Semoga Tiada Lagi Prk Hingga Penggal Berakhir


Zin Mahmud

Kemenangan besar calon DAP di Parlimen Sandakan mengakhiri siri pilihan raya kecil (PRK) yang berlaku sepanjang setahun Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan persekutuan dan 7 negeri.

Walaupun pengundian berlaku 3 hari selepas sambutan ulang tahun pertama penubuhan kerajaan PH, penamaan calon berlangsung sebelum tarikh itu, menjadikannya penutup bagi siri PRK yang berlangsung itu.

Kejayaan calon DAP itu merupakan satu kelegaan bagi penyokong PH dengan harapan tidak akan ada ada lagi PRK sepanjang penggal ini. Sedikit sebanyak sesuatu PRK menjadi satu gangguan kepada parti politik terutama yang menjadi kerajaaan dengan ada pemipinnya juga memegang jawatan awam.

Cuba bayangkan kerja seharian seorang ahli politik yang berjawatan kerajaan. Tugas utamanya adalah pada jawatan yang diamanahkan, sama ada besar atau kecil. Pada waktu sama, ia perlu berkhidmat sebagai wakil rakyat, sama ada ahli Dewan Rakyat atau Adun. Ini bermakna beliau bukan saja menjadi penggubal undang-undang di dewan itu tetapi juga berkhidmat dengan menyelesaikan masalah penduduk kawasan mereka.

Ditambah pula, mereka juga menjadi ahli parti politik yang menyertai pakatan. Maka sama ada mempunyai jawatan parti atau tidak, mereka perlu turut serta dalam kegiatan berhubung dengan parti masing-masing termasuk aktiviti yang melibatkan pakatannya.

Dalam keadaan ini, dapat dibayangkan berapa banyak komitmen atau sibuknya seseorang ahli politik.  Khususnya ahli politik yang jujur dan mahu melaksanakan semua amanah yang dipikulnya.
Maka keadaan mereka menjadi bertambah sibuk dengan adanya PRK. Pastinya sedikit sebanyak kerja awam mereka akan terjejas.

Tetapi ada pula yang beranggapan seseorang ahli politik sememangnya suka akan kesibukan ini. Maka, adanya peristiwa seperti PRK memberikan keseronokan pada mereka dan bukan sebaliknya.

PRK dalam sistem politik demokrasi yang diamalkan Malaysia tidak boleh dielakkan. Sudah tentu kematian wakil rakyat tidak boleh dielakkan. Tetapi ia boleh diubah jika dikehendakinya.

Maksudnya, buat peraturan jika berlaku kematian wakil rakyat, PRK tidak perlu diadakan. Ia digantikan dengan parti yang memenangi kawasan itu melantik seseorang sebagai penggantinya.

Sekarang ini pun sudah ada peraturan menetapkan PRK tidak perlu diadakan apabila waktu amat dekat dengan berakhirnya sesuatu penggal.

Buat masa ini, PRK perlu diadakan kerana pengundi bukan hanya memilih parti tetapi juga individu yang bertanding. Maka itulah yang berlaku dari 9 Mei 2018 hingga 11 Mei 2019: Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, Port Dickson, Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Sandakan.

Banyak pihak yang menyebut PRK itu menjadi medan ujian dan peluang bagi parti politik untuk mengukur populariti mereka. Tetapi sebagai gabungan parti yang baru pertama kali memegang kerajaan, pastinya PRK itu mengganggu dan ujian sebegini pula adalah suatu yang tidak perlu.
Namun, keputusan PRK serta isu yang dibangkitkan dalam kempen sedikit sebanyak mempengaruhi juga perjalanan kerajaan dan politik gabungan parti pemerintah.

Bagi parti pembangkang, 8 PRK itu memberi peluang untuk menguji pendekatan paling sesuai supaya mereka akhirnya dapat merampas kembali kerajaan pada PRU15 nanti. Melihat keseluruhan semua PRK, pihak pembangkang berjaya mencapai kejayaan dengan memenangi 3 iaitu Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau yang memberi semangat politik kepada mereka.

Kejayaan paling besar ialah di Semenyih kerana dikesan ada pengundi PH pada PRU14 kembali pada Barisan Nasional (BN). Sementara kedudukan politik pembangkang adalah lebih jelas dengan dapat ditetapkan dengan BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC berpakat dengan PAS. Mereka pula disokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Bagi PH, keputusan PRK Sandakan adalah suatu kemenangan manis memandangkan mereka kalah di Cameron Hinghlands, Semenyih dan Rantau. Bagi DAP yang kalah di Cameron Highlands dan menang di Balakong, kejayaan di Sandakan adalah melegakan. Lebih-lebih lagi rekod pilihan raya di Sandakan tidaklah sentiasa menyebelahi pada DAP. Ia juga memantapkan kerjasama DAP dengan parti Sabah yang bersekutu dengan PH iaitu Warisan dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko).

Sokongan PPBM, PKR dan Amanah sebagai parti berpusat di Semenanjung pada DAP adalah jelas. Lawan calon PH iaitu PBS disokong oleh Umno dan PAS. Malah bekas perdana menteri Najib Razak yang juga bekas pengerusi BN dan bekas presiden Umno turut pergi ke Sandakan walaupun PBS tidak mewakili BN dan bertanding sebagai parti bersendirian. PBS keluar dari BN selepas PH memenangi PRU14. Ia menyertai Gabungan Bersatu yang turut disertai Part Solidariti Tanairku (STAR) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Keputusan PRK Sandakan pula menunjukkan ada pusat daerah mengundi (PDM) Bumiputera Islam yang memihak pada calon DAP. Kemungkinannya mereka adalah penyokong Warisan ataupun PH secara keseluruhan. Lagipun tidak seperti PRK sebelum ini iaitu di Balakong dan Cameron Highlands yang mana DAP menggunakan lambang PH, di Sandakan, logo Roket digunakan.

Tetapi dalam pada itu pula, penyertaan calon bebas berlambangkan pokok adalah memalukan Amanah. Ini kerana Hamzah Abdullah adalah bekas pengerusi Amanah Sabah. Walaupun undi yang diterima tidak banyak iaitu sekitar 788 undi tetapi penyertaan beliau adalah suatu yang tidak perlu. Amanah dengan jelas menolak Hamzah dan menegaskan parti itu menyokong calon DAP.

Hamzah mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Amanah dari sejak mereka bersama dalam PAS pada 1980-an. Dalam pilihan raya dekad 1980-an lagi Hamzah sering menjadi calon PAS di Sabah walaupun beliau tidak pernah menang. Malah ketika itu, kepimpinan PAS pusat sendiri tidak menggalakkan penyertaan dalam pilihan raya di situ.

Apabila hubungan PAS dengan DAP musnah dan sebahagian pemimpinnya keluar untuk menubuhkan Amanah dan mewujudkan PH untuk menggantikan Pakatan Rakyat, Hamzah memihak pada Amanah dan menubuhkan cawangan parti itu di Sabah.

Namun apabila berlangsung PRU14 dan PH menjalinkan kerjasama dengan Warisan supaya tidak berlaku pertandingan 3 penjuru, Hamzah mengecewakan banyak penyokong Amanah Semenanjung.
Ini apabila Amanah Sabah meletakkan juga calon menentang Warisan.

Dalam PRK Rantau juga, ada calon bebas yang asalnya ahli Amanah. Parti itu terpaksa menegaskan semula sokongan mereka terhadap calon PH dari PKR dan menyatakan calon bebas itu dirujukkan untuk tindakan tata tertib. Tindakan beliau juga menimbulkan kekecewaan penyokong Amanah.

Melihat 8 PRK yang berlaku itu, banyak peminat politik yang menyebut mengenai 5-3, maknanya PH menang 5 dan kalah 3. PKR menang 3 dan kalah 1. Bersatu kalah 1. DAP menang 2 dan kalah 1. Maka dikatakan Amanah saja yang belum diuji dalam PRK pasca PRU14.

Melihat 8 PRK yang berlaku itu, banyak peminat politik yang menyebut mengenai 5-3, maknanya PH menang 5 dan kalah 3. PKR menang 3 dan kalah 1. Bersatu kalah 1. DAP menang 2 dan kalah 1. Maka dikatakan Amanah saja yang belum diuji dalam PRK pasca PRU14.

Dalam siri PRK itu, 5 adalah disebabkan kematian. Dua kerana keputusan mahkamah. Satu kerana peletakan jawatan atas pertimbangan politik. Semoga tidak akan berlaku lagi PRK tetapi kematian adalah suatu yang tidak dapat dijangkakan.

Tetapi di antara PRK yang diadakan itu, proses yang membawa Anwar Ibraham ke Parlimen melalui Port Dickson adalah yang paling penting bagi PH. Ini kerana proses peralihan jawatan perdana menteri perlu berjalan dengan licin supaya kerajaan PH tidak terjejas hinggalah je penghujung penggal.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/semoga-tiada-lagi-prk-hingga-penggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangkap Wanita Perekam Video Ancam Penggal Jokowi Polisi Sita Ktp Hingga Kerudung

Tangkap Wanita Perekam Video Ancam Penggal Jokowi Polisi Sita Ktp Hingga Kerudung

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 354 hits
IY mengakui perempuan dalam video yang viral itu adalah dirinya Dia pun mengakui yang menyebarkan video tersebut ke grup percakapan WhatApps
Berat Naik Sikit Sikit Ibu Kongsi Makanan Ini Selalu Diberi Hingga Anak Dapat Berat Normal

Berat Naik Sikit Sikit Ibu Kongsi Makanan Ini Selalu Diberi Hingga Anak Dapat Berat Normal

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 493 hits
Pernah tak orang asyik tegur baby awak kecil sangat la ringan sangat la Mesti sedih dan stres bila ada orang tegur anak kecil ringan Tapi jangan pernah mengalah Dan jangan terburu buru bagi anak makan apa saja semata mata nak bagi bambam Pe...
Hingga Februari 2019 Tingkat Pengangguran Terbuka Turun 50 000 Orang

Hingga Februari 2019 Tingkat Pengangguran Terbuka Turun 50 000 Orang

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 201 hits
Badan Pusat Statistik mencatatkan jumlah pengangguran terbuka di Indonesia hingga Februari 2019 sebanyak 6 82 juta orang Angka ini menurun 50 000 orang dari posisi Februari 2018 lalu yang sebanyak 6 87 juta orang
Wiranto Sebut Dari Romli Atmasasmita Hingga Muladi Masuk Tim Hukum Nasional

Wiranto Sebut Dari Romli Atmasasmita Hingga Muladi Masuk Tim Hukum Nasional

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 257 hits
Wiranto Sebut dari Romli Atmasasmita hingga Muladi Masuk Tim Hukum Nasional Wiranto mengatakan ada nama Romli Atmasasmita kemudian mantan Menteri Kehakiman Muladi Bahkan dia berharap Mahfud MD juga masuk
Bpjt Sistem Satu Arah Dari Jakarta Sampai Semarang Dari 31 Mei Hingga 1 Juni

Bpjt Sistem Satu Arah Dari Jakarta Sampai Semarang Dari 31 Mei Hingga 1 Juni

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 226 hits
Kepala Sub Bidang Operasional dan Pemeliharaan II Badan Pengatur Jalan Tol Joko santoso mengatakan kebijakan ini diterapkan sebagai pengganti dari sistem ganjil genap Sebab penerapan ganjil genap sendiri banyak ditemukan kendala
Kisah Pujon Kidul Yang Sukses Kelola Dana Desa Hingga Drastis Tingkatkan Pades

Kisah Pujon Kidul Yang Sukses Kelola Dana Desa Hingga Drastis Tingkatkan Pades

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 206 hits
Kepala Desa Pujon Kidul Udi Hartoko mengatakan BUMDes yang ia kelola tersebut telah berhasil meningkatkan Pendapatan Asli Desa hingga lebih dari Rp1 3 Miliar pada tahun 2018
Ditinjau Anies Pedagang Jamin Pasokan Beras Aman Hingga Lebaran

Ditinjau Anies Pedagang Jamin Pasokan Beras Aman Hingga Lebaran

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 193 hits
Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan meninjau Pasar Induk Cipinang Senin Di sana ia mengecek harga beras pada bulan Ramadan Anies didampingi oleh Sekretaris Daerah Saefullah jajaran direksi PT Food Station Tjipinang Jaya serta para pedagang ...
Hingga Kini Setnov Belum Balik Ke Lapas Sukamiskin

Hingga Kini Setnov Belum Balik Ke Lapas Sukamiskin

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 143 hits
Kepala Divisi Permasyarakatan Kementerian Hukum dan HAM Jawa Barat Abdul Aris belum menerima laporan terkait kepulangan Setya Novanto ke Lapas dari perawatannya di RSPAD Jalan Gatot Subroto Jakarta pekan lalu
Ayah Tega Aniaya Anak Kandung Berusia 3 Bulan Hingga Tewas Karena Narkoba

Ayah Tega Aniaya Anak Kandung Berusia 3 Bulan Hingga Tewas Karena Narkoba

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 244 hits
Ayah Tega Aniaya Anak Kandung Berusia 3 Bulan hingga tewas Karena Narkoba polisi masih fokus melakukan pendalaman terkait pembunuhan itu Nantinya polisi akan mendalami terkait asal barang haram tersebut
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia