Semikonduktor Perbankan Islam Antara Tumpuan Kerjasama Malaysia Bahrain


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya, Sheikh Salman Hamad Al Khalifa sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Bahrain pada 19 Februari 2025. Foto PMO
MANAMA, 19 Feb – Beberapa  bidang baharu termasuk semikonduktor dan perbankan Islam antara tumpuan baharu diteroka antara Malaysia dan Bahrain.
Kerjasama itu antara dibincangkan dalam pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya yang juga Putera Mahkota, Sheikh Salman Hamad Al Khalifa sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Bahrain.
Perdana Menteri memaklumkan, kerjasama baharu itu turut merangkumi pelaburan dan perdagangan, kewangan serta kesalinghubungan meliputi sektor pelancongan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa, Manama pada 19 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Menghadap Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Bahrain, Sheikh Salman Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya, Manama.
“Dalam pertemuan ini, kami dapat menilai tahap kemajuan hubungan dua hala antara Malaysia dan Bahrain selain berpeluang meneroka bentuk kerjasama baharu,” katanya menerusi kenyataan berhubung pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu, hari ini.
Dalam pertemuan itu, Anwar berkata, kedua-dua pemimpin menyentuh isu serantau terutama membabitkan situasi di Asia Barat khususnya Palestin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa, Manama pada 19 Februari 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimJelasnya, isu Palestin memerlukan kerjasama serta tekad yang menyeluruh untuk memastikan saudara Islam di sana dalam keadaan baik, selain mendapat pembelaan sewajarnya.
“Ruangan sama turut saya gunakan untuk mengundang Putera Salman ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+China.
“Semoga hubungan Malaysia dan Bahrain terus diperkukuh sekali gus dapat menarik lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa, Manama pada 19 Februari 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimAnwar kini dalam lawatan rasmi ke Bahrain di atas jemputan Putera Mahkota, Sheikh Salman Hamad Al Khalifa.
Dalam lawatan rasmi itu, Perdana Menteri dijadual menghadap Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al Khalifa esok.
Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Bahrain pada jam 12.45 tengah malam tadi (5.45 pagi waktu Malaysia).
Perdana Menteri diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan serta pegawai kanan kerajaan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/semikonduktor-perbankan-islam-antara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kunjungan Hormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia Polis Kl 18 02 2025

Kunjungan Hormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia Polis Kl 18 02 2025

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 225 hits
18 Februari 2025 YDH CP Dato Rusdi bin Mohd Isa Ketua Polis Kuala Lumpur telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia YBhg Dato Nadzim Johan Toqqi di Bilik Kunjungan Hormat Tingkat 12 Menara A Ibu Pej...
Perpaduan Dan Kerjasama Negara Negara Islam Mesti Diperkukuh Imam Besar Al Azhar

Perpaduan Dan Kerjasama Negara Negara Islam Mesti Diperkukuh Imam Besar Al Azhar

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 113 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Imam Besar Al Azhar Al Sharif Dr Ahmed Al Tayyeb disertai tokoh ilmuwan pihak berkuasa agama dan pemimpin agama antara yang hadir pada Intra Islamic Dialogue Conference di Manama Ba...
Hadiah Kereta Ev Togg Cerminan Komitmen Malaysia Turkiye Teroka Kerjasama Pm Anwa

Hadiah Kereta Ev Togg Cerminan Komitmen Malaysia Turkiye Teroka Kerjasama Pm Anwa

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 121 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memandu kenderaan elektrik berjenama TOGG yang turut dinaiki bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdo an menuju ke Seri Perdana selepas menerima kenderaan tersebut sebagai hadiah tanda persahabatan...
Di Malaysia Guna Nama Islam Kalah Saman Fitnah Paling Banyak

Di Malaysia Guna Nama Islam Kalah Saman Fitnah Paling Banyak

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 143 hits
Tarmizi Mat Jam Apa kata Erdogan Agak2 apa pula kata Hj Hadi dan segala suku sakat walaun Amacam
Kenapa Rayer Obses Campuri Hal Ehwal Umat Islam Ppim Malaysia Gazette 19 02 2025

Kenapa Rayer Obses Campuri Hal Ehwal Umat Islam Ppim Malaysia Gazette 19 02 2025

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyelar tindakan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer kerana tidak henti henti mencampuri urusan berkaitan umat Islam di negara ini Ketua aktivisnya Nadzim Johan mendakwa Rayer dan beberapa pemimp...
Hasil Kerjasama Tng Dengan Unhcr Makin Bermaharajalela Pendatang Haram Di Malaysia

Hasil Kerjasama Tng Dengan Unhcr Makin Bermaharajalela Pendatang Haram Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 321 hits
TNG eWallet kini boleh digunakan pelarian pencari suaka di MalaysiaNur Amira Mohd Hedzerbhbiz nstp com myNi bersama Aubin pada majlis pelancaran TNG Digital UNHCR 2025 di Kuala Lumpur hari ini NSTP HAIRUL ANUAR RAHIMKUALA LUMPUR TNG Digital...
Kumpulan Antara Agama Gesa Tindakan Ke Atas 2 Lelaki Didakwa Sebar Agama Kepada Umat Islam

Kumpulan Antara Agama Gesa Tindakan Ke Atas 2 Lelaki Didakwa Sebar Agama Kepada Umat Islam

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 177 hits
Nicholas ChungMCCBCHST berkata dua warga asing itu patut diusir dan dilarang memasuki Malaysia jika benar mereka menyebarkan agama di rumah pangsa KL Satu video tular menunjukkan penduduk mengarahkan dua lelaki yang didakwa pergi dari rumah...
Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 317 hits
Oleh Dr Siti Munirah Mohd Amirul Asyraf Mohamad Zhahir Education Advance Sustainability Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia Pelajar Ph D Fakulti Sains Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia Pada 16 Januari 2025 pasukan pe...
Umat Islam Malaysia Buat Jenama Marshmallow Patuh Syariah Lepas Nampak Kurangnya Pilihan Halal Terus Meletup

Umat Islam Malaysia Buat Jenama Marshmallow Patuh Syariah Lepas Nampak Kurangnya Pilihan Halal Terus Meletup

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 213 hits
Di Malaysia kebanyakan marshmallow di pasaran adalah import dari luar negara dan status Halal mereka belum terbukti Namun seorang lelaki tempatan Nur Ikhmal Danial Zakaria sedang membina empayar dalam dunia marshmallow yang lembut dan manis...
Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Titan A Roaring Nitrous Boosted Bmw R 1300 R Built In House

Tarif Us Malaysia Mulai 1 Ogos 2025 Kadar Impaknya

Cure For Malaysia S Generational Judicial Curse

Hiburan Lebih 82 000 Petugas Kesihatan Kkm Dikecualikan Waktu Kerja Syif 45 Jam Seminggu

Starlink Malaysia Patutkah Anda Tukar Dari Unifi Atau Maxis

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Mudah Lafaz Dan Niat Solat Sunat Taubat

7 Cara Penjagaan Luka C Zer Selepas Bersalin Secara Pembedahan

Bila Mula Membaca Keajaiban Taqwa

Perspektif Dan Solusi

Sains Cern Temui Dua Pecahan Misteri Partikel Tuhan Yang Sukar Dikesan

Google Fi Tingkatkan Perlindungan Peranti Dapatkan 2 Kali Tuntutan Kehilangan Atau Kecurian