Semakan Rebat Bil Elektrik Rm40 Sebulan Login Portal Ketsa


SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40 SEBULAN:LOGIN PORTAL KETSA (https://semakanrebat.ketsa.gov.my)

Anda boleh buat semakan rebat bil elektrik RM40 sebelu melalui portal KETSA iaitu https://semakanrebat.ketsa.gov.my.
Sebelum ini sila rujuk artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Progam Rebat Bil Elektrik RM40 Sebulan.
Apa itu Program Rebat Bil Elektrik RM40?
Program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih. Mulai 2 Januari 2021, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada Julai 2020 dalam penentuan status kemiskinan terkini. Program Rebat Bil Elektrik RM40 hanya akan diberikan kepada KIR yang berpendapatan bulanan di bawah pendapatan purata nasional RM1,169. Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan. Program diumumkan oleh Kerajaan dalam Ucapan Bajet 2019 pada 2 November 2018. SEMAKAN KELAYAKAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40
Siapakah yang layak menerima rebat bil elektrik RM40?
Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih. Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Sehubungan itu, terdapat perubahan bagi purata pendapatan per isi rumah bagi data eKasih seperti berikut: SEMAKAN SYARAT PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40
Apakah syarat-syarat Program Rebat Bil Elektrik RM40?
(i) Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih;
(ii) Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021;
(iii) Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;
(iv) Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih;
(v) Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
(vi) Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penaltilewat bayar);
(vii) Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2019;
(viii) Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun; dan
(ix) Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.
CARA MOHON REBAT ELEKTRIK RM40 SEBULAN
Berikut adalah Cara Mohon Rebat Elektrik RM40 Sebulan:
Untuk memohon, anda wajib mendaftar dengan sistem eKasih terlebih dahulu. Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan mengikut daerah masing-masing. Selepas pendaftaran dibuat, anda boleh semak adakah anda layak menerima rebat ini dengan melayari portal rasmi MESTECC di https://semakanrebat.mestecc.gov.my/public/ Bantuan untuk semakan juga boleh dibuat dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) / Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri / Pejabat Ahli Parlimen / Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). SEMAKAN STATUS PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40
Anda boleh membuat semakan di Portal KeTSA melalui https://semakanrebat.ketsa.gov.my/apps/public/index.php
CONTOH CARA KIRA REBAT BIL ELEKTRIK RM40
Bagaimana jika bil elektrik saya lebih RM40 sebulan?
Pengguna yang layak akan menerima rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan.

Sekiranya bil elektrik melebihi RM40 sebulan, pengguna hanya perlu membayar baki bil elektrik sahaja.
Bagaimana jika bil elektrik saya kurang RM40 sebulan?

Sekiranya bil elektrik kurang RM40 sebulan, pengguna akan menerima rebat berdasarkan amaun sebenar bil elektrik.
SOALAN LAZIM
Kenapakah pelaksanaan Program Rebat Bil Elektrik RM40 bagi tahun 2021 diberikan kepada KIR di bawah kategori miskin tegar sahaja berbanding pelaksanaanya pada tahun 2019 hingga 2020?
Pelaksanaan Program Rebat Bil Elektrik RM40 bagi tahun 2021 adalah berdasarkan PGK 2019, di mana purata pendapatan sebulan bagi kategori miskin tegar dinaikan daripada RM619 kepada RM1,169 sebulan. Dalam hubungan ini, KIR yang tergolong dalam kategori miskin bagi tahun 2020 (berdasarkan PGK 2016) akan diklasifikasikan secara automatik sebagai miskin tegar bagi tahun 2021 berdasarkan PGK 2019.
Mengapakah Kerajaan memperkenalkan Program Rebat Bil Elektrik RM40?
Kerajaan hendak memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar iaitu keluarga miskin tegar yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan. Bagaimana untuk menyemak kelayakan Program Rebat Bil Elektrik RM40?
Anda boleh membuat semakan di Portal KeTSA melalui https://semakanrebat.ketsa.gov.my/apps/public/index.php Bolehkan saya menyemak kelayakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 pada Sistem eKasih menerusi https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx?
Tidak boleh. Kelayakan bagi Program Rebat Bil Elektrik RM40 perlu disemak daripada Portal KeTSA sahaja.
Ini kerana, Sistem eKasih ialah Pangkalan Data Nasional mengenai kemiskinan. Pengguna tidak dapat menyemak bantuan yang diterima oleh mereka.
Saya cuba membuat semakan pada Sistem eKasih di https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx dan mendapati bahawa saya tersenarai dalam data eKasih tersebut. Selanjutnya, saya membuat semakan lanjut rebat bil elektrik RM40 di Portal KeTSA https://semakanrebat.ketsa.gov.my danmendapati saya tidak layak menerima bantuan rebat bil elektrik. Saya keliru. Mengapa situasi ini berlaku?
Sistem eKasih ialah Pangkalan Data Nasional mengenai kemiskinan. Sehubungan itu, maklumat pengguna yang disahkan dalam Sistem eKasih terbahagi kepada beberapa kategori tertakluk kepada maklumat kemiskinan yang direkodkan. Hanya pengguna di bawah kategori miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih akan menerima bantuan di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40. Pengguna tidak layak menerima rebat bil elektrik RM40 sekiranya tidak tersenarai di bawah kategori miskin tegar yang didaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih, walaupun nama pengguna tersenarai dalam Sistem eKasih. MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan maklumat lanjut,Pengguna boleh menghubungi talian hotline MyGCC, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) jika memerlukan penjelasan lanjut mengenai program ini.

The post SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40 SEBULAN:LOGIN PORTAL KETSA (https://semakanrebat.ketsa.gov.my) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/semakan-rebat-bil-elektrik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Login I Akaun Semakan Penyata Akaun Kwsp Online

Login I Akaun Semakan Penyata Akaun Kwsp Online

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 434 hits
LOGIN i AKAUN SEMAKAN PENYATA AKAUN KWSP ONLINE Jika anda ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pasti anda ingin membuat semakan penyata akaun KWSP anda yang terkini Ada cara yang lebih mudah dan senang untuk buat semakan penyata akaun KWSP s...
Mesin Penapis Air Antara Punca Bil Elektrik Tinggi Tnb

Mesin Penapis Air Antara Punca Bil Elektrik Tinggi Tnb

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 186 hits
BH ONLINE KUALA LUMPUR Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutama ketika cuaca panas yang sedang melanda negara Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad Selan...
Punca Punca Bil Elektrik Tinggi Jangan Salahkan Penapis Air Je

Punca Punca Bil Elektrik Tinggi Jangan Salahkan Penapis Air Je

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 372 hits
Terbaca satu petikan berita semalam mengatakan penapis air punca bil elektrik tinggi Dah kenapa pula tiba tiba nak petik penapis air punca bil elektrik tinggi Baca tajuk berita je dah membuatkan warganet yang memakai penapis air jadi marah ...
Cara Bayar Bil Elektrik Online

Cara Bayar Bil Elektrik Online

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 309 hits
Cara Bayar Bil Elektrik Eh nak pergi mana start enjin kereta tu Nak pergi bayar bil elektrik Nanti dulu simpan kunci kereta anda kerana Pakarwang hari ini dengan artikel Cara Bayar Bil Elektrik Online kami bawakan khas sebagai panduan untuk...
Genap Usia Sebulan Awal Ashaari Buka Akaun Ig Puteri Kedua Lyla Amina

Genap Usia Sebulan Awal Ashaari Buka Akaun Ig Puteri Kedua Lyla Amina

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 212 hits
Setelah genap usia anak kedua mencecah sebulan pelakon dan pengacara Awal Ashaari membuka akaun Instagram rasmi untuk Lyla Amina iaitu lylaaminaa Sama seperti Lara Alana akaun tersebut dibuka oleh pelakon lelaki berusia 40 tahun terbabit be...
Comelnya Lyla Amina Kini Berusia Sebulan Persis Kakak Lara Daddy Awal

Comelnya Lyla Amina Kini Berusia Sebulan Persis Kakak Lara Daddy Awal

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 275 hits
Selepas kelahiran bayi kedua mereka baik Awal Ashaari mahupun isterinya Scha Alyahya dilihat sering berkongsi mengenai anak kesayangan mereka di Instagram Pun begitu biarpun sudah mendedahkan wajah anaknya kepada umum namun wajah Lyla Amina...
Terima Rasuah Pegawai Imigresen Dipenjara 30 Hari Denda Rm40 000

Terima Rasuah Pegawai Imigresen Dipenjara 30 Hari Denda Rm40 000

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 240 hits
317 total views 317 views today Seorang pegawai imigresen hari ini dipenjara 30 hari dan denda RM40 000 oleh Mahkamah Sesyen di Seremban atas dua pertuduhan menerima rasuah keseluruhannya berjumlah RM2 100 pada 2019 dan tahun lepas Hakim Ma...
6 Lelaki Ditahan Curi Elektrik Untuk Lombong Bitcoin

6 Lelaki Ditahan Curi Elektrik Untuk Lombong Bitcoin

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 304 hits
Polis dengan kerjasama TNB bongkar kegiatan melombong Bitcoin secara haram di sekitar Bukit Mertajam SEBERANG PERAI Enam lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan aktiviti melombong wang kripto...
Perkhidmatan Bas Elektrik Kuching Akan Bermula Esok

Perkhidmatan Bas Elektrik Kuching Akan Bermula Esok

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 140 hits
Sistem perkhidmatan awam yang matang memudahkan segenap rakyat untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain dengan cepat Implementasi tepat juga boleh membantu kerajaan mengurangkan kos perbelanjaan dan penjagaan kenderaan kenderaan ...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega