Pre Convocation With My Bestie Unikl Business School 2018
Tiada yang lebih indah selain daripada meraikan kegembiraan menggenggam segulung ijazah! Selama 3 tahun berusaha bersengkang mata, pulun buat assignment, gelabah setiap kali nak buat presentation, last minutes study untuk exam, bapak rindu
Tanggal 14 Oktober 2018, adalah tarikh keramat buat aku dan rakan-rakan di UniKL semua meraikan hari kegemilangan, mak ayah bergenang air mata kegembiraan meraikan anak-anak menggenggam segulung ijazah katakan. Dalam pada kita bergelak ketawa, ada juga rakan-rakan yang telah dijemput Ilahi, Al-Fatihah buat mereka semua
Jujur aku cakap, aku bukanlah golongan orang cerdik pandai. Sekali baca terus dapat jawab! Tidak sama sekali. Sebaliknya, aku kategori budak biasa-biasa sahaja, kena praktik banyak kali barulah berjaya buat. Bak kata pepatah, berakit-rakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Benda paling best dan tak boleh dilupakan waktu zaman belajar sudah semestinya, SAHABAT!
Ya, SAHABAT! Dulu-dulu aku hanya mengenali orang kampung aku sahaja. Di sini, aku berjumpa ramai kenalan, dari pelbagai negeri ada yang dari Kedah, Penang, Perak, Rembau, Terengganu, Kelantan, banyak syok. Banyak lenggok bahasa aku dah dengar dan kadang-kadang terajuk cakap depa. Biasalah aku orang Selangor, takde loratt bahasa. Orang Selangor jumpa orang Kedah terus tersasul keluar lenggok sana.
Inilah sahabat sepanjang 3 tahun, sama-sama segroup buat assignment, sama-sama study last minutes, tak termasuk lagi rakan setoto, rakan sekereta tong-tong duit minyak guna kereta Kyla! Dalam kelas bukan study betul pun, duk kawasan tengah (zon selamat), mengaburi mata pensyarah. Aku macam biasa kaki membuta dalam kelas, tak termasuk lagi kaki online waktu dalam kelas. hahaha... Awal-awal masuk jerlah buat perangai, bila pointer sem 1 tak cantik. Barulah nak study betul-betul
Maka MUKTAMAD lah kisah aku dengan sahabat di zaman universiti. Tiada lagi, waktu-waktu genting menyiapkan assignment, tiada lagi dengar leteran pensyarah, tiada lagi gelak ketawa, tiada lagi kisah cinta kampus. Kini beralih kepada dunia realiti, iaitu fasa alam pekerjaan. Pada SAHABAT yang masih belum mendapat kerja janganlah rasa down sangat, banyak benda yang kita boleh menafaatkan. Aku percaya setiap orang ada rezeki, cuma cepat atau lambat sahaja
Pada mereka yang sudah bekerja, jagalah amanah kerja itu sebaik mungkin. Untuk lebih keberkatan, duit MARA jangan lupa bayar, ibu ayah harus diberi sedikit saguhati. Kini, kita sedang berjalan di atas timeline kita di saat kita teguh berdiri membina kerjaya ada liku-liku kehidupan yang kita harus atasi seperti stress. Jangan lekas down, bila kita rasa down cepat-cepat selawat
Apa-apa pun, UniKL punya konvokesyen paling HAVOC sekali! Terima kasih UniKL dan tidak lupa juga kepada MARA! ~~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/2018/10/pre-convocation-with-my-bestie-unikl.html