Semangatnya Kental Isteri Sanggup Bawa Motor Dari Kl Ke Ipoh Suami Oku Terharu


Sama-sama susah, sama-sama senang. Itu prinsip yang dipegang oleh pasangan suami isteri ini yang tular di media sosial kerana si isteri sanggup menunggang motosikal dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak.
Dalam perkongsian di twitter memaparkan seorang isteri menunggang motosikal sambil dirakam oleh suaminya yang memandu kereta di atas lebuh raya.

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa bukan suami yang menunggang motosikal? Untuk pengetahuan ramai kisah pasangan ini pernah tular iaitu, Muhamad Firdaus Ibrahim, bekas atlet tenis paralimpik dan isterinya, Siti Fatimah Mohd Nor.
Isteri berjiwa kental
Firdaus, lumpuh kedua belah kakinya selepas terlibat dalam kemalangan ketika berusia 16 tahun. Sejak daripada itulah pergerakan menjadi semakin terbatas.
Menurutnya, dia dan isteri terpaksa berpindah ke Ipoh selepas mendapat pekerjaan baru, jadi selepas tamat PKPB mereka mula merancang untuk berpindah.

Isterinya menawarkan diri untuk membawa motosikal tersebut balik ke Ipoh dari KL, kerana sebelum isterinya memang sudah biasa menunggang dalam perjalanan jauh.
“Isteri kata dia dah biasa ‘ride’ jauh-jauh waktu zaman belajar dulu. Selalu ulang alik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke kampungnya Marang,Terengganu. Orangnya kecil, tapi berjiwa besar…”
Ikut dari belakang
Risau akan keselamatan isteri, sepanjang perjalanan Firdaus memang mengikut isterinya daripada belakang, dalam jarak 100 meter.
“Saya akan berada di belakang dia dalam jarak 100 meter. Kalau banyak sangat kereta beratur belakang, baru saya laju sikit. Lepas tu saya berhenti dan tunggu dia pintas saya semula…”

Kesian dia, banyak kali saya ucap terima kasih
Namun sebagai seorang suami, jauh di sudut hati Firdaus, jika dia mampu mungkin dialah yang menunggang motosikal tersebut. Namun, mujurlah dia mempunyai isteri yang berjiwa kental dan sanggup berkorban deminya.
“Saya rasa kesian dekat dia, banyak kali saya mintak maaf. Banyak kali saya ucap terima kasih kerana sanggup susah senang…”
Salute to my wife , bawak motor dari KL ke Ipoh.
Kental sungguh hatinya.
What do I deserve to have her in my life. pic.twitter.com/jhdQ0FvW75
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) June 14, 2020

Setakat ini, video di tweet Firdaus semakin mendapat perhatian netizen, malah ada yang mempersoalkan mengapa dia tidak menggunakan khidmat pos. Firdaus berkata, isterinya yang sudah menawar dari awal lagi untuk bawa motosikal tersebut.
Rata-rata netizen kagum dengan pasangan tersebut. Semoga pasangan suami isteri ini terus diberi kebahagiaan mengikut cara mereka dan inspirasi buat pasangan lain.
Sumber: Gempak & Muhamad Firdaus Ibrahim
The post Semangatnya Kental! Isteri Sanggup Bawa Motor Dari KL Ke Ipoh, Suami OKU Terharu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/semangatnya-kental-isteri-sanggup-bawa-motor-dari-kl-ke-ipoh-suami-oku-terharu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bawa Anjing Berjalan Di Pantai Suami Isteri Ini Tak Sangka Jumpa Bangkai Pesawat Wwii

Bawa Anjing Berjalan Di Pantai Suami Isteri Ini Tak Sangka Jumpa Bangkai Pesawat Wwii

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 329 hits
Debi Louise dan pasangannya Graham Holden tidak menyangka rutin harian mereka bakal membawa kepada penemuan serpihan pesawat pejuang yang digunakan ketika Perang Dunia Kedua Pasangan itu dikatakan sedang membawa anjing mereka bersiar siar d...
Kulim Suami Isteri Direman Bunuh Anak Tiga Tahun

Kulim Suami Isteri Direman Bunuh Anak Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 446 hits
Cubaaan menipu pasangan suami isteri mendakwa kematian anak lelaki berusia tiga tahun terjatuh dari katil tidak berhasil apabila kedua duanya ditangkap semalam Menurut Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Yusuf Shaari hasil bedah sia...
Bukitmertajam Suami Isteri Dihadap Ke Mahkamah Palsu Dokumen Untuk Balik Kampung

Bukitmertajam Suami Isteri Dihadap Ke Mahkamah Palsu Dokumen Untuk Balik Kampung

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 471 hits
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Pulau Pinang atas dua pertuduhan memalsukan tarikh pada permit pengecualian pergerakan untuk balik ke kampung sehari sebelum Aidilfitri lalu Ahmad Aizuddin Abd Mokhti dan...
Bila Isteri Minta Sesuatu Suami Jangan Kata Tak Boleh Lagi Usaha Dulu Pasti Allah Bagi

Bila Isteri Minta Sesuatu Suami Jangan Kata Tak Boleh Lagi Usaha Dulu Pasti Allah Bagi

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 326 hits
Bila isteri minta sesuatu jangan kata TAK BOLEH lagi Usaha dulu tapi JANGAN JANJI Sebab bila berjanji dia akan berharap Bila dia berharap kalau dia tak dapat dia akan kecewa Hari tu abang kata nak beli Dah 3 bulan ni tak beli beli lagi pun ...
Kalau Suami Isteri Asyik Bergaduh Depan Anak Anak Akan Hilang Hormat Susah Dengar Kata

Kalau Suami Isteri Asyik Bergaduh Depan Anak Anak Akan Hilang Hormat Susah Dengar Kata

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 368 hits
Susah bila suami isteri tidak sepakat dan dalam masa yang sama nak mendidik anak anak Siapa setuju Apakah diantara kesannya bila keadaan ini berlaku Ikuti perkongsian Ibu Rose Anak anak payah memberi kerjasama dengan ibu bapa Hormat pun tid...
Suami Dan Anak Parah Isteri Maut Tercampak Dan Digilis Kenderaan

Suami Dan Anak Parah Isteri Maut Tercampak Dan Digilis Kenderaan

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 353 hits
BUKIT TAGAR Seorang maut manakala anak dan suaminya parah dalam kemalangan di kilometer 426 9 di Lebuhraya Utara Selatan Bukit Tagar menghala ke Bukit Beruntung pagi Sabtu Panggilan kecemasan diterima kira kira jam 1 20 pagi oleh peronda le...
Lepas Kahwin Semua Kawan Dia Hilang Suami Jadi Bff Dunia Akhirat Biar Je Isteri Nak Berkepit 24 Jam

Lepas Kahwin Semua Kawan Dia Hilang Suami Jadi Bff Dunia Akhirat Biar Je Isteri Nak Berkepit 24 Jam

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 580 hits
Kalau boleh 24 jam isteri nak berkepit dengan suami lepas kahwin isteri hilang dah semua kawan rapat dia sebab isteri sentiasa merasakan yang suami adalah rakan paling rapat dunia akhirat yang mereka ada Itulah kenyataan paling tepat untuk ...
Isteri Merajuk Suami Pujuk Suami Marah Isteri Mesti Jaga Mulut Itu Kebahagiaan Rumah Tangga

Isteri Merajuk Suami Pujuk Suami Marah Isteri Mesti Jaga Mulut Itu Kebahagiaan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 315 hits
Seorang suami dan seorang isteri akan mempunyai kesukaan yang sama Perasaan biasa masa mula mula kenal Iya itulah yang membuatkan kita dan pasangan saling jatuh hati Rasa punya banyak persamaan Tapi semakin lama berumahtangga semakin kita m...
Suami Rendahkan Ego Minta Maaf Bila Buat Salah Isteri Hilang Marah Tambah Hormat

Suami Rendahkan Ego Minta Maaf Bila Buat Salah Isteri Hilang Marah Tambah Hormat

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 313 hits
Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menjaga kebajikan isteri dan anak anak Kebahagiaan sesebuah keluarga terletak kepada pucuk pimpinannya Jika suami dan ayah seorang yang positif baik hati dan sentiasa menyayangi maka cantiklah perjala...
Mcdonalds Malaysia Sumbang Bilik Sensori Untuk Kanak Kanak Oku Di Perlis

Ex Boss Datang Rumah

Tapaulah Launches Website And New Lunchbox Series

Elak Dan Rawatan Dengan Makan Minum Yang Halalan Toiyibban Adalah Asas Utama

Minum Petang Dengan Cekodok Resepi Emak

World S First Tri Fold Phone Huawei Mate Xt Ultimate Design Makes Its Grans Debut In Malaysia

Pengalaman Pembedahan Kanser Lipoma

Resepi Biskut Pistachio


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Birthday Bouquet The Perfect Floral Gift For A Special Celebration

Kasih Ayah Komando Sanggup Pakai Baju Sekolah Demi Anak

Semuanya Cerita Tentang Ah Cheng Laksa Ah Cheng Laksa Update Secara Pukal

Kita Yang Serba Tak Tahu

Kari Ikan Mudah Resepi Kari Ikan Bawal Paling Padu

China Matahari Terbit Di Jade Dragon Snow Mountain