Semua 968 Institusi Pendidikan Islam Ditutup Di Johor


SEMUA 968 INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DITUTUP DI JOHOR
JOHOR BAHRU 081120 – Kerajaan negeri mengarahkan semua 968 institusi pendidikan Islam kerajaan dan swasta ditutup bermula esok hingga ke hari akhir persekolahan pada 17 Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, semua institusi tersebut dikendalikan di bawah Jabatan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).
Jelas beliau, langkah tersebut sebagai usaha membantu kerajaan Persekutuan memutuskan rantaian penyebaran pandemik Covid-19.
“Penutupan itu melibatkan 571 Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKNJ); 197 Tadika Agama Johor (TAJ); 109 madrasah tahfiz swasta; 31 sekolah rendah agama swasta serta lapan sekolah rendah agama dan 20 sekolah menengah agama bantuan kerajaan.
“Ini termasuk 13 madrasah pondok swasta; lima sekolah rendah agama rakyat; empat madrasah Malabar Johor; sembilan sekolah menengah agama swasta; dua sekolah menengah agama negeri Johor; satu maahad tahfiz negeri Johor dan satu Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, sepanjang tempoh penutupan itu, proses pengajaran dan pembelajaran di rumah akan tetap diteruskan mengikut kesesuaian guru dan pelajar manakala pentadbir sekolah perlu memastikan arahan tersebut dilaksanakan.
Semua guru katanya, perlu berada di tempat bertugas masing-masing serta sentiasa mematuhi arahan Bahagian Pendidikan Islam JAIJ, Kementerian Pendidikan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.
Katanya, bagi pelajar di asrama, ibu bapa atau penjaga perlu mengambil pelajar untuk pulang ke rumah masing-masing.
Bagaimanapun katanya, pelajar boleh tinggal di asrama sementara menunggu ibu bapa atau penjaga sebelum pukul 5 petang pada Selasa ini.
Di sepanjang tempoh tersebut katanya, pelajar akan berada di bawah penjagaan warden asrama dan segala keperluan makan minum mereka akan disediakan pihak sekolah.
Jelasnya, bagi peperiksaan di bawah Bahagian Pendidikan Islam JAIJ seperti Peperiksaan Ujian Kelayakan Darjah Khas (UKDK), Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) dan Sijil Menengah Agama (SMA) ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan.
“Takwim penggal persekolahan dan cuti persekolahan bagi tahun 2021 akan diselaraskan semula oleh Bahagian Pendidikan Islam JAIJ.
“Kakitangan yang berkhidmat sama ada di bahagian itu, Pejabat Pendidikan Islam Daerah dan institusi-institusi pendidikan Islam yang berkaitan perlu merujuk surat yang dikeluarkan Pejabat Setiuasaha Kerajaan Negeri Johor pada tarikh 8 November 2020,” katanya. – JT
https://www.youtube.com/watch?v=uYcNEdjIinE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/11/semua-968-institusi-pendidikan-islam-ditutup-di-johor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ringgit Ditutup Rendah Hari Terakhir November

Ringgit Ditutup Rendah Hari Terakhir November

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR Ringgit mengakhiri hari terakhir dagangan November dengan ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat susut daripada peningkatan pagi ini berikutan sentimen itu dipengaruhi oleh peningkatan kes COVID 19 kata penganalisis P...
Terlihat Guguran Lava Pijar Jalur Pendakian Semeru Ditutup Total Para Pendaki Harap Bersabar

Terlihat Guguran Lava Pijar Jalur Pendakian Semeru Ditutup Total Para Pendaki Harap Bersabar

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 215 hits
Sebelumnya sempat dibuka secara terbatas pendakian terpaksa ditutup total per 30 November hari ini Yang ingin muncak harap bersabar
Siapa Selamatkan Sekolah Sekolah Vernakular Dari Ditutup

Siapa Selamatkan Sekolah Sekolah Vernakular Dari Ditutup

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 271 hits
Kerajaan boleh bertukar tapi agenda penggerak sistem pendidikan swasta Cina tetap samaSOALAN ini dan beberapa butiran di dalam status ini mungkin akan mengejutkan pembaca Ini bukan isu politik kepartian atau tokoh politik yang terlibat teta...
Pendakian Gunung Semeru Ditutup

Pendakian Gunung Semeru Ditutup

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 255 hits
Penutupan jalur pendakian gunung yang memiliki ketinggian 3 676 mdpl tersebut berdasarkan pengumuman Balai Besar Taman Nasional Bromo Tengger Semeru bernomor PG 10 T 8 BIDTEK BIDTEK 1 KSA 11 2020 yang ditandatangani oleh Plt Kepala Balai Be...
Puspakom Sandakan Ditutup Akibat Covid 19

Puspakom Sandakan Ditutup Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 297 hits
PUSPAKOM nbsp Sdn Bhd Cawangan Sandakan akan ditutup bermula Isnin ini sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak berikutan seorang kakitangannya disahkan positif Covid 19 Puspakom dalam satu kenyataan memaklumkan kakitangan
Tan Sri Dr Noor Hisham Jawab Dakwaan Takut Mati Kita Sebagai Islam Kita Terima Di Mana Mana Pun Kematian Boleh Berlaku

Tan Sri Dr Noor Hisham Jawab Dakwaan Takut Mati Kita Sebagai Islam Kita Terima Di Mana Mana Pun Kematian Boleh Berlaku

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 321 hits
1 158 total views 1 158 views today Tidak timbul isu takut mati itu kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah selepas dia dikecam seorang ahli parlimen kerajaan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini Menjawab soalan wartawan da...
Perbuatan Ahli Parlimen Bintulu Mesti Dikutuk Mana Suara Melayu Islam Membela Kp Kesihatan

Perbuatan Ahli Parlimen Bintulu Mesti Dikutuk Mana Suara Melayu Islam Membela Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 385 hits
Perbuatan Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing menghina Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di tengah tengah usaha dan kerja keras beliau menangani wabak Covid19 dengan gambaran takut mati dan hanya mahu publisiti adalah tinda...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam