Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma Mytv 2018
Semakan Nama Penerima Dekoder MYTV 2018 | Bagi yang belum mengetahui status nama samada berjaya atau tidak menerima dekoder percuma MYTV, semakan secara atas talian(online) boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah. MYTV Broadcasting ini adalah unit dekoder percuma yang akan diberikan kepada 2 juta rakyat Malaysia yang dipilih secara rawak. Mungkin anda adalah salah seorang daripadanya?
Siaran Digital Percuma Untuk Anda
Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas, tanpa gangguan dan tanpa sebarang bayaran bulanan.
Apakah itu DTT?
Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (analogue switch off ASO) secara berperingkat-peringkat antara 2015 sehingga 2020. Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-negara yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO.
Projek DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11
Cara Pemasangan Dan Ejen Pemasangan
Penerima MYTV Basic dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri berpandukan Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Bagaimanapun, sekiranya anda memerlukan bantuan pemasangan antena luaran, caj pemasangan sebanyak RM180 (termasuk antena dan pendawaian) akan dikenakan. Bagi yang memerlukan bantuan teknikal selain daripada pemasangan antena pula, caj minimum sebanyak RM50 akan dikenakan.
Baca cara pemasangan Dekoder Mytv - Klik Sini
Cara Semak Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV
Untuk semakan nama penerima dekoder MYTV ini, terdapat 3 cara iaitu:-
Cara Semak 1: Semakan SMS Penerima Unit Dekoder Percuma MYTV
Taip MYTV<jarak>DEKODER<jarak>NoKP & SMS ke 15888
Contoh: MYTV DEKODER 861203015555 --> 15888
Cara Semak 2: Hubungi talian khidmat pelanggan/carelines 1300 80 6988
Cara Semak 3: Semakan Online Di Laman Web MYTVBROADCASTING.MY. Ikuti langkah2 dibawah.
Langkah 1: Layari laman web rasmi http://mytvbroadcasting.myLangkah 2: Masukkan No Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan (seperti dibawah)
Langkah 3: Lihat keputusan carian, samada berjaya ataupun tidak
Saya? Memang sudah dijangka tidak berjaya..sebab tahun ini tidak lulus permohonan BR1M. Dikatakan, MYTV ini disediakan untuk mereka yang telah mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016.
Emak saya? Berjaya..lepas ni bolehlah terminate Astro tu, lagipun channel yang disediakan juga agak banyak. Jimatlah jugak nak bayar bil Astro setiap bulan. Planning pasang sendiri lagi bagus, nak upah ejen pemasangan perlu membayar yuran pemasangan sebanyak RM50.
Saluran Yang Ditawarkan
Antara saluran yang ditawarkan MYTV adalah TV1, TV2, TV3 suku, NTV7, TV9, TV Aljazerah, TVi, Bernama News, dan TV8.
Anda dah semak nama anda tak? Kalau belum, sila semak disini - Semakan Nama Penerima Dekoder MYTV 2016
Semoga membantu!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.elihjapahar.net/2016/09/semakan-nama-penerima-dekoder-percuma.html