Semasa Bn Lapar Di Bawah Ph Pun Lapar Juga




Saya menerima banyak rungutan daripada kawan dan kenalan yang meluahkan perasaan tentang kesukaran mereka mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan ketika berurusan dengan pejabat beberapa menteri dan menteri besar di bawah kerajaan Pakatan Harapan sekarang.


Malah, orang yang baru dikenali juga  turut tidak malu-malu meluahkan perasaan yang sama.


Mereka ini semuanya adalah penyokong Pakatan Harapan yang nampaknya mula kecewa kerana kesukaran mendapatkan kontrak dan memperbaiki sumber rezeki, meskipun kerajaan sudah bertukar tangan.


Dahulu, ketika kerajaan dikuasai UMNO dan BN, mereka ini langsung tidak pernah mendapatkan apa-apa kontrak kerana ketika itu semuanya dibolot oleh orang-orang UMNO dan kroni para menteri belaka.


Majoriti daripada mereka ini, bahkan tidak pernah cuba pun masuk apa-apa tender atau mengunjungi mana-mana pejabat menteri dan menteri besar sewaktu era BN kerana sedar perbezaan ideologi politik banyak pengaruhnya kepada perolehan dalam perniagaan ketika itu.


Yang menjadi harapan mereka, apabila kerajaan sudah bertukar tangan sekarang ini, bermakna peluang merekalah pula memperolehi sebahagian tender dan kontrak kerajaan itu.


Malangnya, daripada apa yang disungutkan itu, baik ketika BN mengusai kerajaan atau setelah bertukar kepada Pakatan Harapan, nasib mereka nampaknya sama saja.


Dulu susah memperolehi kontrak kerajaan, sekarang pun tidak ada yang senangnya.


Apa yang mereka kesalkan, kesukaran memperolehi peluang-peluang perniagaan itu lebih disebabkan oleh tindakan menteri dan menteri besar Pakatan Harapan sendiri yang tidak sedia untuk menolong mereka.


Beberapa menteri dikatakan lebih ingin menunjukkan sikap berkecuali dan seolah-olah bersih daru segi campurtangan dalam pemberian kontrak-kontrak kerajaan sehingga penyokong yang datang berjumpa awal-awal lagi sudah diberitahu dengan ucapan selamat - “saya tak campur hal perniagaan atau urusan kontrak”.


Ini bukan saja menyebabkan penyokong itu kecewa dan memendam rasa, malah rasa terpinggir dibuatnya.


Hakikatnya, mereka bukanlah mahu diberikan kontrak secara buta-buta begitu saja, tetapi sekurang-kurangnya tunjuklah sikap sedia mendengar terlebih dahulu.


Kami yang nak minta kontrak ini tentulah datang dengan syarikat yang ada kemampuan dan boleh melaksanakan kerja, bukan nak minta macam itu saja, kata salah seorang yang meluahkan perasaan.


Sikap pemimpin yang sedemikian rupa itu, akhirnya tentu saja menyebabkan pegawai kerajaan yang berkuasa sepenuhnya dalam pemberian kontrak kerajaan, malah memperlihatkan menteri dan menteri bagaikan tiada kuasa apa-apa, walhal ketika berkempen menjerit meminta kuasa.


Tidakkah sikap menteri dan menteri besar yang begitu akan merugikan parti dalam jangka masa panjang? Soal mereka lagi.


Yang lebih buruk lagi, dikatakan terdapat juga menteri dan menteri besar yang dengan pantas bukan sekadar menjalin hubungan dengan ahli-ahli perniagaan era BN dahulu, malah meneruskan pemberian kontrak perniagaan kepada mereka itu.


Alasan yang diberi kononnya syarikat mereka itu sudah biasa dengan kerja-kerja di peringkat kementerian dan negeri serta mempunyai rekod yang baik selama ini.


Dikatakan lagi, pemimpin yang baru lima bulan mendapat kuasa itu mengatakan mereka meneruskan pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat sedia ada itu adalah bertujuan agar kerja-kerja tidak tersangkut berbanding jika memberi peluang kepada syarikat baru yang belum terbukti hasil kerjanya.


Tapi, sedarkan mereka syarikat itu dipunyai oleh ahli dan penyokong UMNO yang sudah tentu sebahagian keuntungannya akan digunakan untuk membiayai aktiviti politik UMNO untuk melawan Pakatan Harapan dalam pilihanraya akan datang? kata seorang pengadu yang menetap di selatan tanahair.


Sudahlah jawatan dalam GLC diberi kepada bukan orang parti, kini pemberian kontrak-kontrak kerajaan pula masih dikuasai oleh ahli dan penyokong UMO - siapakah yang mahu bekerja untuk parti memenangkan Pakatan Harapan dalam pilihanraya akan datang, kata seorang lagi yang juga tinggal di selatan.


Ada seorang pengadu, malah mengajak saya berkunjung ke sebuah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan bagi menunjukkan bukti bagaimana pentadbiran negeri itu lebih memberi muka kepada mereka yang dikenali sebagai penyokong UMNO berbanding penyokong sendiri.


Kata seorang yang agak veteran dalam Pakatan Harapan pula, pemimpin yang ada jawatan dalam kerajaan sekarang nampaknya lebih senang melayan ahli perniagaan dari kalangan penyokong UMNO yang ada duit berbanding memahami penyokong sendiri yang baru mencuba-cuba mahu mendapatkan kontrak kerajaan.


Kesian kan...dalam zaman Nabi dulu ada juga harta rampasan perang yang boleh dibahagi-bahagi selepas habis berjuang dan mencapai kemenangan, tetapi nasib dan keadaan penyokong Pakatan Harapan nampaknya jauh lebih malang daripada itu.


Semasa era BN berkuasa dulu,  mereka sudah lama ‘lapar’ dan tidak berpeluang langsung memperolehi sebarang kontrak kerajaan, sekarang di era Pakatan Harapan berkuasa di mana kawan-kawan sendiri ada jawatan dan kuasa pun mereka tetap ‘lapar’ juga.


Aduhai....(ShahbudinHusin 29/10/2018).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/10/semasa-bn-di-bawah-ph-pun-juga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lihatlah Ke Bawah

Lihatlah Ke Bawah

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 383 hits
ARTIKEL KE 877 Lihatlah kepada Orang Yang Berada di Bawahmu Cuaca mulai sedikit dingin di Taiwan Biasanya pagi pagi saya mutar mutar nyari keringat sekitaran kampus menikmati mentari pagi mendengar nyanyian burung di atas dahan mengagumi bu...
Arus Bawah Laut Deras Pencarian Lion Air Jt 610 Diperluas Hingga Radius 2 Km

Arus Bawah Laut Deras Pencarian Lion Air Jt 610 Diperluas Hingga Radius 2 Km

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 330 hits
TNI AL Basarnas dan Polri akan memperluas titik pencarian korban pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di Perairan Tanjungpakis Karawang Kasatgas TNI AL Mayor Kurnia Hendra mengatakan derasnya arus bawah laut bisa menggeser potongan badan pesa...
Penginapan Di Bilik Mewah Bawah Laut Maldives Rm200 000 Ditaja Pihak Hotel Neelofa

Penginapan Di Bilik Mewah Bawah Laut Maldives Rm200 000 Ditaja Pihak Hotel Neelofa

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 1901 hits
Percutian mewah Neelofa di Pulau Maldives baru baru ini mencuri perhatian netizen di laman sosial Berpeluang menginap di dasar laut dengan harga bilik yang mencecah RM 200 000 untuk satu malam pastinya ia menjadi bualan hangat ramai Betapa ...
5 Smartphone Gaming Bawah Rm1000

5 Smartphone Gaming Bawah Rm1000

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 445 hits
Pada masa kini permainan E Sport semakin mendapat tempat dikalangan kita bukan sahaja golongan remaja tetapi golongan usia sehingga 40 berminat untuk meluangkan masa bermain game Permainan PUBG dan Mobile Legends pastinya mempunyai kelompok...
Adakah Felda Lebih Baik Di Bawah Pakatan Harapan

Adakah Felda Lebih Baik Di Bawah Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 348 hits
FELDA yang pernah menjadi benteng ampuh Barisan Nasional khususnya UMNO menjadi sebaliknya dalam Pilihan Raya Umum ke 14 Buat pertama kalinya sebanyak 27 daripada 52 kawasan penempatan FELDA yang pernah menjadi kubu kuat UMNO bertukar tanga...
Adakah Syurga Kembali Ke Bawah Tapak Kaki Ibu Setelah Kematian Suami

Adakah Syurga Kembali Ke Bawah Tapak Kaki Ibu Setelah Kematian Suami

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 1982 hits
SOALAN ustaz sepertimana yang saya tahu syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya Tapi ustaz macam mana pula jikalau suaminya telah meninggal Adakah syurganya kembali kepada ibu kandungnya Jawapan Hingga bila bilapun syurga tetap...
Pemulung Temukan Mayat Dicor Dalam Drum Di Bawah Jembatan Bengawan Solo

Pemulung Temukan Mayat Dicor Dalam Drum Di Bawah Jembatan Bengawan Solo

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 309 hits
Warga Grogol Sukoharjo Jawa Tengah digegerkan dengan penemuan sesosok mayat di bawah jembatan Desa Pondok Kecamatan Grogol di aliran Sungai Bengawan Solo Jumat siang Menjadi aneh karena mayat yang sudah tinggal tulang tersebut dicor dalam d...
Skuad Bawah 19 Tahun Gagal Teruskan Peringkat Kalah Mati

Skuad Bawah 19 Tahun Gagal Teruskan Peringkat Kalah Mati

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Skuad muda negara terpaksa pulang awal selepas tewas 2 0 pada aksi terakhir Kumpulan D Kejuaraan B 19 Konfederasi Bolasepak Asia 2018 di Stadium Pakansari Bogor sebentar tadi Ketika Arab Saudi sudahpun memberi bantuan dengan me...
73 Peratus Rumah Bernilai Bawah Rm250 000 Tidak Terjual

73 Peratus Rumah Bernilai Bawah Rm250 000 Tidak Terjual

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 335 hits
Kesukaran mendapat pinjaman bebanan hutang lain bahkan projek JV membina rumah di atas Tanah Rizab Melayu oun tak menggambarkan harga yang mampu orang Melayu mampu beli KUALA LUMPUR Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merekodkan rum...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip