Semakin Tegang Trump Terus Ancam Mahu Putus Hubungan Dengan China
Peningkatan ketegangan perang dagangan Amerika Syarikat (AS) - China telah memberikan kesan turun naik kepada ekonomi dirantau ini.
Terkini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terus melaungkan ancaman mahu memutuskan hubungan dengan China, serta enggan membuka ruang perbincangan dengan rakan sejawatannya, Xi Jinping, berhubung isu pandemik COVID-19.
Malah, Trump sedia menggunakan pengaruhnya untuk menghentikan hubungan dengan pertubuhan bertanggungjawab bagi menangani wabak COVID-19 itu.
Memetik Berita Harian, Ketegangan antara dua kuasa besar dunia Beijing dan Washington berlarutan dan Trump terus menekan dan menyalahkan China mengenai punca kemunculan pandemik COVID-19 sejak akhir Disember lalu di Wuhan.
"Saya mempunyai hubungan baik (dengan Xi) namun pada ketika ini tidak mahu bercakap dengannya. Saya terlalu kecewa dengan China dan itu perasaan yang dirasakan ketika ini," katanya mengenai Presiden China itu kepada Fox Business.
Ditanya adakah negaranya akan membalas dendam, Trump memberikan jawapan spesifik namun dengan nada mengancam, dia mengatakan banyak perkara mampu dilakukannya.
"AS mampu melakukan apa saja. Dengan memutuskan seluruh hubungan, kita akan berjimat hingga AS$500 bilion (RM2.2 trilion)," katanya.
Sejak beberapa minggu lalu Trump menuduh China menyembunyikan angka sebenar wabak dan membiarkan virus itu mereka seluruh dunia hingga mengorbankan kira-kira 300,000 nyawa.
Bagaimanapun dakwaan itu dibantah keras Beijing dan menegaskan negaranya akan secepat mungkin memberikan semua data kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Awal minggu ini, Trump menolak untuk mengadakan perundingan semula perjanjian itu, ketika ditanya mengenai laporan bahawa China mahu membuka kembali rundingan.
Jumaat lalu, Wakil Perdana Menteri Liu He, yang mengetuai rundingan China, bercakap melalui telefon dengan perunding tertinggi Washington dan mengesahkan bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan fasa pertama perjanjian itu.
Rabu lalu, AS bagaimanapun mendakwa penggodam China mahu mencuri data mengenai rawatan dan vaksin COVID-19 dan mengatakan ia membabitkan kerajaan China dan negara sekutunya yang lain.
Apapun dalam keadaan sekarang, pergaduhan antara kuasa besar dunia dilihat lebih memburukkan keadaan kerana yang paling penting semua pihak perlu berganding bahu dalam menangani Covid-19 yang mengancam seluruh dunia.
sumber
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.penangkini.com/2020/05/semakin-tegang-trump-terus-ancam-mahu.html