi (Meja atau kerusi tinggi)
– Panas (Air panas atau seterika)
– Pedas (Makanan pedas, cili dll)
– Sakit (Baling barang)
Kalau 6 ciri-ciri ini anak dah tahu, insyaAllah mak ayah tak perlu dah asyik nak kata “careful” berjuta kali semasa anak bermain.
Kesimpulannya, yang paling penting mak ayah WAJIB “kenal” anak sendiri. Kena tahu kelebihan dan kelemahan anak supaya mudah kita anak atasi tingkahlaku anak. Tip yang ini sebenarnya sangat mudah untuk dilakukan dan sebenarnya banyak yang mak ayah sudah lakukan tanpa sedar. Pendidikan anak bermula dari rumah, disiplin pun bermula dari rumah. Jangan marah anak letak kasut bersepah kalau kita pun letak kasut bersepah.
Mulakan sejak awal, jangan tunggu jadi buluh baru nak lentur. Masa itu anak pun dah “keras”. Jangan putus asa dalam mendidik anak. Kata-kata kita adalah doa pada anak. Sebab itu orang dulu-dulu bahasakan anak yang aktif ini sebagai “anak banyak akal”. Tak ada pula bahasakan “anak tarzan”, “anak nakal”, “anak degil”, “anak monyet” dan sebagainya.
Anak yang terlampau aktif di mana-mana tempat dan tidak kira situasi juga merupakan tanda-tanda ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder). Jika mak ayah mendapati anak ada masalah ini dan tidak tahu bagaimana untuk membantu anak, sila rujuk anak kepada profesional.
Sumber: Maryam Jamadi Pediatric Occupational Therapy, BEYOND Home Therapy
The post Semua Anak Lalui Fasa Nakal, Ini Cara Mereka Nak ‘Explore’ Jadi Bijak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/semua-anak-lalui-fasa-nakal-ini-cara-mereka-nak-explore-jadi-bijak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Kalau Nak Anak Bijak Biasakan Makan Ikan 2 Kali Seminggu

Ibu Kalau Nak Anak Bijak Biasakan Makan Ikan 2 Kali Seminggu

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 164 hits
Ayam goreng sering menjadi kegemaran dan kesukaan anak anak Walaupun anak suka makan ayam goreng jangan sesekali tinggalkan lauk ikan kerana ia sangat bagus untuk perkembangan otak anak anak Ibu Kalau Nak Anak Bijak Berbanding ikan anak ana...
Nenek Mengumpat Abah Depan Aku Semua Yang Arwah Abah Buat Serba Tak Kena Bagi Mereka Tiba Giliran Aku Pula Balas Dendam

Nenek Mengumpat Abah Depan Aku Semua Yang Arwah Abah Buat Serba Tak Kena Bagi Mereka Tiba Giliran Aku Pula Balas Dendam

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 125 hits
Lepas mak ayah aku meninggal nenek dan pakcik langsung tak ambil tahu hal aku sedangkan aku yatim piatu umur 10 tahun Sampailah aku umur 24 tahun mereka datang cari aku sebab aku dah bekerja Mereka kata aku kena berbakti sebab aku cucu sulu...
Spm 2022 Tahniah Buat Semua Anak Anak

Spm 2022 Tahniah Buat Semua Anak Anak

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 162 hits
SPM 2022 telah diadakan pada 20 Februari 2023 hingga 15 Mac 2023 yang lalu Anak anak yang ambil SPM 2022 ni juga dikenali sebagai batch 05 sebab majoriti daripada mereka lahir pada tahun 2005 Ini adalah pengalaman besar kami sebagai ibu bap...
Anak Ramona Zamzam Sedih Datuk Tak Nak Luangkan Masa Rupanya Emosi Terganggu Kerana Isu Palestin

Anak Ramona Zamzam Sedih Datuk Tak Nak Luangkan Masa Rupanya Emosi Terganggu Kerana Isu Palestin

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 161 hits
Rentetan siri penderitaan rakyat Palestin yang tercetus kini membuatkan ramai antara kita berasa marah sedih malah berasa sayu melihat penduduk Palestin terus menjadi mangsa kekejaman Israel Apatah lagi apabila melihat serangan letupan di h...
Hiburan Kata Nak Bawa Anak Fizi Ali Akhirnya Tunaikan Janji Bawa Anak Ke Waterpark Dengan Isteri Baru

Hiburan Kata Nak Bawa Anak Fizi Ali Akhirnya Tunaikan Janji Bawa Anak Ke Waterpark Dengan Isteri Baru

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 268 hits
Baru baru ini penyampai radio sensasi Fizi Ali akhirnya berkongsi hantaran di Instagram yang memperlihat anaknya yang sedang tidur berpengangan tangan dengan kakak tirinya Katanya dalam gambar tersebut mereka sekeluarga telah ke taman tema ...
Aku Pelik Suami Tidur Dekat Kaki Aku Takut Nak Tidur Sebelah Katanya Bila Anak Dah 5 Baru Aku Faham Kenapa

Aku Pelik Suami Tidur Dekat Kaki Aku Takut Nak Tidur Sebelah Katanya Bila Anak Dah 5 Baru Aku Faham Kenapa

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 171 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Terima kasih admin jika confession ini disiarkan Dah berapa hari otak ligat berfikir dan rasa berat sesuatu terbuku di dada Aku perlu luahkan dengan harapan dapat melegakan apa yang terpendam mohon ...
Popia Sira Sambal Manis Nak Pastikan Rangup Sedap Begini Cara Buatnya

Popia Sira Sambal Manis Nak Pastikan Rangup Sedap Begini Cara Buatnya

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 143 hits
Popia Sira Sambal Manis sesuai sangat untuk dijadikan menu minum petang ataupun sarapan untuk keluarga kita Bagi memastikan hidangan popia sira terhidang kekal rangup ada rahsia dan resipinya yang tersendiri Nak tahu ikut sahaja perkongsian...
Prabowo Kecewa Sikap Negara Barat Atas Palestina Anak Kecil Dibunuh Mereka Diam Seribu Bahasa

Prabowo Kecewa Sikap Negara Barat Atas Palestina Anak Kecil Dibunuh Mereka Diam Seribu Bahasa

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 199 hits
Prabowo Prabowo Subianto kecewa dengan sikap negara barat terhadap konflik yang tengah terjadi di Gaza Palestina
Asyik Nak Kena Lastik Je Kalau Tepat Takpe Lah Ini Cara Buat Cicak Confirm Tak Suka Rumah Anda

Asyik Nak Kena Lastik Je Kalau Tepat Takpe Lah Ini Cara Buat Cicak Confirm Tak Suka Rumah Anda

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 239 hits
Asyik nak kena lastik je kalau tepat takpe lah Ini cara buat cicak confirm tak suka rumah anda cicak cukup membuatkan ramai orang geli geleman dan fobia lebih lebih lagi bagi mereka yang ada pengalaman buruk dengannya Lebih membuatkan ramai...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco