Sembang Saja Berdegar Degar Apa Pun Tarak


Virus ini terbukti tak kenal siapa. Presiden negara kuasa besar dunia yang paling ampuh tahap keselamatannya pun boleh dijangkiti Covid-19.
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan isterinya, Melania disahkan positif Covid-19 semalam.
Pasangan itu sebelum ini mengambil ujian saringan selepas seorang penasihat kanan kepada Presiden, Hope Hicks terkena virus berkenaan.
Tok Ki tak terkejut Trump, 74, dijangkiti kerana minggu ini sahaja Hicks, 31, dilaporkan beberapa kali menaiki helikopter Marine One bersama Trump untuk kempen pemilihan Presiden AS.
Bagaimanapun, kejadian itu ibarat buku bertemu ruas susulan Trump memandang rendah ancaman Covid-19 sebelum ini.
Ketika wabak tersebut sedang merebak April lalu, Trump dengan angkuhnya berkata dia tidak akan menutup AS dengan melaksanakan lockdown.
Dia juga menolak untuk memakai topeng muka yang seperti disarankan Pertubuhan Keselamatan Dunia (WHO).
Hanya tunggu mengadap, senarai MP yang menyokong Anwar kini di pihak Istana

Kali pertama Trump memakai topeng muka di depan khalayak adalah pada pertengahan Julai lalu selepas kes Covid-19 di AS mencecah 3.7 juta kes dengan 140,000 kematian. Cakap saja berdegar-degar tapi tiada tindakan.
Dalam simpati, rupanya ramai yang mengeji. Tok Ki sudah banyak melihat sifat angkuh dan sombong yang akhirnya memakan diri.
Trump ialah seorang yang tiada empati dan sangat mementingkan diri sendiri. Selain mulutnya yang tidak disukai rakyatnya sendiri, sikap hipokrasinya dalam isu Israel dan Palestin mengguris hati begitu ramai umat Islam.
Agaknya itulah sebabnya apabila dia mengumumkan terkena Covid-19, Trump menjadi bahan ketawa dan dipersendakan masyarakat dunia.
Minggu ini, ahli-ahli politik yang baru pulang dari Sabah telah mencetuskan kekecohan di beberapa negeri.
Dua Exco kerajaan negeri di Kedah dan Melaka sah positif Covid-19. Kedua-dua wakil rakyat itu terlibat dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berakhir Sabtu lalu.
Di Pulau Pinang, sebuah sekolah rendah ditutup dan 600 muridnya terpaksa kuarantin di rumah selepas seorang guru wanita disahkan dijangkiti wabak tersebut.
Guru wanita berusia 40-an itu khabarnya isteri kepada seorang ahli politik di Kedah yang juga pergi berkempen di Sabah baru-baru ini.
Dengan kes baharu Covid-19 mencecah angka 287 kes semalam – tertinggi sepanjang PKPP – orang politik tidak dapat tidak akan dipersalahkan kerana merumitkan keadaan.
Tok Ki percaya Kementerian Kesihatan Malaysia tidak double standard dalam soal kuarantin menteri dan pemimpin politik. Tapi persepsi rakyat susah hendak diubah. Sifir mereka mudah, kalau betul ikut SOP, susah nak kena Covid-19.
UMNO Sabah: Antara keuntungan diri & kerugian parti

Ada cakap-cakap kata, rakyat marhaen berhempas-pulas untuk mematuhi SOP tapi ramai ahli politik sanggup pergi ke negeri penularan wabak demi mengejar pangkat dan kuasa.
Sebab itulah wakil rakyat dan ahli politik jangan terasa hati apabila mereka disalahkan sebab kes Covid-19 naik. Apatah lagi sepanjang kempen PRN Sabah, SOP kurang dijaga.
Ahli politik ini bukan macam Tok Ki yang hanya tercegat di pejabat. Mereka macam selebriti juga, ke mana saja pergi orang sambut dan kerumun.
Pagi rasmikan kolam udang, tengah hari makan bersama menteri, petang ada mesyuarat, malam ada majlis baca Yasin di masjid.
Kalau Tok Ki berjumpa 10 orang sehari, wakil rakyat mungkin sudah bertemu 100 orang. Pendek kata, virus lebih mudah tersebar.
Apa yang dibimbangi rakyat ialah negara akan kena PKP lagi. Ahli politik paling kurang masih ada elaun wakil rakyat. Begitu juga kakitangan awam. Seorang kawan Tok Ki di pejabat kerajaan beritahu, kalau PKP setahun pun ada yang tak kisah.
Tak kiralah kalau pun dia berjenaka, pendek kata gaji sentiasa jalan. Tetapi perkara sebaliknya berlaku ke atas rakyat bawahan. Mereka baru sahaja hendak bernafas, takkan nak kena PKP lagi?
Pemimpin harus jadi teladan, bukan cakap saja berdegar-degar. Kita tidak mahu pemimpin menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
“Akaun Kena Beku, Rumah Digeledah…Apa Dosa Saya?” – Fara Mendoza Mengaku Disiasat SPRM

The post Sembang saja berdegar-degar, apa pun tarak! appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/03/sembang-saja-berdegar-degar-apa-pun-tarak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Hanya Minta Maaf Bukan Dulunya Berdegar Degar Dalam Dewan Kah

Menteri Hanya Minta Maaf Bukan Dulunya Berdegar Degar Dalam Dewan Kah

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 308 hits
Menteri hanya minta maaf Mcm mana dengan ibu bapa dan pelajar yang dah keluar belanja sewa rumah beli tiket atau dah sampai ke universiti Dalam keadaan sekarang Ekonomi Pandemik COVID 19 ni majoriti rakyat susah dan boleh usahakan cukup cuk...
Biar Saja Azzam Sham

Biar Saja Azzam Sham

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 483 hits
Biar Saja Azzam ShamHancur terus hancurSegala impian telah kau musnahkanSegala harapankuAndai mampu ku putarkan waktuTakkan sekali ku percayakan bicaramuPergilah biar saja hatiku terlukaMencintai walau kau berdustaMencintaimu sepenuh jiwaku...
Jenderal Gatot Nurmantyo Tunggu Saja Apa Yang Akan Mereka Lakukan

Jenderal Gatot Nurmantyo Tunggu Saja Apa Yang Akan Mereka Lakukan

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 292 hits
Mantan Panglima TNI Jenderal Gatot Nurmantyo menyebutkan kebangkitan PKI gaya baru sudah semakin nyata dan tidak sekadar dirasakan Mereka bahkan sudah berhasil menyusup di hampir semua lini Gerakan kebangkitan PKI ini bukan penyusupan lagi ...
Main Bagi Saja Tak Tahu Bahaya Kalau Salah Saiz Ciri Ciri Selamat Finger Food Ni Perlu Ada

Main Bagi Saja Tak Tahu Bahaya Kalau Salah Saiz Ciri Ciri Selamat Finger Food Ni Perlu Ada

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 331 hits
Walau dalam berjaga jaga ada waktunya kita terlupa memberi yang terbaik buat anak kita Makanan yang kita jangka tidak akan memberi kesan pada bayi kita kadang kala buat anak terkesan Jadi perlu lebih berhati hati Pemberian finger food misal...
Fahri Hamzah Guru Politik Bobby Kalau Belajar Gempuran Sama Saya Saja

Fahri Hamzah Guru Politik Bobby Kalau Belajar Gempuran Sama Saya Saja

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 321 hits
Wakil Ketua Umum Partai Gelora Fahri Hamzah siap jadi guru politik Bobby Nasution Dia memberi wejangan kepada pasangan calon wali kota dan wakil wali kota Medan Bobby Nasution dan Aulia Rahman Fahri siap jadi guru politik Bobby dan Aulia un...
Pantun Saja Saja 98 Baru Dilamar Orang

Pantun Saja Saja 98 Baru Dilamar Orang

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 403 hits
Tangan luka terhiris rumput Pedih ngilu hingga ke tulang Di mulut naga lagi direbut Inikan baru dilamar orang
Perjuangan Pas Mudah Siapa Saja Jadi Pm Parti Jenama Islam Ini Akan Sokong

Perjuangan Pas Mudah Siapa Saja Jadi Pm Parti Jenama Islam Ini Akan Sokong

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 404 hits
Nik Amar kata SETAKAT INI Pas sokong PN Kalau PN jatuh itu cerita lain katanya Hahaha Nampak tak cara Pas berpolitik Cara paling mudah tiada prinsip Janji senang dapat beli mercedes Dulu waktu Mahathir jadi PM kjaan PH Hadi kata sokong Maha...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lebih 2 Juta Kunjungi Festival Idea Putrajaya

Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab