Sembilan Premis Diberi Nasihat Tidak Patuh Sop Ismail Sabri


KUALA LUMPUR, 28 Jun  — Sembilan premis perniagaan diberi nasihat kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata 1,359 premis pula mematuhi SOP ditetapkan daripada keseluruhan 1,368 premis diperiksa melalui pemeriksaan khas Pematuhan SOP itu yang dijalankan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
“Dalam tempoh PKPP ini, kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk jarak sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, penguatkuasa KPDNHEP juga membuat pemantaun harian terhadap 25 jenis bekalan barangan di 845 premis perniagaan termasuk peruncit (639), pemborong (175) dan pengilang (31), semalam.
Jelasnya, secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh.
Ismail Sabri memberitahu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) juga membuat pemantauan di peringkat pengeluar makanan dan memberi jaminan bekalan barangan keperluan mencukupi.
“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan kerana ia dijamin mencukupi,” katanya.
Mengenai pematuhan PKPP, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP dan kesemuanya dikenakan kompaun, semalam.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti karaoke atau pusat hiburan keluarga (satu), aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan jarak sosial (satu) dan aktiviti melanggar SOP (dua),” katanya.
Berhubung kawalan sempadan negara, Ismail Sabri, yang juga Menteri Pertahanan, berkata tiga warganegara asing ditahan semasa sekatan jalan raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen.
Beliau berkata kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.
Sementara itu, beliau berkata 22 operasi sanitasi awam meliputi 18 zon di enam negeri antaranya Sabah, Melaka dan Terengganu dijalankan semalam.
Dalam perkembangan lain, seramai 454 rakyat Malaysia pulang ke tanah air semalam dan daripada jumlah tersebut, 452 individu diperintah menjalani kuarantin wajib di kediaman masing-masing manakala dua lagi dibawa ke hospital.
“Seramai 148 individu pula telah memasuki sempadan negara di Johor dan kesemua mereka diperintahkan untuk menjalani kuarantin di rumah.
“PDRM telah membuat 427 pemantauan pematuhan SOP kuarantin  di rumah dan mendapati kesemua mereka mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Sembilan Premis Diberi Nasihat Tidak Patuh SOP – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/28/sembilan-premis-diberi-nasihat-tidak-patuh-sop-ismail-sabri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Asing Diberi Kelonggaran Masuk Ke Malaysia Tetapi Dengan Bersyarat Ismail Sabri

Warga Asing Diberi Kelonggaran Masuk Ke Malaysia Tetapi Dengan Bersyarat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 786 hits
Warga asing diberi kelonggaran untuk masuk ke negara ini berdasarkan beberapa syarat yang ditetapkan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut adalah berdasarkan persetujuan Mesyuarat Menteri Menteri terkini An...
Banyak Kelonggaran Mula Diberi Ismail Sabri Dedahkan Kelonggaran Yang Diberi

Banyak Kelonggaran Mula Diberi Ismail Sabri Dedahkan Kelonggaran Yang Diberi

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 316 hits
PUTRAJAYA Kerajaan tidak pernah melarang golongan berisiko COVID 19 seperti warga emas dan kanak kanak mengunjungi tempat awam Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata golongan terbabit hanya tidak digalakkan mengunjungi tempat ...
Form 5 6 Students Urged To Comply With Sop At All Times Ismail Sabri

Form 5 6 Students Urged To Comply With Sop At All Times Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 297 hits
Students of Form 5 and 6 are urged to comply with the standard operating procedures everywhere they go and not just in the school compound only 8211 File photo KUCHING Students of Form 5 and 6 are urged to comply with the standard operating...
Ramai Keliru Sop Makan Di Restoran Ismail Sabri Ulas Lebih Lanjut Jika Ada Ketidakfahaman

Ramai Keliru Sop Makan Di Restoran Ismail Sabri Ulas Lebih Lanjut Jika Ada Ketidakfahaman

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 447 hits
Pengunjung mesti mengekalkan jarak satu meter antara satu sama lain ketika menjamu selera di premis restoran SELAGI mana penjarakkan sosial satu meter boleh dipatuhi adalah tidak menjadi masalah buat pengunjung restoran untuk duduk melebih ...
Ismail Sabri Dr M S Plug For Shafie A Ploy To Keep Warisan Afloat

Ismail Sabri Dr M S Plug For Shafie A Ploy To Keep Warisan Afloat

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 272 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad s move to nominate Sabah Chief Minister Datuk Seri Shafie Apdal as the next prime minister is merely a ploy to stop more Parti Warisan Sabah leaders from jumping ship Umno vice president Datuk Seri Ismail Sabri Yaako...
Ismail Sabri Kalau Bn Menang Di Chini Isyarat Rakyat Tolak Mahathir

Ismail Sabri Kalau Bn Menang Di Chini Isyarat Rakyat Tolak Mahathir

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 401 hits
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri berkata pengundi harus memastikan calon Bebas Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin kalah pada Pilihan Raya Kecil DUN Chini Ujar beliau ini bagi memastikan Tun Mahathir tidak mempunyai harapan untuk me...
Taman Tema Air Boleh Beroperasi Bermula 1 Julai 2020 Ismail Sabri

Taman Tema Air Boleh Beroperasi Bermula 1 Julai 2020 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 483 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 54 taman tema termasuk taman tema air di seluruh negara dibenarkan beroperasi bermula Rabu ini kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata kebenaran operasi pada 1 Julai itu membabitkan lebih 10 000 t...
Rmco Sufficient Supply Of Food Essential Items Says Ismail Sabri

Rmco Sufficient Supply Of Food Essential Items Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 262 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob advised the people not to unnecessarily worry over food and essential goods supplies as there is more than enough to go around Picture by Miera ZulyanaKUALA LUMPUR July 2 Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabr...
Insurance Premium Hike In Line With Bnm S Interim Measures Says Prudential

Pasaran As Cuba Untuk Pulih Prospek Serangan As Terhadap Iran Menyokong Harga Minyak

Menteri Besar Terengganu Umum Cuti Hari Ahad 30hb Mac 2025 Cuti Kelepasan Am Sempena Aidilfitri

Allahuakbar Baru Baru Ni Ada Laporan Matahari Terbenam Dengan Cara Yang Aneh Di P

Menikmati Durian Black Thorn Di Titi Kerawang Stall Balik Pulau

Tik Tok Kena Banned

Nasib Ahli Perniagaan Didakwa Pukul Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa Diketahui Jumaat Ini

Isu Tapak Kuil Selesai Pengurusan Kuil Setuju Pindah Lokasi Baharu Dr Zaliha


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pameran Pendidikan Dan Latihan Universiti Malaysia Berjaya Diadakan Di Tripoli Libya

Pernah Viral Dodoian Selawat Oleh Bapa Kini Baby Polisterin Raih Kejayaan Upkk

Malaysia Airline Beri Peringatan Tentang Powerbank

Isu Kualiti Dan Pengagihan Air Di Selangor Belum Selesai Tarif Air Bakal Di Naikkan

Memburu Lailatul Qadar Buat 5 Perkara Ni Confirm Berjaya

Lirik Lagu Insafi Di Aidilfitri Chlypdy