Semoga Mereka Bersatu Di Syurga Saleh Al Jafarawi Dan Anas Al Sharif Dua Wartawan Gaza Yang Gugur Di Jalan Kebenaran


GAZA CITY – Dunia kewartawanan sekali lagi berduka apabila wartawan Palestin, Saleh Aljafarawi, dilaporkan terbunuh semasa pertempuran di Bandar Gaza, semalam, hanya beberapa hari selepas Israel dan Hamas mencapai persetujuan gencatan senjata, lapor Al Jazeera.
Wartawan Gaza Gugur Ketika Membuat Liputan
Menurut sumber Palestin kepada Al Jazeera Arabic, wartawan berusia 28 tahun yang dikenali ramai melalui liputan video perang di Gaza itu ditembak mati ketika membuat liputan di kawasan Sabra. Beliau dilaporkan hilang sejak pagi Ahad.
Agensi Sanad Al Jazeera turut mengesahkan rakaman yang menunjukkan jasad Saleh, masih memakai jaket kalis peluru bertanda “PRESS”, ditemui di atas sebuah kenderaan dipercayai belakang trak.
Walaupun gencatan senjata baharu telah dikuatkuasakan, pihak berkuasa tempatan memberi amaran keadaan keselamatan di Gaza masih tidak menentu.
Video Terakhir Bersama Sahabat
Turut tular di media sosial, video terakhir Saleh yang dirakam oleh sahabatnya, Mohammed Al-Qumsan (@shuoli), sebelum beliau diculik dan dibunuh oleh kumpulan militan dipercayai ditaja Israel. Dalam video itu, Saleh dilihat menyarungkan vest wartawan milik Allahyarham Anas Al-Sharif, wartawan terkenal Al Jazeera yang terbunuh Ogos lalu, kepada seorang kanak-kanak Gaza, sambil berkata:
“Saya sedang membimbing generasi baru.”
“Kamu tidak perlu tunggu terlalu lama untuk melihat pelapis kami.”
Ucapan itu kini menjadi simbol perjuangan wartawan Gaza yang berkorban nyawa demi menyampaikan kebenaran kepada dunia.
Luahan Sebak dan Doa Netizen
Netizen di seluruh dunia turut meluahkan rasa sedih dan simpati atas pemergian dua wartawan berani ini. Ramai yang menggambarkan situasi itu sebagai amat memilukan, menyifatkan kedua-duanya sebagai “dua jiwa baik yang kini sudah tiada bersama kita”.
Ada juga yang menitipkan doa agar Saleh dan Anas dipertemukan semula di syurga, sambil menyatakan, “Bayangkan pertemuan mereka di Jannah nanti. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat tertinggi di sisi-Nya.”
Seorang lagi pengguna media sosial menulis bahawa mereka sepatutnya masih hidup untuk menikmati keamanan yang diperjuangkan, namun dunia terus menyaksikan kezaliman tanpa tindakan. “Kami semua menangis… hati kami hancur. Ya Allah, lindungilah rakyat Gaza,” tulisnya.
Ada juga yang mempersoalkan sikap media antarabangsa yang terus berdiam diri, menyifatkannya sebagai tanda dunia semakin bisu terhadap penderitaan wartawan dan rakyat Palestin.
Wasiat Terakhir Anas Al-Sharif
Sebelum ini, pada Ogos 2025, wartawan Al Jazeera, Allahyarham Anas Al-Sharif, turut terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah media berhampiran Hospital al-Shifa.
Dalam satu hantaran terakhir sebelum kematiannya, Anas menulis di akaun Instagram:
“Ini adalah wasiat terakhir saya. Jika kata-kata ini sampai kepada anda, ketahuilah bahawa Israel telah berjaya membunuh saya dan membisukan suara saya. Jangan lupakan Gaza… dan jangan lupakan saya dalam doa kalian.”
Dua Syuhada, Satu Perjuangan
Kedua-dua wartawan ini dikenang sebagai simbol keberanian dan ketabahan, yang terus berdiri di barisan hadapan walau diancam bahaya.
Ramai netizen menzahirkan harapan agar Saleh Al-Jafarawi dan Anas Al-Sharif kini bersatu di syurga, sebagai syuhada yang mengorbankan nyawa demi kebenaran dan kemanusiaan.
Berehatlah dengan tenang wahai para syuhada, terima kasih atas keberanianmu dalam menyampaikan suara kebenaran dari bumi Gaza. – The Malaysian Update
The post Semoga Mereka Bersatu di Syurga: Saleh Al-Jafarawi dan Anas Al-Sharif, Dua Wartawan Gaza yang Gugur di Jalan Kebenaran appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/10/13/semoga-mereka-bersatu-di-syurga-saleh-al-jafarawi-dan-anas-al-sharif-dua-wartawan-gaza-yang-gugur-di-jalan-kebenaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semoga Syahid Wartawan Ikonik Palestin Saleh Al Jafarawi Mati Ditembak

Semoga Syahid Wartawan Ikonik Palestin Saleh Al Jafarawi Mati Ditembak

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 112 hits
KOSMOSaleh ditembak mati oleh militia bersenjata di kejiranan Sabra di Bandar Gaza InstagramBANDAR GAZA Aktivis dan wartawan Palestin Saleh al Jafarawi yang terkenal kerana mendokumentasikan perang genosid di Gaza terbunuh ketika membuat li...
Hiburan Wartawan P Lestin Saleh Aljafarawi Mau T Ditembak Tujuh Kali Oleh Rakyat Gaza Pembelot Zi Nis

Hiburan Wartawan P Lestin Saleh Aljafarawi Mau T Ditembak Tujuh Kali Oleh Rakyat Gaza Pembelot Zi Nis

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 171 hits
Wartawan Palestin terkenal Saleh Aljafarawi 28 dilaporkan terbunuh selepas ditembak oleh individu bersenjata di Bandaraya Gaza menjadikan jumlah kematian pengamal media di wilayah itu melebihi 270 orang sejak Oktober 2023 Rakaman yang disia...
Kisah Wartawan Gaza Yang Pergi Dalam Liputan Terakhirnya Saleh Aljafarawi

Kisah Wartawan Gaza Yang Pergi Dalam Liputan Terakhirnya Saleh Aljafarawi

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 201 hits
Kisah Wartawan Gaza Yang Pergi Dalam Liputan Terakhirnya Saleh Aljafarawi Setiap suara yang berani menulis tentang kebenaran tahu bahawa pena mereka mungkin jadi sasaran Tapi tetap mereka menulis kerana diam juga satu bentuk luka Pada 12 Ok...
Kapal Bawa 100 Aktivis Termasuk Wartawan Antarabangsa Berlepas Ke Gaza Dari Itali

Kapal Bawa 100 Aktivis Termasuk Wartawan Antarabangsa Berlepas Ke Gaza Dari Itali

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 163 hits
SITI NUR ZAWANIMisi memecahkan kepungan haram Israel di Gaza diteruskan nbsp lagi dengan Kapal Conscience dari Porto Otranto Itali berlepas semalam Misi pelayaran dianjurkan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza ini memfo...
Hiburan Rasa Insaf Tengok Perjuangan Mereka Elly Mazlein Akui Keputusan Bertudung Terinspirasi Dari Misi Flotilla Gaza

Hiburan Rasa Insaf Tengok Perjuangan Mereka Elly Mazlein Akui Keputusan Bertudung Terinspirasi Dari Misi Flotilla Gaza

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 245 hits
Penyanyi dan pengacara popular mengakui keputusannya untuk berhijab dibuat dengan penuh keikhlasan selepas hatinya tersentuh melihat keberanian para sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza Elly atau nama se...
Mereka Boleh Musnahkan Kota Tapi Bukan Kebenaran

Mereka Boleh Musnahkan Kota Tapi Bukan Kebenaran

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 165 hits
Jom kita renungkan lukisan di atas Dalam satu lukisan yang hening tapi sarat dengan makna tersirat seorang kanak kanak kecil duduk di atas buah watermelon simbol yang sering dikaitkan dengan P Di hadapannya terbentang pemandangan kota yang ...
Dua Dekad Terpisah Tahanan Palestin Akhirnya Bersatu Dengan Anak Perempuan Selepas Dibebaskan

Dua Dekad Terpisah Tahanan Palestin Akhirnya Bersatu Dengan Anak Perempuan Selepas Dibebaskan

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 217 hits
GAZA Menerusi perkongsian oleh wartawan dan koresponden Al Jazeera Obada Tahayna detik penuh emosi dirakam apabila Ali Al Sayes seorang rakyat Palestin yang dibebaskan selepas lebih 20 tahun dipenjarakan oleh Israel kembali bertemu dengan a...
9 More Malaysian Activists On Gaza Mission Return Home

9 More Malaysian Activists On Gaza Mission Return Home

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 143 hits
The group was among 150 activists from 25 countries aboard nine vessels that were intercepted by Israeli forces on Oct 8 The activists were received by Dr Wan Azizah Wan Ismail the wife of Prime Minister Anwar Ibrahim education minister Fad...
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff

Hawkers Small Traders Key To Economic Growth Says Anwar

Anwar Cancels Pahang Trip Due To Back Pain Doctors Recommend Rest

Johor Bahru Residents Bathe In Rain And Mosques As River Pollution Cuts Water To Nearly 2 Million

Klang Valley Johor And Pahang Under Thunderstorm Warning Metmalaysia Urges Caution Amid Flash Flood Risks

Pendekar Awang Bukak Langkah Resepsi Fattah Amin Amira Othman Meriah Bersama Peminat

Easy Beef Keema Shami Kabab Recipe In Urdu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sembuh Dengan Sedekah Bukti Ajaib Pengobatan Yang Diajarkan Rasulullah

Spend Time Main Pickleball Kat D Pickle Zone Johor Bahru

Meter Kereta Guna Skrin Petak Adalah Meter Pondan

Motherboard Baru Maxsun B580 Bkb Terminator Yang Pelik Dan Unik

Pdfgear Penyunting Pdf Percuma Yang Wajib Dicuba Di Windows

Filem Rangga Cinta Hidupkan Semula Magis Ada Apa Dengan Cinta