Sembilan Sebab Mengapa Kulit Jari Dekat Kuku Mengelupas


Sembilan sebab Mengapa Kulit Jari Dekat Kuku Mengelupas  || Kulit jari mengelupas dan kering adalah perkara biasa untuk berlaku. Ye, Nona sendiri mengalaminya tau. Geram je... 

Namun begitu, untuk sesetengah individu, kulit jari dekat kuku mengelupas berlaku disebabkan masalah kesihatan. Ada 9 sebab perlu anda ketahui.
Mengapa kulit jari mengelupas?Pastinya masalah kulit mengelupas pernah dialami oleh kebanyakan individu. Ia boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan seperti kaki, lengan termasuklah hujung jari.
Kulit mengelupas mungkin disebabkan beberapa faktor tertentu. Adakalanya ia disebabkan faktor persekitaran yang kering.
Walau bagaimanapun, apabila kulit jari dekat kuku mengelupas, ia mungkin petanda masalah yang lebih serius. Berikut dikongsikan 9 sebab mengapa ia berlaku, antaranya:
Kulit keringKulit kering menjadi antara punca utama mengapa anda mengalami masalah kulit mengelupas.
Keadaan ini biasanya berlaku apabila berada dalam cuaca sejuk dan kering. Ia juga boleh berlaku selepas anda mengeringkan badan setelah mandi air suam.
Bahan kimia yang terkandung dalam sabun atau produk kegunaan harian juga boleh menjadi punca kulit kering.
Terdapat juga simptom lain yang muncul bersama masalah kulit kering seperti kegatalan, kulit merekah, kemerahan atau rasa kebas.
Jika ini berlaku, gunakan sabun yang mengandungi bahan lebih selamat dan sebaiknya gunakan pelembap. Anda juga disarankan menghindari penggunaan air suam untuk mandi atau mencuci tangan.
2. Kerap Mencuci Tangan

Dengan penularan kes coronavirus di merata-rata tempat, sememangnya setiap individu digalakkan untuk membasuh tangan dengan lebih kerap. Namun, perlakuan ini turut menyumbang kepada masalah kulit jari mengelupas.
Walaupun tabiat mencuci tangan baik untuk mengurangkan penyebaran bakteria, namun membasuh tangan dengan sabun secara berlebihan boleh menyebabkan kulit jadi kering dan akhirnya kulit jari dekat kuku mengelupas.
Kekerapan mencuci akan menyebabkan kandungan minyak pada kulit akan hilang dan kulit kehilangan kelembapan. Ini sekali gus membolehkan sabun menyerap ke lapisan kulit yang lebih sensitif. Haa..wujudlah masalah iritasi dan mengelupas! 
Mencuci tangan tidak salah, cuma untuk elakkan kulit kering, pastikan anda memakai losen pelembap, okay? 
3. Penggunaan produk tidak bersesuaian
Sesetengah bahan kimia dalam pelembap, sabun, syampu dan produk kecantikan mungkin boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit sehingga kulit mengering dan mengelupas.
Punca kerengsaan termasuk ubat antibakteria, pengawet seperti formaldehid dan isothiazolinones cocamidopropyl betaine.
Jika anda mempunyai kulit sensitif, anda disarankan untuk mengelakkan produk yang mengandungi bahan kimia kuat dan tinggi.
Biasanya produk untuk kulit sensitif tidak akan mengandungi pewangi dan penyebab kerengsaan lain. 
4. Selaran matahari
Terdedah kepada sinaran matahari untuk tempoh yang panjang boleh menyebabkan selaran matahari (sunburn).
Keadaan tersebut akan mengakibatkan kulit terasa sensitif apabila disentuh.
Keadaan itu akan berubah menjadi kemerahan dan mulai kering, akhirnya kulit mengelupas. Ia memerlukan beberapa tempoh masa untuk kulit kembali pulih seperti biasa.
Untuk mengurangkan kemerahan dan kerengsaan anda boleh memakai losen dan pelembap pada bahagian yang terkena selaran matahari 
5.Tabiat menghisap jari
Ini merupakan tabiat yang wujud sedari kecil pada sesetengah individu, selalunya dilakukan ketika dalam kegelisahan. Namun, tanpa disedari ia boleh menjadi punca kulit jari mengelupas.
Jika si kecil mempunyai tabiat seperti ini, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik. 
6. Tindak balas cuaca
Berdepan dengan perubahan cuaca seperti hujan (sejuk) dan panas secara mendadak boleh menjadi punca kulit kering, merekah dan mengelupas.
Berada dalam cuaca yang panas boleh menyebabkan kulit jari mengelupas.
Untuk menghindari keadaan ini, cadangan terbaik adalah mengelak pakaian ketat, elakkan mandian air panas dan memakai pelembap dengan kerap.
Masalah kesihatan turut menjadi punca kulit jari mengelupas:7. EkzemaMempunyai masalah kulit dengan kerengsaan atau atopic dermatitis juga menyebabkan ekzema pada tangan. Ia akan kelihatan seperti kemerahan, merekah, kegatalan dan lebih sensitif apabila disentuh.Selain terkena bahan kimia, genetik juga boleh menjadi punca masalah ekzema. Jika keadaan ini berlanjutan, sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Untuk menghindari keadaan ini, anda sangat disarankan untuk menggunakan sabun dengan bahan lembut, menghindari air panas dan kerap menggunakan losen pelembap. Jika anda tahu punca penyebab ekzema, elakkan! 
8. Alahan
Alahan turut menjadi punca kulit kering dan mengelupas. Keadaan yang berlaku jika berlaku alahan adalah seperti kulit kemerahan, kegatalan, akhirnya melepuh dan mengelupas.
Jika mengalami alahan, anda mungkin memerlukan rawatan perubatan segera. Jika keadaan semakin teruk atau berlangsung untuk tempoh lebih 1 atau 2 hari, jumpa doktor segera, okay? 
9. Psoriasis
Kulit mengelupas merupakan antara simptom Psoriasis, yang menyebabkan kemerahan dan kerengsaan pada kulit.
Ia biasanya berlaku pada siku, lutut, kulit kepala dan bahagian bawah hujung jari, tetapi ia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan.
Ia adalah 1 penyakit autoimun, bermaksud sistem imun badan tersilap menyerang sel-sel kulit yang sihat. Ia bukan 1 penyakit berjangkit dan tidak akan menular.
Tiada rawatan boleh menghilangkan psoriasis, tetapi penggunaan krim atau salap khas untuk kulit, topikal kortikosteroid boleh melegakan simptom yang dialami.
Penjagaan diriKulit jari mengelupas boleh berlaku kepada sesiapa dan ia bukan perkara serius. Namun, jika keadaan semakin kronik, pastikan anda melakukan pemeriksaan doktor. Jangan ambil mudah, okay?




Info : Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2021/05/sembilan-sebab-mengapa-kulit-jari-dekat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Murtabak Mini Guna Kulit Popia Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Murtabak Mini Guna Kulit Popia Sedap Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 706 hits
Murtabak merupakan menu popular dan wajib ada bila di bulan puasa Didatangkan dengan pilihan inti daging atau ayam dan dicicah bersama kuah bawang atau kari ia sememangnya sangat sedap dan membuka selera setelah seharian berpuasa Bagi yang ...
Resepi Kerepek Kulit Popia Sira Cheese Membuatnya Sangat Mudah Nescaya Tak Berhenti Mengunyah

Resepi Kerepek Kulit Popia Sira Cheese Membuatnya Sangat Mudah Nescaya Tak Berhenti Mengunyah

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 994 hits
Kalau ada kerepek kulit popia sira cheese ni terhidang atas meja di Hari Raya nescaya tak berhentilah tetamu mengunyah sampai nak habis sebalang Begitulah penangan kerepek kulit popia sira cheese Nak membuatnya pun mudah ya amat Bahannya pu...
Buat Sendiri Murtabak Mini Guna Kulit Popia Lebih Jimat Memang Puas Hati Sedap

Buat Sendiri Murtabak Mini Guna Kulit Popia Lebih Jimat Memang Puas Hati Sedap

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 408 hits
Murtabak adalah pancake yang disumbat dengan inti atau roti goreng yang biasa dijumpai di Semenanjung Arab dan Asia Tenggara terutama di Arab Saudi Kuwait Yaman Indonesia Malaysia Singapura Brunei dan Thailand Rasanya kulitnya yang lembut d...
Datin Paduka Eina Azman Kongsi Resepi Nasi Tomato Amp Acar Sedap Hingga Jilat Jari

Datin Paduka Eina Azman Kongsi Resepi Nasi Tomato Amp Acar Sedap Hingga Jilat Jari

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 354 hits
Kamu sudah fikirkan menu apakah yang akan dihidangkan pada hari raya nanti Kalau belum fikir dan tak tahu nak hidangkan menu apa di pagi raya apa kata kamu cuba resepi Datin Paduka Eina Azman yang ini Tak gunakan banyak bahan serta mudah di...
Tak Minta Lahir Begini Pemuda Kulit Bersisik Kesal Dihina Terkena Sumpahan

Tak Minta Lahir Begini Pemuda Kulit Bersisik Kesal Dihina Terkena Sumpahan

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 230 hits
Tak dinafikan lagi bukan semua orang bertuah dikurniakan paras rupa yang menarik dalam dunia ini Baik atau buruk kita harus sentiasa bersyukur kerana Tuhan sama sekali tidak memandang penampilan seseorang sebaliknya hati budi sebagai penguk...
Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit

Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 541 hits
Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit Pernah tak terfikir sebelum beli tudung eh Sesuai tak warna ni dengan aku eh Mungkin kadang kita fikir tapi kebanyakan kita fikir tudung ni masuk tak dengan baju itu eh Tapi apa pun kalau kita pilih ...
Rekomendasi 7 Shaving Cream Terbaik Melembapkan Dan Melindungi Kulit Sensitif Dari Iritasi

Rekomendasi 7 Shaving Cream Terbaik Melembapkan Dan Melindungi Kulit Sensitif Dari Iritasi

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 273 hits
Nggak cuma buat bercukur ternyata shaving cream juga ada yang berguna untuk merawat kulit wajah kamu juga lo
Tujuh Penyebab Kulit Gatal Angkara Gegata

Tujuh Penyebab Kulit Gatal Angkara Gegata

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 541 hits
Tujuh Penyebab Kulit Gatal Angkara Gegata Pernah dengar Pernah kena Masa awal awal kena mesti aku ingat demam campak tapi sebenarnya gegata Perit tau kalau kena ni Dulu fikir sebab tak jaga kebersihan kot sampai terkena penyakit gegata ni L...
Base Luncurkan Sunscreen Vegan Pertama Di Indonesia Yang Bisa Dipersonalisasi Sesuai Kebutuhan Perawatan Kulit

Base Luncurkan Sunscreen Vegan Pertama Di Indonesia Yang Bisa Dipersonalisasi Sesuai Kebutuhan Perawatan Kulit

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 281 hits
Sunscreen lokal pertama yang gunakan bahan bahan vegan ini nggak cuma bisa lindungi kulit dari sinar UVA dan UVB tetapi juga dari blue light yang berasal dari gawai dan lampu khusus
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian