Sempoi Bapak Dia Netizen Puji Lelaki Ni Sanggup Travel Kl Taiping Gara Gara Bawak Anak Pergi Dating
Korang pernah tak alami pengalaman zaman remaja dulu apabila terpaksa pergi dating secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ibu bapa sebab takut kena marah?
Haa rasa-rasanya ramai kan yang pernah alami perkara macam ni. Tapi lain pula kalau korang dapat ayah yang sporting macam lelaki ni yang berkongsi kisah menemani anaknya dating bersama kekasih.
“Anak nak jumpa buah hati pon kita hantor”
Menerusi perkongsian @remydamak di TikTok, dia telah merakam momen ketika menghantar anaknya untuk bertemu dengan kekasih yang dikenali di media sosial buat pertama kalinya.
Menurutnya, dia bersama-sama empat orang lagi anaknya sanggup travel dari Kuala Lumpur ke Taiping demi nak bertemu gadis tersebut.
Anak nak jumpa buah hati pon kita hantor. First date katanya… KL to Taiping ON. Pedehal.
“Perkenalan melalui medsos masa PKP. Asal la dekat sangat ko cari kawan. Nak oii…” tulisnya.
Sebaik tiba di Taiping, mereka sekeluarga kemudian menuju ke mall di mana anaknya akan bertemu dengan kekasih hati di sana. Yang buat admin tersenyum sendiri tu apabila si ayah selamba saja siap memuji kekasih anaknya lawa dan siap ambil gambar mereka bersama lagi. Amboi!
Video:
@remydamakCinta Antara Benua#tiktokmalaysia #viral #fypシ #lovestory
♬ Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
Lelaki ini kemudian membawa anak-anaknya yang lain untuk makan di Chicken Rice Shop, sementara ‘pasangan kekasih’ tadi pula diberi ‘peluang’ untuk saling mengenali satu sama lain dan menjamu selera di Starbucks.
“The best dad… lepas tapi pantau”
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang menyukai cara ‘parenting’ lelaki ini yang tidak terlalu tegas namun pada masa yang sama memantau aktiviti anaknya di depan mata.
Komen Netizen:
Malah dia juga dianggap tidak kolot dan sudah pastinya anak-anak selesa berkomunikasi dengannya tentang apa saja perkara.
Bestnya bapa dia kan… Kalau bapa admin ni, haa mau kena marah 3 hari 3 malam kalau dia tahu anak dia nak berdating.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : Lobak Merah
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2021/10/sempoi-bapak-dia-netizen-puji-lelaki-ni.html