Semakan Penyata Pencen Online Portal Mypesara
Adakah anda ingin mengetahui cara mudah menyemak penyata pencen bagi pesara kerajaan?
Antara kelebihan bagi seorang pesara kerajaan tentulah duit pencen yang diterima setiap bulan.
Bagi pesara, sudah tentulah mereka mahu menyemak penyata wang persaraan bagi duit yang diterima setiap bulan, terutamanya penyata wang bersara bagi bulan Januari memandangkan terdapat kenaikan sebanyak 2% duit persaraan yang diterima setiap tahun.
Kini, segalanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja dan kali ini mari lihat betapa mudahnya untuk menyemak penyata pencen bagi pesara kerajaan secara online sahaja.
Cara Kira Kenaikan Wang Persaraan Selepas Penyelarasan SSPA
Kerajaan telah bersetuju memberikan kenaikan pencen pesara dengan pelaksanaan SSPA mulai Disember 2024 ini.
Bagaimakah caranya untuk mengetahui jumlah terbaru wang persaraan yang bakal diterima setiap bulan selepas kenaikan ini?
Mudah sahaja. Ini formulanya :
[1/600 x tempoh perkhidmatan* x Gaji Akhir Bersamaan 2024] + PKKP**
Perhatian:
* Jika tempoh perkhidmatan melebihi 30 tahun, pencen tertakluk 3/5 atau 60% daripada gaji akhir bersamaan 2024.
** Amaun PKKP hanya diberikan kepada pegawai yang bersara pada atau sebelum 31 Disember 2022 sahaja.
Dalam portal tersebut juga ada disediakan formula pengiraan untuk memudahkan kalian buat pengesahan sendiri atas amaun pencen baharu yang telah sedia dipaparkan.
NOTA KHAS BERKAITAN PKKP :
Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) adalah inisiatif Kerajaan untuk mengharmonikan pelaksanaan keputusan Mahkamah Persekutuan dengan memelihara kebajikan pesara.
PKKP merupakan pembayaran perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara setiap bulan, sama seperti amaun pencen semasa.
PKKP hanya terpakai bagi persaraan pada atau sebelum 31 Disember 2022 sahaja dan tertakluk kepada keputusan dan dasar Kerajaan dari semasa ke semasa.
Rujuk : PKKP : Pemberian Khas Kepada Pesara (Januari – Disember 2025)
Semakan Penyata Bayaran Pencen
Kerajaan Malaysia sebenarnya sudah menyediakan satu kemudahan untuk semakan penyata pencen ini melalui sebuah aplikasi dalam talian.
Untuk menggunakannya, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Layari portal Penyatan Bayaran Pencen di pautan https://portalmypesara.kwap.my
Masukkan No. Kad Pengenalan
Masukkan No. Akaun Pencen
Pilih pilihan Tahun
Tandakan pada kotak pengesahan Captcha
Klik pada butang Hantar
Penyata wang persaraan anda akan dipaparkan sekiranya kesemua maklumat yang dimasukkan adalah betul
Bagi memastikan penyatan ini telah dikemaskini, seeloknya anda membuat semakan penyata ini beberapa hari selepas tarikh wang persaraan dimasukkan bagi memastikan transaksi tersebut telah dikemaskini.
Artikel berkaitan:
Tarikh Bayaran Pencen PERKESO
JHEV: Semakan Jadual Pencen Pesara Tentera / Penyata Veteran ATM
17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen
Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025 (Jadual Bulanan)
Aplikasi MyPesara
Pihak Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) juga telah membangunkan aplikasi MyPesara bagi kemudahan pesara kerajaan menyemak penyata pencen yang diterima mereka.
Untuk memuat turun aplikasi percuma ini, hanya klik pautan di bawah:
App Store – Pengguna iOS
Google Play – Untuk pengguna Android
Sila muat turun aplikasi daripada sumber yang dipercayai sahaja bagi mengelakkan maklumat peribadi anda daripada dicuri oleh penjenayah yang tidak bertanggungjawab.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk portal rasmi https://portalmypesara.kwap.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/penyata-pencen/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=penyata-pencen